Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, December 7, 2008

SALAM EIDUL ADHA SALAM PENGORBANAN

8hb. Dis 2008 ISNIN
LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK!!!!!!!!!Pengorbanan memerlukan keteguhan dan ketulusan hati. Puncak kepada keikhlasan dan makna dari ketakwaan itu terdapat di dalam kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. Surah As-Saaffaat ayat 102
Kedua-duanya tanpa ragu menjalankan perintah Allah S.W.T:
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).- Surah As- Saaffaat ayat 103 Betapa penting untuk kita menyingkap makna dan pengajaran dari peristiwa qurban yang melibatkan Nabi Ibrahim a.s. dan putera baginda Nabi Ismail a.s. Yang terserlah adalah nilai taqwa, hasrat mempertahankan hak dan menolak kebatilan.Pada masa sama jangan kita alpa untuk terus berjuang mengangkat martabat umat dan membela nasib rakyat.
Kesungguhan tanpa kenal erti penat dan lelah merupakan ciri para pejuang penegak Keadilan. Perjuangan untuk memastikan Perubahan di negara ini menuntut kesungguhan dari pendokong kebenaran. Moga kemenangan tiba jua akhirnya:
Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya)- Surah As-Saaffaat 116
Pejabat Pakatan Rakyat Dun Juasseh/Jemapoh mengucapkan Salam Eidul Adha minal adin walfaizin walmaqbulin kepada seluruh umat Islam.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Walillahil hamd. Hayati falsafah & menisfetasi Hari Raya Qurban agar dapat diterjemahkan dalam ertikata perjuangan dan pengorbanan.

No comments: