Sejak menang selesa PRU 12 tempohari, UMNO semakin meminggirkan kebajikan penduduk dan pengundi2. Jambatan yang menghubungi Pekan Juasseh dan Kampung2 Jemapoh, telah runtuh hampir 7 bulan yang lalu. Jambatan simen tersebut yang kami rasa jangkahayatnya baru lagi di bina pada sekitar penghujung 1989 mengantikan jambatan kayu yang semakin reput dan di beritakan juga jambatan kayu tersebut pula di bina semenjak zaman sebelum merdeka lagi. Jambatan kayu ini menjadi laluan keretapi memunggah hasil2 bumi merentasi kampong Jemapoh, Pelangai, Parit Tinggi dan menempatkan stesennya di Bazzar Melayu bandar Kuala Pilah. Bangunan stesen tersebut masih lagi untuh dan kini menjadi gerai peniaga Melayu. Persoalannya, Dibandingkan jangkahayat jambatan simen yg terlalu baru dan di bandingkan pula dengan jangkahayat jambatan kayu sebelumnya, adalah terlalu jauh. Apakah sewaktu pembinaannya tersebut melanggari garis2 kehendak Jurutera. Siapakah kontraktor yg mendapat laba tersebut dan tidak adakah tindakan untuk memanggil semula pihak2 yang terbabit untuk disoal siasat ?. Mungkinkah Adun dan pihak kontraktor2 terlibat dengan salahguna kuasa dan rasuah.? Disarankan bahawa Pegawai Dearah Kuala Pilah bersama2 BPR sewajibnya menyiasat perkara ini. Kepayahan orang2 kampung yang terutama untuk menghantar anak2 kesekolah semakin sukar. Manakala anak2 yang berbasikal ke sekolah, terpaksa melalui kawasan ladang2 sawit dalam kegelapan dan ketakutan. Terlalu banyak kejadian yang tidak diingini terpapar di akhbar2 berkenaan trajedi ladang sawit. Ungutan, rompakan dan rogol. Apakah jambatan ini akan di bina setelah kejadian yg tidak diingini terjadi kepada orang2 UMNO berkepentingan dgn wakil rakyat ? Orang2 kampong sudah mula bersunggut akan kepayahan ini. Manakala peniaga2 Pekan Juasseh kekurangan pengunjung. Beginikah sikap kerja wakil2 Rakyat Umno? Akan berkunjung lagi lah hingga kedapur apabila ingin meraih undi sewaktu pilihanraya akan datang. Maka keluarlah suara Ketuanan Melayu, kita bersaudara. Setelah menang, tiada lansung lapuran kepayahan orang2 kampung ini di teliti dan di beri perhatian. Pejabat khidmat masyarakat Wakil Rakyat, hanya lebih tertumpu kepada mana lagi projek hendak dikaut dan cuba memastikan juak2 pengampu dapat agihan. Cuba menguatkan pengaruh untuk membina sebuah empayar terutama menjelangnya pemilihan Parti Umno. Ingat!!!!!! Pengundi2 yg berumor 60 an semakin berkurangan. Kini anak muda yg lepasan Universiti dan berpendidikan semakin matang dlm permainan politik kotor UMNO. Mereka telah menyertai dan membina pelbagai persatuan dari iltizam dan kepayahan. Mereka2 ini akan bangkit dan membina jati diri ke kampung2 pula. Idea2 kecerdikan telah di terjemahkan di bandar2 besar dan mula menuai hasil. Insyaallah PRU 13 kampung2 akan mula bersinar dengan kematangan. |
Majlis Pakatan Rakyat
Friday, February 27, 2009
Orang2 Kampong Terpinggir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment