Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, January 25, 2009

Hari-hari Terakhir "TITANIC UMNO"

26hb Jan 2009-Isnin



Wujudnya Pakatan Rakyat adalah satu lagi wadah untuk membina dan memertabatkan semula negara ini di dalam kancah politik yg semakin tenat di bawah urus tadbir UMNO BN. Kesemua organisasi Pakatan Rakyat sewajibnya mengambil iktibar atas keruntuhan Titanic UMNO ini dan hilangnya kepercayaan rakyat yg terbina kukuh agak sekian lama sebelum ini.



Bina lah satu wadah harapan negara dan kebahagian rakyat setelah memberi mandat atas beberapa kemenangan pilihanraya tempohari .
















Apabila Malayan Union berkubur pada 1948, di atas kejayaan ini, orang Melayu menyerahkan pula tugas rumit merundingkan kemerdekaan kepada Umno.


Mereka melihat kepimpinan Umno di bawah Dato' Onn Jaafar sebagai suatu kepimpinan yang amat sukar untuk dikompromi dan digula-gulakan oleh British. Malangnya, atas sebab visi berbeza, Onn meninggalkan Umno.
Di tangan Presiden keduanya, Umno meneruskan perjuangan dan memasuki era kepimpinan cukup berbeza.
Jika Onn secara sukarela mengetengahkan diri bagi menentang British, Tunku Abdul Rahman pula terpaksa dipujuk untuk mengepalai badan siasah Melayu yang sedang berjuang untuk melepaskan diri daripada penjajahan.
Dalam sebuah tulisan dalam kolumnya 'Looking Back' di akhbar The Star, Tunku, dalam retrospek, menulis pengalamannya di Langkawi semasa menjadi Penolong Pegawai Daerah di pulau itu bahawa apa yang mendorongnya menentang British ialah apabila bumbung rumah kerajaan yang didudukinya bocor sewaktu hujan dan memaksa beliau mengalih katilnya beberapa kali.



Pengorbanan Tunku kemudiannya digambarkan sebagai penuh bermakna apabila beliau sanggup menjual rumahnya bagi membiayai sebahagian daripada kos perjalanan untuk membawa rombongan rundingan kemerdekaan ke London.
Semua ini bertujuan untuk menunjukkan betapa Tunku yang memimpin Umno adalah tokoh paling penting dan begitu instrumental dalam mengemudi bahtera Merdeka Tanah Melayu.
Namun tentu sekali, sejarah dan media arus perdana ketika itu yang dikongkong oleh ordinan tertentu dan telah wujud lama sebelum Tunku menjadi Perdana Menteri tidak membenarkan cerita bagaimana apabila Tunku yang berjawatan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika bersetuju untuk menggantikan Onn untuk jawatan Yang Dipertua Umno ditawarkan elaun tertentu oleh Pentadbir British ketika itu disebabkan Perintah Am yang dipakai untuk pegawai-pegawai kerajaan ketika itu tidak membenarkan mana-mana pegawai kerajaan terbabit aktif dalam politik.



Apakah tujuan British memberikan elaun kepada Tunku bagi menyara hidupnya sedangkan peletakan jawatan itu dibuat secara sukarela? Bukan itu sahaja, ia bertujuan semata-mata untuk mengetuai sebuah badan siasah yang bermatlamat mengusir British selama-lamanya dari bumi Tanah Melayu.
Tidakkah itu merupakan tampak seperti satu kebodohan di pihak British?
Tentu sekali perkara-perkara seperti ini tidak ditonjolkan secara besar-besaran. Demi mengingini sebuah tanah air yang merdeka dan berdaulat, orang Melayu ketika itu hanya berdiam diri dan mengharapkan seorang anak raja yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk menamatkan kursus undang-udangnya di United Kingdom melakukan apa sahaja yang difikirkan perlu untuk Tunku.



Berbekalkan pengalaman ratusan tahun tentang mentaliti dan keupayaan analitikal orang Melayu dan cara menenangani raja Melayu, British tahu apa yang perlu dilakukan.
Tidak memberikan kemerdekaan bererti mengundang kepada kemungkinan berlakunya pemberontakan, rusuhan yang akan hanya merugikan British dari segi ekonomi.
Mahu merdeka, boleh. Tak ada masalah. Tetapi ia perlulah dibuat atas terma dan syarat yang ditentukan oleh British dan bukannya tanpa sebarang terma dan syarat.
Andai kata, desakan dan tuntutan kemerdekaan itu dibuat oleh seorang tokoh seperti Onn atau seorang tokoh daripada kalangan rakyat biasa yang melihat tidak ada sebab mengapa perlunya berkompromi atau menurut sahaja telunjuk British, ia akan menjadi sesuatu yang rumit bagi kerajaan Great Britain.
Namun kehadiran Tunku secara tiba-tiba diterima dengan segala senang hati oleh British. Pucuk dicita, ulam mendatang.
Kepada orang Melayu khususnya dan penduduk Tanah Melayu amnya, Tunku (dan rombongannya) diperlihatkan sebagai bertikam-lidah, memeras sumber pemikiran dan ada kalanya berdiplomasi dalam memujuk British agar memberikan Tanah Melayu kemerdekaan.
Bagi British, apa yang perlu dirundingkan ialah sekiranya Tanah Melayu dimerdekakan apakah langkah-langkah perlu diambil oleh Tunku bagi memastikan British tidak akan hilang satupun sumber ekonomi mereka di Malaya.



