Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, December 27, 2008

AL-FATIHAH Yam Tuan Besar Negeri Sembilan Mangkat









  • DYMM Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
    D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), Commander Grand Cross with Collar of the White Rose (Finland), Collar of Civil Merit (Spain), Order of Sikatuna (Philippines), Collar De La Orden Almerito De Chile (Chile), National Order of the Cruzeiro Do Sul (Brazil), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon (Uruguay), Grand Cross with Diamonds the Order "El Sol del Peru" (The Sun of Peru), The Grand Order of Mugunghwa (Korea), Grand Collier De L' Independance (Grand Medal of The Independance) - Cambodia, Grand Cross Special Class of the Order of Merit (Federal Republic of Germany), "ORDE DE LA GRANDE ETOILE" (Djibouti), Knight Grand Commander of the Order of the Bath (With Collar) - U.K
    27hb. Dis 2008 (Sabtu) Berita dari Istana Seri Menanti, Baginda mangkat di Hospital Besar Seremban sekitar jam 11.45 pagi ini. Ketika hayatnya, baginda pernah menziarahi Dato' Seri Anwar di Jerman ketika menjalani pembedahan tulang belakang akibat kezaliman KPN Rahim Noor waktu krisis kepimpinan Negara sekitar tahun 1999. Rakyat turut bersedih pemergian baginda dan turut menghargai akan keperhatinan baginda bagi kesungguhan Pakatan Rakyat kerajaan menunggu untuk mentadbir negeri dan pusat, sewaktu pertemuan bersama2 pimpinan Pakatan Rakyat tempohari. SEBELUM ITU dlm Satu sambutan sempena menyambut kepulangan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan DYMM Tuanku Permaisuri Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ampuan Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin telah diadakan oleh lebih 300 orang ahli Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan di Kompleks Terminal Bunga Raya VVIP, KLIA pada 6hb Disember 2008 jam 9 malam.
    Sambutan tersebut telah diketuai oleh Tuan Hj. Muhammad Kamel Yassin (Ketua Bahagian Rasah) yang turut disertai oleh Setiausaha Perhubungan keADILan NSDK, Sabaruddin Mohd Yassim, Ketua Bahagian Rembau merangkap ahli MPT, Badrul Hisham Shaharin, YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah), YB Rashid Latiff (ADUN Ampangan), YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat) dan YB Ravi Munusamy (ADUN Port Dickson).
    Pada sambutan itu juga, Baginda Tuanku telah berkenan menerima "Memorandum menyokong Kedaulatan Dan Kekebalan Raja-Raja Melayu Dikembalikan" yang telah diserahkan oleh Tuan Hj Muhammad Kamel Yassin. Penyerahan memorandum tersebut adalah rentetan daripada titah anakanda baginda, YAM Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar yang telah bertitah supaya kekebalan raja-raja dikembalikan demi kedudukan dan kedaulatan raja-raja melalui Ceramah Jamuan Tengahari Diraja yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
    Memorandum ini juga adalah kesinambungan daripada ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Kongres Nasional kelima lalu yang telah menyatakan kesediaan untuk mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu yang berteraskan semangat Raja Berpelembagaan. Malah Ketua Umum Parti Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapan penutup Kongres Nasional itu juga turut menyatakan kedaulatan dan immuniti Raja-raja Melayu hendaklah dikembalikan semula kepada raja-raja.
    Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan telah merintis jalan pembuka bagi mendaulatkan kuasa Raja-raja sebagaimana saranan Presiden PKR dan Ketua Umum tersebut. Semoga PKR negeri-negeri lain akan menuruti langkah ini demi menjayakan saranan Presiden dan Ketua Umum PKR.
    DAULAT TUANKU!
    MEMORANDUM MENYOKONG KEDAULATAN DAN KEKEBALAN RAJA-RAJA
    MELAYU DIKEMBALIKAN Ampun Tuanku, Bahawa patik Muhamad Kamel bin Yassin mewakili rakyat anak watan Negeri Sembilan Darul Khusus menjunjung kasih mengucapkan selamat kembali ke tanah air dan sayugia hendaknya DYMM Tuanku bersama DYMM Tuanku Permaisuri sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
    Daulat Tuanku,Mohon dirafa’kan sembah bahawa kami rakyat yang bernaung di bawah payung kebesaran DYMM Tuanku menyokong sepenuhnya titah anakanda tuanku YAM Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar melalui Ceramah Jamuan Tengahari Diraja di Kuala Lumpur baru-baru ini. YAM Tunku Naquiyuddin bertitah supaya Kekebalan Raja-raja dikembalikan demi kedudukan dan kedaulatan Raja-raja. Mohon patik menyatakan di dalam Kongres Kali Kelima Parti Keadilan Rakyat di Shah Alam pada 28hb November 2008 yang lalu, Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Binti Dato’ Wan Ismail melalui ucapan dasarnya telah menyatakan kesediaan untuk mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu yang berteraskan semangat Raja Berpelembagaan. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapan penutup Kongres Parti Keadilan Rakyat itu turut menyatakan kedaulatan dan imminuiti Raja-raja Melayu hendaklah dikembalikan semula kepada baginda Raja-raja.Ampun Tuanku,Demi mengembalikan kedaulatan dan kebesaran Raja-raja Melayu patik bersama sekelian hamba rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus mohon perkenan ke bawah duli Tuanku untuk menggerakkan usaha mengembalikan kekebalan dan kedaulatan Raja-raja seluruhnya sesuai dengan konsep Raja Berpelembagaan. Kami hamba rakyat tuanku mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, dan menjunjung kasih di atas kesudian DYMM Tuanku mencemar duli menerima warkah ini.DAULAT TUANKU.
    Muhamad Kamel bin Yassin PJK. PMC. Tarikh : 6 hb Disember 2008



No comments: