Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, January 25, 2009

Pemimpin UMNO sudah mula berhijrah?


Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN Bota N39)

Dato Nasarudin bin Hashim20 Julai 1950

Pendidikan

Sekolah Kebangsaan Seri Kaya, Bota Kiri
Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit
Sek. Menengah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh
Universiti Malaya ( Ijazah Sarjana Muda Kepujian) Pengajian Sejarah

Politik

Ahli UMNO
Ketua Cawangan Bota Kiri
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit
AJK UMNO Bahagian Parit
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Parit
Bendahari UMNO Bahagian Parit
Naib Ketua UMNO Bahagian
Ahli Parlimen Parit

Perkhidmatan Kerajaan

Pegawai Tadbir Diplomatik
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Pegawai Daerah Sabak Bernam
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang
Timbalan Yang diPertua Majlis Perbandaran Melaka
Ahli Lembaga Pengurus Ma’Ahad Al- Aziz, Parit
Presiden Persatuan Bola Tampar Daerah Perak Tengah
Pengerusi Felcra Berhad


Ahad Januari 25, 2009

ADUN Bota dari Umno sertai PKR
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuasa kuasa hari ini.
Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.
Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.
Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.
Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.
Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.
Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.
Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.
Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.
Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.
"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.






2 comments:

Anonymous said...

Mampuih ko Umno, Sekarang ni media pengampu dok cari cerita artis mana yang mengandung atau kes Rogol bagi mengaburi@cover penghijrahan Adun BOTA
Takbir x 3

khancha2692 said...

Selamat tinggal UMNO dulu kini & selamanya....