Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, December 12, 2008

CIKGU YUSOF GHANI DLM KENANGAN



12HB. Dis 2008. Jumaat. Cikqu Yusof bin Abd Ghani telah kembali keramatullah sekitar jam 9am pagi tadi di bumi Mekah. Beliau bersama isterinya Kak Ju telah berangkat ketanah suci Mekah pada 1hb Dis 2008 sehari selepas ibu Paktam (Bedah binti Idris) meninggal dunia. Sepatutnya, Arwah dijangkakan kembali semula ke tanah air pada 17hb Dis 2008 setelah kerja2 rukun haji selesai dgn sempurna. Sewaktu di Kelana Jaya tempohari, Bro Burn sempat mengiringi dan berbual panjang dengan Arwah berkisar keagamaan dan politik semasa terutamanya pentadbiran kampong sendiri yg semakin malap. Beliau sempat juga berpesan agar dapat anak2 muda yg ada sekarang, sebagai pelapis untuk mengembalikan semula keceriaan kampong Desa Jemapoh ini seperti tahun2 sebelumnya. Disamping itu juga anak2 muda wajib berilmu dan harus juga berani berjuang dengan landasan keagamaan dan tidak lokek untuk memberi khidmat masyarakat. Tika hayatnya, beliau adalah seorang guru yg di segani terutama keperbadiannya yg lemah lembut. Pada awal 70an beliau telah mengambil pendekatan betapa pentingnya berilmu bersama2 belia kampong, membuka kelas tambahan petang untuk anak2 yg bakal menduduki peperiksaan. Setiausaha UMNO cawangan di bawah Arwah Tn Hj Mohd Pilus dan seterusnya pernah menjadi Ketua Umno Cawangan dan Pengerusi JKKK Desa Jemapoh. Cuma di penghujung 1998, sewaktu krisis kepimpinan pusat dan fiftnah yg melampau terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau mula hambar dan mengambil keputusan tidak berminat lagi untuk aktif dengan Umno. Tahun itu juga lah menjadikan satu sejarah bahawa Pergerakan Pemuda Umno Desa Jemapoh lumpuh setelah pemuda keluar beramai2 dari menjadi ahli pemuda Umno dan bergiat aktif dlm ngo ADIL seterusnya semakin aktif setelah parti keADILan secara sah tertubuh. Anak2 muda sering merujuk kepada beliau ilmu berpolitik, sepak terajang politik masa kini dan menjadi penasihat kepada anak2 muda agar tingkah laku jangan tersasar dan hilang pendoman. Surau Desa Jemapoh yg dulunya sunyi, kini semakin mula di isi dengan pelbagai aktiviti semenjak beliau sendiri menjadi Imam. Minat dlm sejarah perjuangan, menjadikan Pak Hamka dan wali songo sebagai idola pembersihan jiwa kerohanian. Sewaktu berita ini di tulis, mungkin beliau telah selamat di semadikan di Tanah Suci Mekah bersama2 dengan orang2 yg bertakwa. Baktimu tetap di kenang.

2 comments:

Anonymous said...

Saya anak kepada Allahyarham secara peribadi memohon maaf sekiranya semasa hayat Allahyarham ada melakukan kesalahan dan kesilapan. Dan sekiranya Allahyarham ada berhutang mohon kerjasama untuk membuat tuntutan kepada kami Anis Yati atau mak saya sendiri Kak Ju. Halalkan makan minum beliau semoga Ruh Allahyarham tenang dan aman di sana.

Yuhanis Yusop
Kaherah Mesir
amanja_76@yahoo.com

khancha2692 said...

Jasa Allahyarham secara peribadi pada saya akan tetap dikenangan seumur hidup.....Syukur, saya sempat bertemu Allahyarham buat terakhir kalinya di komplek tabong haji kelana jaya. Sempat juga kami bergambar bersama....Moga Ruh Allahyarham di tempatkan dikalangan mereka2 yang beriman...