Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, December 13, 2008

PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT UNTUK ISTANA PM & TPM

Dinamakan sebagai kompleks Seri Perdana, kediaman mewah perdana menteri itu dibina oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi penyewa pertamanya pada 1999. Bangunan-bangunannya bertebaran dalam kawasan seluas 16 hektar di tengah-tengah Putrajaya. Ia merangkumi tiga blok bangunan, termasuk sebuah kawasan rehat, kemudahan jamuan dan tempat tinggal. Datuk Seri Abdullah tinggal di kompleks itu bersama isteri, anak perempuan dan menantunya serta anak mereka.' Adalah satu pembaziran untuk membelanjakan banyak wang untuk menyewa rumah bagi perdana menteri sedang negara menghadapi tempoh sukar seperti sekarang,' kata seorang AP pembangkang daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dr Mohd Hatta Md Ramli. Ketua Menteri Pulau Pinang dari parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, pula menyoal tentang pembayaran sewa itu kepada Putrajaya Holdings, anak syarikat Petronas, iaitu syarikat milik syarikat Kementerian Kewangan, Khazanah.'Ia (pembayaran sewa) juga menimbulkan soalan mengenai siapakah pengarah-pengarah syarikat itu dan siapa yang mendapat semua keuntungan yang diraih oleh syarikat itu,' ujarnya. Sumber: Warta Kerajaan."

Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM
R6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!
Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.
Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!
Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Kami tidak tahu tentang anda tetapi kami sendiri tidak terbayangbegitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.
Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.
Jadi apa nak kita lakukan?
Dalam pada itu rakyat ditegur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita.
Sekiranya Pakatan Rakyat berkesempatan menduduki Istana ini, perlu di kaji semula urus tadbir dan penyelenggaraannya, jangan sampai rakyat derita, pemimpin pula yg berdekah2 ketawa.Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.


Manakala di bawah ini adalah rumah rasmi Pemimpin Pakatan Rakyat Tuan Guru Hj Hadi Awang dan Tuan Guru Hj Nik Aziz

No comments: