Sebelum tapak tanah ini di majukan sebagai tanah perumahan yang di beri nama Taman Jemapoh Indah, ianya pernah di jadikan stor simpanan besi untuk pembinaan menara bekalan letrik merentangi dari pasir Ambor hingga ke Sawah Lebar. Sewaktu dlm pembinaan taman tersebut yg terdiri beberapa lot rumah sederhana dan rumah kedai, ada sahabat kita mencari peluang perniagaan minuman & makanan dengan mendirikan gerai disudut simpang masuk ke taman tersebut. Kebetulan waktu itu tiada gerai makanan & minuman terutamanya untuk orang2 kampong bersantai waktu petang.
Dalam setahun kemudian, sahabat ini dapat peluang kerja yg agak lebih selesa di daerah bandar Jempol. Gerai tersebut di ambil alih dgn dibeli dan di ushakan oleh seorang pemuda UMNO bawah cawangan Tim Menteri Dato' Hassan Malek. Kemungkinan ilmu perniagaan tidak setinggi mana, gerai tersebut tiada pengujung. Dan dalam waktu yg sama beliau telah mendapat satu lot perniagaan di gerai perhentian Jemapoh berhadapan Masjid Lama. Manakala Lot kedai ini pernah manjadi topik hangat dalam media massa, kerana kedudukan plan yang membelakangi jalan raya, semak samun dan jadikan tempat2 maksiat. Entah kenapa lot2 yg beri atas nama Ismail Bliar, dan ajk pemuda ini tidak dapat di ushakan hingga kini.
Gerai Simpang Taman Jemapoh Indah ini akhirnya di sewa oleh seorang peniaga dari Kelantan yang mesra dgn pangilan AWE. Cukup maju dengan pengunjung hingga tengah malam. Lebih2 meriah lagi sewaktu kempen PRU12 tempohari. Gerai ini menjadi tempat pertemuan dan perbincangan berbagai lapisan. Mungkin sudah menjadi dasar UMNO(baru), Awe diugut dan diarahkan pindah dgn dakwaan gerai ini telah menjadi gerai pembangkang. Ada juga kononnya tuan gerai ini hendak berniaga semula, Majlis Daerah hendak meroboh kerana sudah ada Lot2 di perhentian Jemapoh dan bermacam2 lagi alasannya. Akhirnya Awe pindah dan cuba mencari peluang di daerah lain.
Kini gerai tersebut semakin usang dan ditinggalkan agak lama tanpa di ushakan semula. Taman Jemapoh Indah yang dulu malap gersang, kini bertambah indah dan semakin indah dgn namanya. Keberanian dan kesungguhan anak2 muda memajukan taman ini, satu2nya usha yg patut dipuji dan bukan di keji. Lot2 rumah kedai yg dulunya tiada penyewa kini telah penuh dengan berbagai2 peniagaan.
Cuma kami ingin menarik perhatian pihak berkuasa, Majlis Daerah, JKKK, dan pemuda UMNO yg empunya gerai. Tolong robohkan gerai ini secepat mungkin kalau tidak berhasrat lagi untuk mengusahakan. Jangan dek sebuah gerai usang ini, maka pemandangan nama Jemapoh indah tercemar. Untuk pengetahuan, gerai ini sudah menjadi kandang tempat lembu kambing dengan serakan taik2 hancing yg menjadi sungutan orang ramai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
menu menarik akan datang di gerai usang ini.....sebungkus minyak petrol suam & selingkar ubat nyamuk berulamkan 2 batang mancis api.....mantap. Pasti meleleh peluh di penghujung dagu.........
Post a Comment