PEKAN - Berita terkini yang pasti menggemparkan baru kami terima sebentar tadi. Sungguh mendebarkan nampaknya kerana ia berkaitan dengan kehilangan dua orang Exco PKR dari Perak sejak empat hari yang lalu. Kami mendapat maklumat kini mereka berdua sedang berada di rumah Timbalan Perdana Menteri Dato' Najib Razak di Pekan Pahang. Najib khabarnya sedang memujuk kedua-dua exco terbabit iaitu Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jamlu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini juga. Kami difahamkan kini rumah Najib sedang dikawal ketat oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mungkin ia bagi menggelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini dan Najib mahu perbincangan membawa Exco PKR terbabit berjalan dengan lancar dan teratur agaknya. Tambah mengejutkan kami juga mendapat maklumat langsung dari rumah Najib sekarang ini bahawa terdapat juga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di sini sekarang ini.
Apa ke jadah sebenarnya mereka ini berada di rumah Najib Razak malam-malam buta begini !! .Ini bermakna mereka sengaja mahu menggertak dua Exco PKR terbabit jika tidak mahu masuk UMNO dan tinggalkan PKR maka kes rasuah mereka akan diteruskan dan mereka bakal berhadapan dengan tindakan keras bahkan boleh dipenjarakan jika disabitkan dengan kesalahan. Namun, kami agak hairan dan musykil dengan senario ini sebenarnya. Sesuatu yang amat mendukacitakan jika Najib meneruskan usaha dan cara "politik baru"nya ini. Ternyata ia amat berbahaya dan perlu dielakkan demi perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kami juga difahamkan ketika ini rumah kediaman ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim juga sedang dikawal ketat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak. Mereka sedang mengepung rumah ADUN terbabit kerana khuatir beliau juga akan diculik sama seperti apa yang berlaku kepada dua Exco PKR itu. Keadaan sungguh tegang ketika ini dan ia sudah pasti akan menimbulkan satu suasana yang tidak harmoni.
Berita ini di terima dalam suasana kami menganjurkan MALAM AIR MATA PLASTINE di Stadium Mini Kuala Pilah sebentar tadi.. Khabarnya juga, Najib akan membuat liputan media menjelang esok. Jemputan kami saudara ITO blues Gang, Ebby Yus dan pemerhati politik saudara Hisyamuddin Rais turut menerima berita gempar ini.
Dalam kekalutan politik Umno ketika ini, di pohon semua penggerak reformasi bertenang, dan sama-sama berdoa agar di kuatkan semangat 2 exco tersebut dari tekanan dan asakan yang maha hebat oleh UMNO tika ini. Andainya di takdirkan 2 exco tersebut tewas, mari lah sama-sama kita muhasabah diri dan sesungguhnya mungkin ada hikmah di sebaliknya.
|
Dalam menegakkan keadilan dan kebenaran ni tiada perkara yang mudah dan senang begitu saje. Setiap nabi sehinggalah Nabi Muhammad tak sedikit azab siksa yang ditanggungnya dgn segala macam cabaran dan fitnah yang datang kepada baginda. Namun inilah sebahagian ujian yang akan diterima oleh mereka yang mengikut jejak langkah baginda. Yang wajibnya kita mesti terus bersama yang hak. Baginda Rasul pun pernah ditawarkan kekayaan dunia ini malah diugut agar meninggalkan perjuangannya apatah lagi kita manusia yang kerdil ini. Berdoalah kita kat Allah SWT agar ditetapkan hati kita dan semua rakan2 dan sahabat2 kita agar terus pendiriannya kepada perjuangan ini. Amin....
|
1 comment:
Mudah2an 2 exco itu tidak mudah terpedaya dgn hasutan syaitan2 UMNO yang hatinya sudah dimatikan oleh ALLAH S.W.T......Buat syaitan2
UMNO, ingatlah mati kamu esok tidak ade sesiapa yg dapat menolong kamu melainkan 3 perkara.......Cari 3 perkara itu kalau kamu benar-benar mengaku sebagai HambaALLAH....INGAT! "JANGAN SAMPAI HARTA & ANAK PINAK KAMU DAPAT MELALAIKAN KAMU DARI MENGINGATI AKU"
Post a Comment