Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Monday, February 23, 2009

CERAMAH UMUM DI PEJABAT PAKATAN RAKYAT JEMAPOH, JUASEH, KPNS


DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI MALAM INI......
media pr juaseh...Selasa, 2009 Februari 24

CERAMAH DERHAKAKAH KITA?

Anjuran AMK N. Sembilan bersama, AMK Kuala Pilah dan Pakatan Rakyat Jemapoh

Ceramah tersebut berjaya menarik ramai pengunjung yang ingin mendengar situasi yang berlaku dalam negara khususnya kemelut kerajaan di Perak.

Penceramah terdiri daripada:

1. En. Mohamed Shahman Naib Pengerusi Pakatan Rakyat Juasseh merangkap Ketua Penerangan PKR Kuala Pilah
2. En. Halim Aziz Ketua AMK Negeri Sembilan,
3. Sdr. Teo Kok Siong ADUN Bahau,
4. YB Amiruddin Shaari ADUN Batu Caves dan
5. Ybhg. Mustafa Kamil Ayub Naib Presiden PKR.

YB Yusmadi Yusof Ahli Parlimen Balik Pulau yang dijadualkan hadir memohon maaf disebabkan masalah yang tidak dapat beliau elakkan dan di beritakan selepas sahaja sidang Parlimen, beliau bergegas ke Pulau Pinang kerana ada masalah kesihatan isteri beliau..
Walau pun hujan renyai2 mulai turun sejak petang lagi, Para reformis tetap tidak berganjak malah semakin bersemangat dan tertumpu jelas akan penerangan demi penerangan dari penceramah2 terutama bagaimana serangan Najib dan UMNO keatas Perak, Kedah dan terkini Selangor.

Kini nyata dan jelas bagaimana jahilnya Umno berpolitik dan jahilnya dengan bahasa Melayu sendiri, tidak faham dan dungu terutama perbedaan bahasa waktu mengguna pakai bahasa adat istiadat istana. "Sembah derhaka" kepada istana oleh YAB MB Perak Nizar sering di putar belitkan kononnya MB Perak kini derhaka kepada Sultan. Mustafa Kamil turut menjelaskan bahawa bahasa Istana " Sembah Derhaka " bermakna sekiranya rakyat ada perbedaan pendapat dengan pihak Sultan.

Begitu juga YB Amirruddin menjelaskan bagaimana serangan Ketua Pembangkang Dato' Khir Toyo mengenai isu sedekah lembu oleh YAB Dato' Khalid kepada rakyat Selangor pada Aidil Adha tempohari, telah menjadi topik utama bagi media kongkongan UMNO BN waktu kini. Di beritakan juga Sultan Selangor turut kecewa akan tomahan tesebut dimana UMNO sering mempolitikkan dlm isu memberi kebajikan kepada rakyat baginda.

Pejabat PR Juasseh/Jemapoh mengucapkan syabas kepada Saudara Nizam yg bertindak sebagai Pengarah Pengelolaan Ceramah (Naib Ketua AMK PKR KP) bersama2 barisan AMK yg lain2 - Helmi (S/U PKR KP) - Shidee (Bendahari AMK KP)

Sesungguhnya ini adalah kesinambungan para reformis yang terdahulu dan ianya akan berterusan tanpa kenal erti lelah dan putus asa dan anak2 muda kini semakin sedar bahawa sesuatu perubahan dan kemelut akan sampai juga ke destinasi noktahnya jika anak2 muda ini sering kedepan mengharung ombak menuntut KEadilAN

http://picasaweb.google.com/GUA1964/CeramahDerhakahKepadaSultan?authkey=HP6lFfguyPk&feat=directlink (klik melihat gambar)

http://www.slide.com/r/oIdrkXiizD-qC80R7UX-yMvdBH3WrIOY?previous_view=lt_embedded_url (klik melihat gambar)

2 comments:

Anonymous said...

layan pineng lautbagwo

Anonymous said...

lwn pineng la mizan