Dengan orang Melayu kebanyakannya memberikan sokongan kepada Tunku dan Umno, British tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk memastikan Tunku menjadi Perdana Menteri. Maka dengan itu terselamatlah kepentingan British di Tanah Melayu.
Namun dalam pada itu sudah tentu ada segelintir orang Melayu yang tidak dapat menerima cara ini atau mengesyaki rundingan yang berlansung di antara Tunku dan British. Tapi itu tidak jadi masalah. Ordinan tertentu yang telah sedia wujud itu boleh digunakan untuk mengekang suara mereka yang dilabel sebagai berhaluan kiri ini.
Setelah negara akhirnya mencapai kemerdekaan pada tarikh rasminya 31 Ogos 1957, Tunku yang lebih suka kepada 'looking back', menoleh ke belakang tentang kejayaannya daripada melihat ke hadapan dan mencari jalan bagaimana pendapatan rakyat boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang munasabah.
Namun ini semua tidak berlaku. Cara Tunku yang tidak serius dalam soal ini dan barisan Kabinet Tunku yang tidak mantap dan tidak berkelayakan atau tidak berkemampuan dan tidak dibentuk atas dasar merit, menjadi asas dan ciri Umno yang berkekalan sehingga hari ini.
Prestasi Umno dalam masa 50 tahun mengambil peranan selaku parti yang memerintah kerajaan sebenarnya adalah cukup buruk. Dalam masa 12 tahun pertama Tunku semacam bergoyang kaki dan berpuas hati dengan Merdeka dan akhirnya mengundang kemarahan orang Melayu terhadap Umno sendiri.



Tidak dinafikan selepas itu memang terdapat usaha untuk memperbetulkan keadaan. Namun ia bukan sahaja tidak memadai tetapi penuh dengan agenda politik.
Zaman Tun Razak yang menyaksikan lahirnya usahawan Melayu juga menyaksikan golongan bumiputera yang bergantung kepada hubungan-baik dan jaringan dengan Umno untuk mendapatkan kontrak. Dan lebih lazim daripada tidak, golongan ini mempunyai hubungan dengan orang tertentu dalam bahagian dan cawangan Umno di seluruh negara.
Ia bukan sahaja membentuk satu jaringan kukuh antara masyarakat peniaga bumiputera dengan Umno tetapi melahirkan budaya 'tit-for-tat'. Maka tidak hairanlah jika dalam masa 35 tahun, Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai paling ramai kontraktor di dunia.
Apabila golongan ini gagal mendapatkan kerja dari kerajaan maka ia menjadi masalah kepada Umno sebagaimana yang berlaku beberapa tahun lalu apabila sebanyak hampir 70,000 kontraktor Melayu terutamanya kelas bahawan merungut kerana tidak dapat pekerjaan.
Untuk mengatasi masalah ini, kerja-kerja baru perlu diberikan. Dan inilah yang dilakukan oleh BN sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya Umum-11. Segala macam kerja, termasuk yang tidak perlu diwujudkan bagi memastikan golongan ini mempunyai kerja dan bagi memperlihatkan kepada rakyat, kerajaan BN melaksanakan pembangunan.
Lama kelamaan, ia menjadi barah kepada Umno dan BN sendiri. Kalau tak diberikan kerja, golongan ini yang cukup berpengaruh kerana melihatkan orang Umno sendiri mungkin tidak lagi menyokong Umno. Kalau mahu diteruskan dalam mewujud dan seterusnya memberikan kontrak, maka Umno-BN perlu mengagihkan semula pendapatan negara untuk tujuan tersebut dengan alasan menggunakan sumber dana berkenaan untuk tujuan pembangunan negara.
Inilah sebenarnya ciri-ciri yang dianggap sebagai usaha mempertingkatkan ekonomi orang Melayu dan rakyat Malaysia yang dilakukan oleh Umno selama ini. Ia hanyalah satu usaha yang bersifat 'artificial'.



Hampir dalam setiap agenda membabitkan pembangunan termasuk menyediakan tapak untuk industri termasuk bagi kegunaan pelaburan asing langsung (FDI), projek mega, penswastaan dan sebagainya secara langsung atau tidak akan melibatkan orang tertentu yang ada kaitannya dengan Umno-BN dalam konteks politik.
Tidak ada usaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan pendapatan rakyat. Rayuan untuk gaji minimum bagi melegakan sedikit kesempitan golongan tertentu ditolak begitu sahaja.
Langkah membenarkan kakitangan awam berniaga pasar malam hanyalah satu tindakan remeh yang hanya membuktikan betapa Umno-BN tidak mampu menyelesaikan masalah ini di peringkat kerajaan. Barangkali Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu sedar betapa ramai kakitangan kerajaan sudah pun terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan � jualan langsung pelbagai produk, insurans dan macam-macam lagi untuk menampung pendapatan mereka.



Mungkin beliau dan kebanyakan pemimpin Umno-BN begitu sedar betapa mereka sedang menghadapi hari-hari terakhir sebagai sebuah kuasa politik yang dominan.
Tidak dapat dinafikan ada segelintir pemimpin Umno yang ikhlas dalam perjuangan tetapi tidak lagi dapat berbuat apa-apa. Nasi sudah hampir menjadi bubur. Kelekaan yang dimulakan oleh Tunku dan diwarisi oleh Umno kini menampakkan kesan dan akibatnya.



No comments: