Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, January 10, 2009

Hak Rakyat memilih Pemimpin Umpama Perang



Wakil kami AJK AMK KP saudara Ijam

dan Zali kini berada di "medan tempur" di Kuala Terengganu. Khabarnya, sekali imbas terasa bagai melewati zon perang. Anggota polis, secara rasmi, ditempatkan di kawasan pilihan raya kecil ini, seramai 6,000 orang. Angka tidak rasmi, menurut telahan seorang kawan, mungkin melebihi 10,000.
Malah, ada sebahagian teman2 yang ditugaskan di sana, memberitahu ada sumber memaklumkan jumlahnya mendekati 20,000. Agaknya dicampur dengan isteri kot? Di beberapa balai polis sekitar Kuala Terengganu, termasuk dekat Pantai Batu Burok, kem penempatan sementara rancak dalam pembinaan. Dari jauh khemah-khemah itu nampak memutih.
Pelik memikirkan, apa sebenarnya motif menempatkan begitu ramai anggota keselamatan di Kuala Terengganu? Taktik lapuknya adalah untuk melakukan provokasi kepada saingan BN, yakni PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, atau membentuk suasana persekitaran yang tegang bagi menakutkan pengundi, atau apa sahaja strategi polis yang bertindak pihak pilih bilik gerakan BN.
Apakah Kuala Terengganu kini merupakan kawasan paling tidak selamat di negara ini? Apakah kawasan-kawasan lain lebih terjamin keselamatannya sehingga pasukan polis dari luar Terengganu pun dikerah ke sana? Ketua Polis Negara tentu mempunyai justifikasi sendiri sebab beliau sendiri berada di sana.
Mudah cerita, kehadiran ketumbuhan polis yang melimpah-ruah itu adalah sebahagian daripada strategi BN untuk memastikan undi tidak memihak PAS. Mungkin strategi itu boleh memakan dirinya, sepertimana banyak pendekatan songsang dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, tetapi bagi BN, Kuala Terengganu terlalu mahal untuk diserahkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Pilihan raya ini adalah penentu hidup-mati Umno-BN. Membayangkan kekalahannya sahaja sudah cukup menggerunkan. Tidak seperti mana Permatang Pauh, itu kubu kuat Anwar Ibrahim. Kalah pun tidak mengurangkan jumlah kerusi Parlimen BN yang sedia kritikal itu.
Ada yang menghubungkan pilihan raya ini dengan pilihan raya kecil Parit Raja, Johor yang diadakan selang beberapa bulan dengan pilihan raya kecil Johor Bahru yang mencatat rekod itu. Umno (Baru) ketika itu berhempas-pulas bagi memastikan momentum kemenangan Shahrir Samad di JB tidak melarat ke Parit Raja yang boleh memungkinkan teori domino kejatuhan BN berlaku.
Pejabat Utusan Terengganu, kenyataan Menteri Besar, Ahmad Said bahawa beliau yakin BN boleh menang dengan majoriti meningkat berkali ganda, sehingga 3,500 undi.
Beberapa teman anak jati Terengganu yg membuat penyelidikan dan memantauan mengingatkan, agar tidak pandang enteng kenyataan MB itu. Beliau mengaitkan dengan kehadiran melimpah polis, yang boleh memungkinkan penyusupan pengundi hantu, bukan lagi yang dibawa dari luar, tetapi tidak mustahil ia keluar dari kem penempatan sementara polis tadi!
PAS Terengganu sememangnya menyimpan duka yang cukup pedih apabila dikalahkan dalam pilihan raya 2004 melalui satu kaedah yang tidak pernah terhidu, iaitu bersumberkan senarai daftar pemilih yang menyaksikan peningkatan pengundi baru yang cukup mengejutkan. Kerana itu, Kerajaan PAS Terengganu tumbang.
Kami tidak berhasrat mengulas panjang isu polis ini. Kempen baru berjalan. Segalanya terbuka untuk diteroka. Banyak perkara tertakluk dengan kerja kuat mendekati pengundi, berdasarkan strategi bersesuaian, sambil cuba mematahkan setiap gerak penipuan BN yang dibantu rapat pelbagai agensi rasmi pemerintah. Bagaimanapun, pastinya tiada sesiapa pun dalam Pakatan yang mudah mengalah. Banyak pilihan raya yang dilihat sukar dapat dikuasai parti alternatif.
Apa pun, Doa kami wakil kami yg sedang bertugas di Kuala Terangganu berada didalam keadaan yg sihat dan sentiasa di lindungi Allah yg akan cuba melaporkan perkembangan terkini dari hari ke hari dgn sebaik mungkin. Dalam suasana kempen yang dijangka tegang, ramai yang dahagakan maklumat dan fakta yang benar, terutama berdepan propaganda media di bawah kawalan mutlak BN yang tentunya tidak memberi ruang positif untuk PAS. Itu 'kan fenomena lumrah ketika musim pilihan raya.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum......
Pandangan UMNO terhadap rakyat seperti angin lalu, bertongkat langit, sombong dan angguh. Malang beberapa kerat yang bersembahyang atau mengaku Islam menjadi api dalam sekam dalam menghancurkan ISLAM tanpa mereka sedari. Menjual akhirat untuk agama tidakkah mereka ini sedari yang memberi kesenagan kepada golongan kafir tanpa susah payah menghancurkan Agama Sucu ini. Ia, hati mereka ini terhijab dari kebenaran.
Islam bukan hak ekslusif pada PAS atau sesiapa tetapi itu amanah buat kita yang dilantik Allah.

Anonymous said...

bro, klau bleh, jgan panjang na berhujah, ponek maco eh. apapn gua caya lu, psal lu rjin cari bahan dan isu2.