Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, November 30, 2008

KONGRES PKR YG KE 5






Assalamualaikum, Semalam kami berkesempatan menghadiri Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai perwakilan dan pemerhati di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam, Selangor. kesempatan dan peluang kehadhiran ini juga bagi melihat sendiri mentaliti penyokong dan pemimpin PKR, rakan sekutu rapat PAS. Kami berkesempatan mendengar ucapan pemimpin tertinggi PKR iaitu kesemua Naib Presiden PKR : 1. Y.B Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa, Selangor 2. Y.B Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng 3. Y.B Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang 4. Datuk Dr Jeffrey Kitingan Disamping itu juga, Kami berkesempatan juga mendengar ucapan bersemangat Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan akhir sekali mendengar ucapan daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim secara 'live'. Ikrar Mengejutkan daripada Y.B Sivarasa Rasiah Ucapan malam ini menarik minat semua jemputan yg berbilang kaum dan ugama apabila Ahli Parlimen Subang, YB Sivarasa Rasiah telah membuka dan membacakan Perlembagaan PKR. Beliau dengan tegas menyatakan komitmen PKR bagi memelihara dan mendaulatkan Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping meminta orang Melayu menghormati masyarakat bukan Islam dan ini benar-benar membuka fikiran sebahagian rakyat yg masih sangsi terutama BN. Sebelum ini berbagai tomahan, kononnya mereka tidak pernah mendengar ucapan daripada pemimpin PKR bukan beragama Islam yang secara terangan menyatakan komitmen untuk mendaulatkan agama Islam dan bahasa Melayu di Malaysia. Ini sesuatu yang baru dan menarik dalam politik Malaysia. Kesan Dakwah Daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim? Kawan2 kami memberi pandangan mungkin ini adalah kesan halus dakwah DSAI kepada ahli PKR yang bukan Islam untuk menghormati kedaulatan Agama Islam dan Bahasa Melayu. Mungkin ada benarnya. Jadi ramai di antaranya sebelum ini telah tersilap sangka kepada PKR selama ini. Ada sebilangan parti2 ingatkan PKR ini sekular tapi sesungguhnya ia adalah sebuah parti yang mahukan perpaduan di Malaysia. Pilihan PAS untuk bekerjasama dengan PKR adalah satu pilihan tepat cuma PAS perlu memantau agar perjuangan PKR sentiasa pada landasan yang betul dan memberi nasihat kepada PKR mana yang silap.




sila klik di sini. 1) http://picasaweb.google.com/GUA1964/29?authkey=VYaV39NsHM8# 2) http://picasaweb.google.com/GUA1964/PKRKongress2008?authkey=YWI8kLWtGrY# 3) http://www.flickr.com/photos/anwaribrahim/sets/72157610381405228/show/

Sekiranya ada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pakatan teragak-agak, gentar untuk membuat perubahan, takut kepada risiko; kita tidak ada pilihan selain menuntut perubahan dalaman untuk menggantikan mereka dengan pemimpin yang benar-benar mampu memimpin dan membuat keputusan- Shamsul Iskandar Md Akin
Pakatan cuai bersihkan anasir BN
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri dengan tanpa banyak alasan segera “membersihkan kerajaan negeri daripada anasir BN”.
“AMK dengan ini memberikan peringatan kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Jangan berdolak-dalik dengan seribu satu alasan. Pembersihan kerajaan daripada anasir BN mesti dilaksanakan tanpa bertangguh,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin.
“Kita tidak boleh terpukau dan terpedaya dengan pemimpin dan ahli BN yang bertukar kulit hanya semata-mata untuk terus membolot peluang, tanpa menghayati falsafah perjuangan kita, tanpa menunjukkan komitmen untuk menghayati prinsip-prinsip perjuangan yang kita dukung.”
Shamsul Iskandar mengkritik kerajaan gabungan PKR, DAP dan PAS yang didakwanya “cuai melaksanakan janji” untuk membuat pembersihan dalam pentadbiran “sehingga ke akar”.
“Sekarang rakyat telah memilih kita. Rakyat mahu kita melakukan perubahan. Salah satu perubahan yang telah kita janjikan ialah untuk membersihkan kerajaan daripada kebobrokan Umno-BN.
“Kenapa setelah rakyat memberikan kita amanah, kita cuai untuk melaksanakan janji ini?” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar ketua angkatan muda PKR dalam kongres tahun pergerakan itu di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.
Berhubung perkara itu, beliau menambah, kebergantungan kerajaan Pakatan terhadap birokrasi kerajaan dan jentera BN hari ini “menjadi lelucon dan sesuatu yang malang”.
“Pergantungan kepada birokrasi semata-mata, atau lebih malang kepada aparat-aparat BN, sudah tentu tidak memadai. Sudah barang tentu menjadi lelucon untuk kita terus membiarkan anasir-anasir BN berleluasa dan mengakar di dalam kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan.
“Selama ini kita mengkritik mereka sebagai (pengamal) rasuah, khianat kepada amanah rakyat dan sebagainya.
“Kita mengambil risiko, bermati-matian menentang mereka di dalam pilihanraya kerana kita mahu menggantikan mereka dengan pemimpin yang berintegriti di semua peringkat,” kata Shamsul Iskandar di depan hampir 600 perwakilan AMK.
Beliau turut mempersoalkan ahli-ahli parti itu yang diketepikan dalam jentera kerajaan negeri Pakatan dengan “alasan bukan-bukan”, termasuk tiada pengalaman.
“Pemimpin-pemimpin utama PKR terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan yang sangat cemerlang. Profesor dan pakar di dalam pelbagai bidang.
“Kenapa sehingga ke hari ini mereka masih tidak diangkat memainkan peranan utama memberi sumbangan dalam perencanaan dan operasi kerajaan-kerajaan negeri?” katanya.
Dengan nada amaran, Shamsul Iskandar berkata, sekiranya terdapat pemimpin kerajaan Pakatan yang teragak-agak, takut kepada risiko dan perubahan, pergerakan itu tiada pilihan selain menggantikan pemimpin itu.
“Sekiranya ada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pakatan teragak-agak, gentar untuk membuat perubahan, takut kepada risiko; kita tidak ada pilihan selain menuntut perubahan dalaman untuk menggantikan mereka dengan pemimpin yang benar-benar mampu memimpin dan membuat keputusan.
“Kerajaan mesti dipimpin, bukan semata-mata diurus,” katanya.
Beliau dalam ucapannya itu bagaimanapun tidak menamakan dengan jelas pemimpin yang dimaksudkannya itu.
Dalam sidang akhbar selepas ucapannya itu, Shamsul Iskandar menjelaskan, penyertaan AMK dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri dibuat Pakatan dapat menilai semula keberkesanan masing-masing selepas lapan bulan memerintah sejak Mac lalu.
Beliau menafikan tuntutannya itu difokuskan kepada peluang perniagaan semata-mata.
“Peluang itu saya buat (gariskan secara) umum. Bukan sekadar peluang perniagaan, (tetapi juga) peluang dalam struktur kerajaan negeri, (dan) peluang dalam institusi-institusi pendidikan.
“Peluang dalam perniagaan itu, apa masalahnya kalau ada keuntungannya kepada rakyat. Yang kita tolak, perniagaan yang ada (unsur) rasuah, penyelewengan dan korup,” katanya.
Ketua AMK itu menafikan pergerakannya terpinggir dalam kerajaan-kerajaan negeri Pakatan.
“Tidak, (desakan) itu hanya penegasan AMK. Saya tidak berasa terpinggir,” katanya.
“Apabila perubahan dilakukan, kita tidak boleh mengelak. Mereka (rakyat) telah memilih kita (dalam pilihanraya umum lalu). Takkan kita hendak katakan tidak boleh buat, tidak ada pengalaman. Kita kena lakukan sesuatu.”

No comments: