Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, January 30, 2009

ADUN-ADUN UMNO NS BERHIJRAH ????



Umno kini ibarat pokok hampir mati
Perkembangan dalam Umno sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.
Kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.
“Umno kini tiada daya tarikan atau ‘graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama PAS dan PKR.
Apa yang sedang berlaku dalam Umno merupakan perkembangan yang baik bagi Pakatan Rakyat, , yang sedang berusaha menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan yang akan membawa perubahan kepada mereka.
Cadangan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap Umno dibubarkan bagi mengelak politik wang dalam parti itu, membuktikan barah yg amat kronik masalah dalaman Umno terutamanya menjelang setiap pemilihan UMNO setiap peringkat. Ia terjadi dengan sendiri apabila pemimpinnya tidak mengamalkan dasar yang betul.
Inilah juga punca yang menyebabkan Umno diibaratkan parti yang hilang graviti untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya.



Teka-teki HIJRAH parti di Negeri Sembilan


Jan 30, 09 5:34pm


Jika benar akan berlaku usaha hijrah parti dalam masa terdekat di Negeri Sembilan, hanya 3 wakil rakyat Umno yang berpotensi menyertai Pakatan Rakyat, dakwa ketua bahagian Seremban. Datuk Ishak Ismail berkata calon-calon itu kemungkinannya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serting, Shamsul Kahar Md Deli, Datuk Aziz Shamsuddin (Palong) dan Mustafa Salim (Lenggeng). 2 daripada mereka, Aziz dan Mustafa, bagaimanapun menafikan mereka akan menyertai pembangkang. Datuk Ishak berkata desas-desus itu disampaikan orang kepadanya. "Tetapi daripada bacaan saya, Aziz yang paling berpotensi akan menyertai PKR," katanya. Manakala Aziz pula berkata, beliau tidak ingin campur urusan PKR. "Soal PKR ini saya cukup menyampah, saya tidak mahu," katanya. Mustafa pula berkata, "walau apa terjadi" beliau tidak akan meninggalkan Umno."Saya menolak sekeras-kerasnya spekulasi saya akan menyertai PKR," katanya kepada Malaysiakini.


Ketua Wanita Umno bahagian Jempol, Noraini Idris menjawab spekulasi tersebut, orang yg mengaitkan nama Shamsul Kahar (exco pelajaran dan pendidikan) dan Aziz kerana kedua-dua mereka kalah dalam pertandingan bahagian baru-baru ini. "Orang sengaja nak buruk-burukkan nama mereka. Saya tidak dengar khabar mereka nak masuk parti lain," katanya. Datuk Ishak juga berkata, ketiga-tiga mereka dianggap mempunyai masalah kerana tewas dalam pertandingan peringkat bahagian masing-masing. Aziz kalah di Jempol kepada penyandang jawatan ketua bahagian Datuk Lilah Yassin. Shamsul Kahar pula tewas jawatan timbalan ketua bahagian itu kepada Mohd Salim Shariff, manakala Mustaffa sedang menghadapi tindakan undang-undang.


Ketua Puteri Umno Seremban, Wan Salawati Abdullah berkata, beliau mendengar berita PKR memujuk bekas ketua-ketua cawangan Umno untuk memujuk wakil rakyat mereka supaya menyertai parti pembangkang tersebut.."Ini berlaku di kawasan Seremban dan luar Seremban tetapi saya tidak tahu sama ada benar atau tidak. "Saya baru dengar dari kawan-kawan di sini," katanya. Bekas setiausaha Umno bahagian Seremban, Datuk Md Yusop Hermain Shah pula berkata, cakap Ishak tidak boleh dipercayai dengan mendakwa pemimpin itu "mahu memecahbelahkan Umno negeri".


Difahamkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri satu program PKR di Tampin, bulan depan. MPT PKR negeri Badrul Hisham Shahrin berkata, Insyaallah kiranya penghijrahan ini terjadi, DSAI sendiri akan mengumumkan tiga atau empat wakil rakyat Umno yang akan menyertai parti itu "dalam masa terdekat". Beliau bagaimanapun tidak menamakan wakil-wakil rakyat terbabit. Sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan beberapa Adun BN akan meninggalkan parti itu dan menyertai Pakatan - keputusan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan BN itu. Pada pilihanraya umum lalu, BN negeri memperoleh majoriti mudah dengan meraih 21 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala 15 lagi kerusi dimenangi pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS. Desas-desus isu HIJRAH parti - antara kedua-dua hala BN dan Pakatan Rakyat - muncul kembali susulan penyertaan Adun Bota, Perak Datuk Nasharuddin Hashim bersama PKR hujung minggu lalu.



Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan desas-desus beberapa Adunnya akan menyertai pembangkang.

(ULASAN: Kiranya ini benar-benar terjadi, apakah diantara kita telah bersiap sedia.?
Gerakan setiap jentera-jentera dan organisasi dan jangan terleka dengan buaian kemenangan PR di negeri lain. Perkemaskan kerja-kerja tertangguh. Dan jangan lelah dlm perjuangan. Anak-anak muda harus bangkit. Pakatan Rakyat memerlukan idea2 dan tenaga muda untuk membina lanskap politik HARAPAN BARU menuju keberakatan.)

No comments: