Bro Arjuna antara org kuat dalam AJK kerja..
Bangunlah Wahai Pahlawan Islam
Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun (1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti ALlah akan tingkatkan darjatnya). Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918. Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British.
Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah.. Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera. Mereka Saudara Kita Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.
Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...
1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah
2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.
3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.
4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.
7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya.. Insya ALlah.
Malam Airmata Palestin Di Stadium Kuala Pilah penuh dengan keinsafan
Majlis bacaan doa kesejahteraan Umat Islam Palestin disampaikan oleh En. Mohamed Shahmen. Pimpinan NGO peringkat Negeri turut hadir memberikan syarahan seperti ABIM JIM, TERAS, JERIT,
Aktivis masyarakat terkenal Hishamuddin Rais, artis ITO Blues Gang dan Pelawak Ebby Yus memenuhi jemputan. Pembelaan kepada yang tertindas tidak mengenal kaum turut menarik minat Puan Mithya (JERIT) untuk naik kepentas dan menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dan menyuarakan supaya dihapuskan kezaliman.
Bacaan sajak dideklamasikan oleh Hisyamuddin Rais bersama Adik Sabith Zaharudin dengan puisi yang meruntun jiwa dan kebencian Zionis. ITO dan Ebby Yus turut sama menyatakan kebencian terhadap Regim Zionis dengan cara tersediri.
Anak-anak muda PR DUN Juasseh/Jemapoh turut bersama-sama membuat persiapan logistik dan kawalan keselamatan, hinggalah majlis tamat jam 11.30 malam. Orang ramai termasuk anggota POLIS dan RELA turut membantu dan menyumbang. Mesjid-mesjid di seluruh Kuala Pilah turut tidak ketinggalan untuk menyumbang dan beberapa Imam dan Nadzir naik kepentas untuk menyerahkan sumbangan ahli-ahli karyah. Pengerusi Bersama Sdr. Zaharudin Othman, En. Nordin Ismail dan En. Halim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.
No comments:
Post a Comment