Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, August 31, 2008

Kerja Keras ANWAR untuk membentuk Kerajaan Rakyat




Tidak menjadi masalah bagi saya jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan - DSAI
Anwar: ‘Saya sibuk minggu depan temui MP bincang lompat parti’
30-08-2008 08:52:12 PM
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.
Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
mStar Online difahamkan kelmarin beliau mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.
Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen di Kuching esok.
Bagaimanapun Anwar masih mempunyai jadual menemui pengundinya di Permatang Pauh.
Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu hari ini, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.
Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.
“Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja.
“Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian wujud,” katanya.
Pembangkang kini menguasai lima negeri - Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.
Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini.
“Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajan Pakatan Rakyat),” kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan
Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.
Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.
Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.
Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.

Saturday, August 30, 2008

KERAJAAN PAKATAN TERBENTUK 16SEPT 2008?

Terima Kasih yg tak terhingga kepada keseluruhan pengundi2 Permatang Pauh. Syabas kepada semua jentera2 bertugas yg hadhir dari setiap pelusuk negeri, mengembeling tenaga dan masa untuk sekian kalinya. Pengorbanan anda telah di bayar dgn keputusan cemerlang, bila saja SPR mengumumkan keputusan P/Raya Kecil Permatang Pauh jauh memihak kepada Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dgn majoriti besar berbanding PRU12 tempohari.


"Rakyat Permatang Pauh cerdik dalam politik kepartian. Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan ketua pembangkang dalam parlimen Malaysia. Namun hakikatnya berapa lama Anwar Ibrahim boleh bertahan menjadi Ahli Parlimen?. Dari sudut politik kepentingan individu dan masyarakat umum mahu Anwar Ibrahim merubah suasana politik dan kerajaan yang sedia ada bertukar tangan. Tarikh 16 September bagaikan satu tarikh "kramat". Seluruh penduduk Malaysia menanti dan ingin lihat apa yang terjadi kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang. Untuk meredakan suasana satu hari yang menjadi penantian. 16 september mungkin tiada perubahan politik dan kerajaan. Malaysia tetap diperintah oleh BN dan UMNO masih menjadi jaguh murahan . Dalam membentuk kerajaan persekutuan PAKATAN RAKYAT amat bergantung pada wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak. Dgn melihat suasana jumut dan ketakutan masa kini, Wakil rakyat dari semenanjung tidak ada harapan malah sukar untuk beralih parti. Sejak dulu lagi, kita selalu terlalu mengharapkan Anwar Ibrahim seorang diri menjelmakan sesuatu yang sukar dari sudut politik yang masih ada kepentingan individu terutama wakil rakyat BN dan khususnya UMNO sendiri. Jika tidak ada perubahan, Anwar Ibrahim tidak salah dan PAKATAN RAKYAT tidak silap.,Rakyat tidak salah dan tidak silap. Cuma sebahagian rakyat, telah menyesal memberi undi kepada BN dlm PRU 12 tempohari. Setelah BN masih dapat memegang kerusi Parlimen, rakyat semakin tertekan dari segala segi, ekonomi, keugamaan dan wujudnya perkauman yg terlampau termasuk pengekalan pemimpin korup, yg masih diberi tempat. Hakisan tanah rakyat , budaya mengugut dan fitnah semakin ketara. Apakah kita terlalu mengharap 30 wakil rakyat atau ahli parlimen bertukar parti. Namun hakikatnya sanggupkah 30 ahli parlimen bertukar parti?. Jawapanya amat sukar dan tidak mungkin. Rakyat memang mahukan perubahan. Sadisnya, keputusan itu masih terletak kepada wakil rakyat UMNO dan BARISAN NASIONAL. Hampir semua wakil rakyat BN dan UMNO ada masaalah dan penyakit yang sukar diubati. iatu penyakit wang dan projek. Mereka telah sekian lama dididik dgn suapan, dan ini adalah umpan Pemimpin Tertinggi untuk mengheret hidung dan menjenjeng mereka sekiranya terdapat diantranya yg cuba berpaling tadah. Berapa ramaikah wakil rakyat BN dan UMNO yg betul2 memperjuangkan dan membela rakyat? DAN berapa ramai pula yg kukuh imannya dgn menjaga peradapan. Kemungkinan ini, tidak akan terjadi apa2 yang semua kita dan rakyat harapkan dalam tempuh yang terdekat ini. Mungkin Anwar Ibrahim tetap akan dibicarakan oleh kerajaan BN dgn kes yang sedia ada dan khabarnya masih cuba mencipta beberapa kes yang bakal dikenakan lagi untuk menindakkan Anwar Ibrahim hidup sebagai WIRA RAKYAT dalam suasana politik semasa. " Kita cuba perhatikan persidangan Parlimen pengubalan AKTA DNA. Usha yg berhempas pulas untuk mengenakan DSAI. Kempen Nalakaruppan di P Pauh tempohari kononnya sogokan RM 60 juta duit Magnum sekitar awal 1990an. Apa tugas kita, memperkasakan pentadbiran Parti dgn memberi sokongan tanpa jemu dan lelah akan usha pimpinan PAKATAN RAKYAT menyusun strategi kearah Negara Malaysia maju dan berkebajikan. Kita bena siasah yg kuat dan jalinkan hubungan kemasyarakatan yg berhemah dan naikan martabat jati diri yg mantap. Iringi dgn doa agar ujian ini telah sampai ke penghujung dan Impian Rakyat untuk membena kehidupan addin akan memancar di awal 16 sept ini. Insyaallah. Manusia hanya merancang, Allah jua memberi ketentuan. Merdekakan fikiran dari sifat2 yg tamak haloba, rakus,kianat dan sombong. Dan selamat berpuasa dari sifat2 itu tadi terutama di ambang Ramadhan Al-Mubarak.

Friday, August 29, 2008

Semangat Laungan Kemerdekaan Rakyat Sudah Bermula












Agak lama juga blog ini tidak di kemaskini. Kesibukan dgn tugas2 dan kerisauan yg terlampau akan peranan jahat UMNO di Permatang Pauh, membuatkan kami terpaksa meninggalkan sementara meja komputer. Pejabat PR Jemapoh/Juasseh sering kali di hujani kehadhiran para reformis dgn hampir setiap hari untuk mengikuti perkembangan terkini perjalanan P/Raya P. Pauh. Ajk2 terutama Helmi, Mizan, Shidee dan Suli pula bertungkus lumus menyiapkan jentera2 (PR DUN JUASSEH) untuk bersama2 ke P. Pauh sejak DSAI mengumumkan menawarkan diri calon Parlimen mengantikan DSri Wan Azizah. Sementara para sahabat kami yg berpengkalan di KL, Burn, Kamal, Ujang Katek pula cuba memastikan logistik landing yg nak di hubungi dan di tuju. Sejak itulah, kami harus menyusun semula jadual hidup kami agar tidak ada yg tertinggal, tanggung jawab keluarga untuk membuat perjumpaan bagi memastikan program ke P.Pauh ini di isi dengan misi perjuangan. Siapa yg tidak risau. Jentera BN yg memunggah seluruh anggota Kerajaan telah sampai awal dgn misi mengagalkan Kemerdekaan Rakyat ini dgn apa cara sekali pun. Berita2 dari bilik kebal UMNO telah bersidang dan memutuskan bahawa DSAI akan di kalahkan dgn majoriti tipis 319. Kami bersyukur anak2 dan isteri memahami tugas kami dan sering pula memberi perangsang dan nasihat menjaga diri. Doa2 tersebut membuatkan kami bertambah yakin akan perjuangan ini di redhai ALLAH. Anak2 muda saban hari di beri pandangan oleh Pengerusi kami Hj Rosli, Pakmat dan Hj Rahman. Mereka ini orang2 yg berpengalaman yg sering mendidik erti perjuangan dalam mengharungi dunia politik Malaysia yg sering tersasar. Pandangan dan nasihat menjaga adab dan berilmu adalah bekal yg kami bawa ke P. Pauh. Pejuang2 yg tak kesempatan bersama2 kerana tugas2 yg tak dapat di elakan, sering mengirimkan doa dan bertanya perkhabaran. Mizan dan Helmi sering memberi liputan semasa, sesampai saja ke P.Pauh. Khabar beliau, tidak pernah tergambar sebelum ini, ratusan ribu manusia telah membanjiri lembah P. Pauh ini. Kehebatan sambutan setiap inci tanah P Pauh telah di isi dgn laungan TABIR, REFORMASI dan MERDEKA. Setiap inci tanah P Pauh ini jugak di barisi oleh puluhan ribu anggota polis FRU yg berseragam. Disamping itu, dlm Celahan orang ramai itu jugak begitu ramai anggota SB menunggu arahan untuk menggempur reformis2. Suasananya hiruk pikuk dgn laungan kata2 semangat dan sering di sulami bunyi bingit HELI dan Jet Pejuang yg berlinggar2. Antara wajah2 ini, garang, bengis, semangat dan bercampur baur cemas dan sayu. Jelas, kerisauan Kerajaan BN untuk menggagalkan DSAI sebagai Ahli Parliment begitu ketara. Pelbagai agenda cuba di terjemahkan. Pemimpin BN bersumpah, Ezam bersumpah, Najib bersumpah, Tajol Rosli bersumpah, Saiful bersumpah. Malah air liur BN bertaburan dengan memaki hamun dan peciptaan fitnah. Malang.... Permatang Pauh sudah cukup matang sekarang ini. Sogokan dgn projek, duit, sumpah2 dan fitnah bukan lagi permainan. Seluruh Rakyat mengucapkan syukur dan terima kasih kepada seluruh pengundi2 P Pauh akan tekad undian yg memenangi WIRA RAKYAT. Terima Kasih juga para petugas2 yg berkampung hampir seminggu dengan dugaan yg tidak pernah tergambar sebelum ini. Rakyat Malaysia yg mengimpikan bakal muncul seorang Pembela Rakyat telah muncul kini dan sekarang di persanda Parliment. Jejak2 ke Putra Jaya akan sering dihiasi dengan doa yg tidak henti2. MERDEKA2 & SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Moga ALLAH memberi petunjuk.

Friday, August 22, 2008

Sumpah Keramat Ezam & Lokman Adam Jugak Sumpah Laknat Saiful Akan Makan Tuan





Assalamualaikum..,,Kempen PP semakin rancak. Tidak ada ruang langsung bagi BN. Ceramah mereka tidak mendapat sambutan berbanding ceramah PR, isu perkauman dan serangan terhadap peribadi DSAI terus menjadi bahan kempen BN. Satu lagi bahan kempen ialah cabaran supaya DSAI bersumpah terutamanya dari penceramah yang pernah masuk PKR seperti Lokman Noor Adam dan Ezam M. Noor. Sementara di pihak PR , isu yang dibawa ke pengetahuan rakyat ialah isu harga minyak, isu rasuah yang melibatkan pemimpin negara, isu konspirasi untuk menyekat DSAI dari bertanding.DSAI secara solo telah diserang oleh BN/UMNO menggunakan Polis, BPR dan Mahkamah. Dalam kemeriahan kempen PP ini terselit ditengahnya dua kisah "SUMPAH" yang menyayatkan hati. SUMPAH KERAMAT Ezam dan SUMPAH LAKNAT si Saiful.Ezam membawa bersamanya ketika memasuki UMNO dulu, satu episod sumpah yang tidak boleh lagi dipadamkan dari dirinya."SUMPAH KERAMAT" Ezam merakamkan janji Ezam untuk menentang UMNO, membawa Ezam kepada usaha membongkar penyelewengan UMNO. Ezam juga bersungguh sungguh untuk menguburkan UMNO dengan "SUMPAH KERAMAT"nya. Kini usaha Ezam menampakkan kesan apabila UMNO mula goyat,meroyan dan menuju kejatuhan yang kelihatan tidak mampu lagi bangkit. Namun pada ketika inilah Ezam turut meroyan, lupa diri dan "ROOT" apabila dia memasuki UMNO melalui "kaki tidur"nya. Ezam sendiri mengakui bahawa orang yang membawa masuk Ezam ke dalam UMNO ialah "kaki tidur". PRK PP memberi peluang kepada Ezam untuk mendedahkan siapa DSAI. Jadi dengan lantang dan bersungguh sungguh Ezam pun bersuara di sana sini di sekitar PP untuk mendedahkan keburukan yang bakal di bawa oleh DSAI jika DSAI memerintah Malaysia. Ungkapan "saya tahulah sebab saya s/u nya ketika itu" menjadi mainan bualan Ezam, sama seperti Ezam menjajakan kisah 6 kotak dulu. Inilah penangan "SUMPAH KERAMAT" buat Ezam. Tetapi Ezam masih bertepuk sebelah tangan, tak kira apa dia kata, DSAI tetap tidak mahu layan. Sejak dia keluar PKR dan sehingga dia masuk UMNO serta sehingga dia memburukkan DSAI, tidak pernah sekali DSAI menyebut namanya dalam ceramah ceramah beliau. Sungguh memalukan Ezam dan sungguh kuat kesan "SUMPAH KERAMAT"nya. Kemudian muncul "SUMPAH LAKNAT" si Saiful. Sumpah yang di katakan persoalan peribadi antara dia dan DSAI akhirnya menjadi bahan kempen PRK PP dengan laungan cabaran supaya DSAI bersumpah kedengaran dari tempat ceramah BN. Antara yang didengari melaungkan cabaran tersebut ialah Lokman Noor Adam. Maknanya "SUMPAH LAKNAT" si saiful tidak lagi menjadi peribadi kalau ianya dipolitikkan. Sewaktu DSAI sibuk membersihkan dirinya dari tuduhan ini, DSAI dituduh mempolitikkkan isu peribadi tetapi sekarang cabaran demi cabaran diajukan kepada DSAI oleh penceramah dan pencacai UMNO. Tuduhan liwat yang dipolitikkan. Saiful juga mendapat perlindungan Polis, atau lebih tepat perlindungan UMNO. Saiful menjadi insan penting dan sehingga ini insan tersayang.Saiful disembunyikan, keluar sekejap untuk bersumpah dan mengadakan sidang akhbar, kemudiannya kembali beruzlah. Keluar sekejap untuk ke JAWI, kemudian menghilang diri sambil mendapat kawalan dari pengawal keselamatan kelas satu. Itulah Saiful yang disayangi kerana "SUMPAH LAKNAT"nya. Sekalipun,"SUMPAH LAKNAT" ini didapati dilakukan secara tergesa ,tidak mengikut panduan sebenar agama serta dilafazkan di hadapan IMAM yang menyamar(SESUMPAH) namun penceramah UMNO /BN di PP tetap menggunakan bagi membuat cabaran kepada DSAI sekali gus cuba membuktikan Saiful dizalimi dan DSAI tidak layak diangkat menjadi pemimpin. Maknanya "SUMPAH LAKNAT"Saiful sedang dipolitikkan di PP. Begitu juga media perdana masih memutar belitkan fakta "SUMPAH LAKNAT" ini dengan berbagai bagai hujah yang diputarbelitkan. IMAM Ramlang perigi yang di temui sebagai ahli pemuda UMNO dan pengundi PP tidak disiarkan di media perdana. LAKNAT yang saiful lafazkan untuk keluarga dan keturunannya tidak di ulas oleh media perdana mengikut panduan sebenar agama. Tetapi ungkapan "memasukkan zakar kedalam lubang dubur saya" di siarkan oleh TV3 suku tanpa sedikitnya pandangan para ustaz ustaz diambil bagi melihat samada ungkapan sebegitu wajar digunakan apatah lagi di dalam Masjid. Sumpah menyumpah ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia. Ada perakuan sumpah oleh Azizan pada tahun 1998 dulu, ada sumpah dilafazkan di mahkamah , ada majlis angkat sumpah menjadi PM dan TPM. Kesemua sumpah ini menjadi ikrar untuk melaksanakan tugas atau memberi keterangan berdasarkan kebenaran, tetapi sering terjadi sumpah sumpah ini dilanggar. Tiada kebenaran dalam tugas PM atau TPM, tiada kebenaran dalam keterangan di mahkamah. Begitu juga "SUMPAH KERAMAT" Ezam juga dilanggari,jadi apalah sangat"SUMPAH LAKNAT" si Saiful ini bagi orang orang UMNO?Barangkali UMNO akan melakukan juga "SUMPAH LAKNAT" kalau ada wanita atau puterinya di rogol. Mungkin lafaz sumpah tersebut akan berbunyi antara lain"memasukkan zakarnya ke dalam lubang faraj saya........"dan akhirnya semua yang terlibat dengan sumpah sumpah sebegini bertukar menjadi sesumpah seperti Ezam dan Saiful....."

Kami berdoa sahabat2 EZAM tidak mengikuti langkah2 sumbang dan terkeluar dari sifat kemuliaan Manusia. Jangan terbeliak biji mata dan mata hati bila upah yg terlalu lumayan di depan mata. Allah sentiasa memerhati langkah yg terlalu sumbang ini takut tak sempat bersedia dgn hukuman dan laknatnya.

Thursday, August 21, 2008

Dato' Yaacob Perancang Kejahatan Cubaan Memerangkap Pakatan Rakyat & Kiblat EZAM, LOKMAN & KJ



Satu perancangan jahat yang bukan sahaja berpusat di Pulau Pinang tetapi di Bukit Aman dibawah Ismail Omar iaitu perancang kejahatan di Terengganu dan Ijok 2007. saya katakan mereka telah berjaya melakukan di Terengganu dan tidak mustahil mereka lakukan di Permatang pauh. perancang jahat ini mereka tidak mampu melakukan adegan yang "real", tetapi mengulang ulang Konspirasi yang sama, liwat tahun 1998 diulang kembali pada tahun 2008, dan adegan Batu Buruk diulang di Permatang Pauh. Meraka ini memang jahat, Tapi Permatang Pauh semakin bijak. Jentera2 PR yg hadhir dari setiap negeri telah cukup faham permainan liciknya. Provokasi yg di cipta dgn mengwujudkan suasana kelam kabut dan hura hara, tidak lagi di layan. Pemuda2 upahan BN yg memakai baju DAP, PAS dan PKR di arah untuk menimbulkan keadaan tidak tenteram. Mereka telah di tangkap oleh jentera2 PR yg bertugas dan di hantar ke Balai Polis untuk di sola siasat. Malang media massa yg masih di kongkong oleh BN, sering cuba mengambarkan sebaliknya, kini Ketua Polis Negara telah mendapat deposit balasan dari tuhan untuk menghantarnya ke Neraka. kejahatanya kalau dia tidak Insaf dan tidak akan dimaafkan dan tempatnya adalah Neraka. dibatu Buruk dulu adegannya lebih kurang sama, gambar disiarkan berulang ulang dimedia massa, mereka main serkup jarang entah gambar siapa yang diambil, janji hasrat mereka tercapai iai menjadi barua kepada UMNO.sehingga kini bila Datuk Ayub hilang ke Pulau Pinang kes batu buruk pun hilang sama, kini Datuk Ayub memulakan adegan yang sama di Permatang Pauh. jadi kini hanya kuasa rakyat untuk menghalang kejahatan Polis berleluasa. Polis yang dipimpin oleh Musa Hassan nyata sehingga kini tidak dapat menjejak pembunuh Nurin Jazlin, walaupun ada rakaman CCTV dan dihantar pula ke FBI di Amerika tetapi sehingga kini mereka gagal menjejak pembunuh tersebut, jadi.. Polis sibuk mencari orang yang bergaduh di Permatang Pauh. tetapi gagal menjejak penjenayah. inilah dikatakan Polis yang dipimpin oleh manusia bergelar Syaitan. mereka memakai uniform Polis dan bekerja untuk kejahatan. Sementara EZAM dan KJ telah meninggalkan P Pauh malam terakhir berkempen. Melalui perculaan secara rambang, BN akan kalah teruk dan berkemungkinan hilang wang pertaruhan. UMNO P Pauh, khabarnya telah menghalau EZAM kerana kempennya yg melampau dgn serangan peribadi DSAI dan semakin meracau2. UMNO P Pauh pun sedar, duit P Raya berada ditangan EZAM dan KJ. Memandangkan keputusan tidak mungkin berpihak kepada UMNO, maka EZAM dan KJ telah memunggah baki duit P. Raya tersebut dgn jumlah yg begitu banyak. Agihan tidak di rasai secara sepatutnya oleh jentera2 UMNO dan mengakibatkan mereka mengamuk dgn memecahkan bangunan UMNO dan cubaan untuk membakar. Polis di kejarkan untuk menteteramkan keadaan. Ke esokan hari mengundi, EZAM takut dan malu datang untuk membantu P PAUH. Kemarahan UMNO semakin memuncak. Maka EZAM dan mungkin penasihatnya mencipta sebab sebab melalui sebaran SMS: Ezam koma terjatuh di dlm bilik air dan skrng di kejarkan ke HUKL. Doakan keselamatan beliau. Maka dgn cara ini, UMNO P Pauh akan simpati dan tidak mempertikaikan kegagalan beliau hadhir di hari mengundi. Kerja2 memunggah duit2 Parti ini telah lama menjadi tabiat EZAM dgn tanpa kita sedari. Dan berapa ramai yg tertipu dgn cara dan gaya ceramahnya yg memperjuangkan DSAI dan keADILan sedekad dulu. Setiausaha AMK KeADILan Pusat, Lokman Adam pernah di pecat oleh beliau kerana mendakwa EZAM telah melarikan duit AMK pusat dgn jutaan ringgit sejak tahun 2003 lagi. Itulah Kiblat UMNO

Cubaan UMNO Perak Menawan PR Perak menggunakan BPR



Sekali Lagi UMNO Perak Ikut Pintu BelakangDilulus terbit pada Thursday, August 21 @ 18:56:51 Penahanan dua Exco Kerajaan Negeri Perak dilihat sebagai satu lagi percubaan UMNO Perak untuk meragut kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri tersebut. Sehingga kini masih tidak diketahui apakah peranan BPR Perak sama ada dipergunakan oleh UMNO Perak atau turut memainkan peranan penting. Samsiah Abu Bakar yang menerajui BPR Perak sememangnya mempunyai 'track record' yang meragukan di kalangan pihak-pihak tertentu di negeri itu. Tuduhan rasuah terhadap seorang hakim Mahkamah Syariah Perak masih lagi menjadi bualan mulut masyarakat negeri ini khususnya, iaitu sejauh mana kebenaran BPR turut terlibat untuk memerangkap hakim tersebut?
Sebelum ini UMNO Perak telah melakukan tawar menawar terhadap PAS Perak untuk menggagalkan pembentukan kerajaan PR sejurus selepas Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu. Bermacam saluran digunakan oleh UMNO Perak bermula dengan meminta Mufti Perak sebagai orang tengah untuk mempelawa PAS bekerjasama dengan UMNO. Mufti ini dikatakan menghubungi pimpinan PAS di peringkat pusat dan negeri untuk tujuan tersebut. UMNO Perak juga menggunakan Ziyad menantu Tajul Rosli yang pernah bergiat dengan PAS di luar negara untuk mengemukakan tawaran tersebut. Tawaran yang cuba diberikan kepada pimpinan PAS Perak bukan 'kecil-kecil anak'.Bagaimanapun PAS menunjukkan kesetiaan yang tinggi bersama PR walaupun tawaran yang dikemukakan oleh UMNO Perak sebenarnya lebih lumayan. Setelah melalui episod tarik menarik yang panjang, akhirnya kerajaan PR di Perak berjaya juga dibentuk dan usaha UMNO Perak untuk masuk melalui pintu belakang gagal. Tindakan UMNO Perak menggunakan saluran Mufti Perak tersebut bukan sahaja memburukkan nama UMNO Perak sebaliknya turut memalit nama Mufti tersebut. Beliau yang pernah mendapat tempat di hati pencinta-pencinta Islam sebelum ini, sekarang tidak lagi boleh dipercayai kerana terlibat dengan satu usaha kotor bersama UMNO Perak.Setelah gagal memancing PAS, UMNO Perak cuba pula memancing ADUN-ADUN dari PKR dan DAP. Sebagaimana yang di dakwa oleh pimpinan DAP, Perak tawaran yang dikemukakan kepada ADUN-ADUN tersebut cukup besar, berkali ganda lebih besar daripada tawaran kontraktor yang sekadar bernilai lebih sedikit RM 100 ribu. Bagaimanapun ADUN-ADUN tersebut menunjukkan setiakawan yang tinggi dan tidak sanggup mengkhianati amanah rakyat yang mengundi mereka. Dikhabarkan antara ADUN yang ditawarkan sogokan lumayan itu termasuklah dua Exco yang ditahan oleh BPR. Sekali lagi cubaan UMNO untuk masuk ikut pintu belakang gagal.Laporan terhadap BPR telah dibuat dengan butiran yang lengkap termasuklah nombor telefon penyogok dan SMS yang terlibat dalam sogokan tersebut. Sehingga hari ini Samsiah Abu Bakar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan aduan rasuah oleh pimpinan PR itu. Kepantasan beliau jauh berbeza dengan apa yang beliau lakukan dalam kes penahanan dua Exco Perak ini. Beliau yang beridolakan Rafidah Aziz turut meneladani idola tersebut yang diragui oleh banyak pihak tentang kesuciannya. Nama Samsiah Abu Bakar dan BPR Perak kini turut disenarai hitam bersama Mufti Perak oleh pihak-pihak yang mempejuangkan nasib rakyat dan kerajaan yang telus.Penahan dua Exco Perak ini merupakan satu lagi episod UMNO Perak untuk menumbangkan Kerajaan PR melalui pintu belakang. Dikatakan Exco Perak yang merupakan ADUN Changkat Jering ditahan bersama seorang lelaki yang ingin bertemu beliau di sebuah restoran. Lelaki tersebut datang bersama sebuah beg. Baru sahaja dua tiga minit bercakap BPR telah bertindak menahan Exco tersebut dan beg lelaki tersebut telah dirampas. Menurut satu sumber kesemua wang dalam beg tersebut telahpun siap 'ditanda' untuk dijadikan bahan bukti sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah. Kes seperti mengingatkan kepada perangkap yang dibuat oleh PAS Johor terhadap wakil UMNO yang menyogok calon PAS pada PRU tahun 2004 yang lalu supaya menarik diri. Sampai sekarang kes yang dilaporkan kepada BPR itu senyap sunyi.Manakala Exco Perak yang nerupakan ADUN Behrang pula ditahan di pejabatnya. Tidak diketahui adakah ditahan atas kes yang sama. Sekiranya dilihat kepada maklumat yang dikemukakan oleh BPR kepada Mahkamah bagi tujuan menahan reman beliau, seolah-olah kesnya berlainan. Beliau dikatakan meminta wang sejumlah RM 5000 daripada seorang yang tidak dikenali. Kelihatan kes beliau ini menyamai kes sogokan terhadap Hakim Mahkamah Syariah Perak sekiranya dilihat dari segi modus operandi pihak yang terlibat. Jumlah RM 5000 bukanlah satu jumlah yang besar berbanding sogokan yang pernah ditawarkan kepada beliau untuk melompat parti.Isu penahanan Exco Perak ini bersama bekas ADUN Bota dari PKR mungkin bersifat serampang dua mata, iaitu menjatuhkan Kerajaan Perak melalui pintu belakang dan menjejaskan peluang Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Sebab itulah individu PKR yang dilibatkan bukannya DAP. Sekali lagi media cuba memainkan peranannya untuk mencapai maksud ini. Sepatutnya BPR tidak mengheboh-hebohkan penahanan tersebut termasuklah memasukkan unsur-unsur yang belum pasti seperti rasuah seks. Dalam kes binaan runtuh di Gerik akhir tahun lalu, ketika BPR ditanya adakah kemungkinan Tajul Rosli akan turut disiasat, BPR dilihat sangat menjaga kerahsiaan siasatan. Mengapa tidak pada kali ini?http://telaahpolitik.blogspot.com"

Wednesday, August 20, 2008

PEJUANG JIHAD MALAYSIA


Hebat-hebat pejuang jihad kelahiran UMNO,
Jihad diri sendiri pun tak terbawa.
kalau macam ni UMNO katakan pejuang bolehlah kita katakan Agama Islam ini duduknya memang dibawah kaki mereka saja. itu sebab agama dipermainkan, nabi dihina, Quran disuruh semak,
Ulamak diperlekehkan. Lebih memperjuangkan bangsa daripada Islam..
Jadi setakat sumpah laknat Saipul ni macam angin lalu bagi mereka. Ambil Hukum ikut nafsu
UMNO kata "kita memang negara Islam sebab buat banyak masjid, universiti islam", tapi apa bezanya dengan kerajaan Rusia yang membina masjid , bolehkah kita katakan Rusia negara Islam?

BALASAN ?????




Salam perjuangan.........


Berita KPN Musa Hasan yang dimasukan ke IJN akibat impikasi jantung memang menarik perhatian para pejuang siber reformasi, perbagai persoalan samada itu balasan Tuhan? atau tidak tahan tekanan politik dari PR mahupun UMNO sendiri ?, atau sakit biasa orang kaya-kaya?


Itu semua hanya Allah yang maha mengetahui.........................


Sejarah telah menunjukan bahawa mereka yang dizalimi @ difitnah doanya tunai Allah makbulkan didunia ini.


Ingatkah kita Dr Rastina ( Meninggal Dunia kanser payudara ) Mokhtar Dugong ( Meninggal akibat stroke ), Megat Joned Ayob ( Meningal Dunia - Kenaser Prostat ) Rahim Noor ( Masalah kesihatan ) Aziz Shamsudin ( Kematian Isteri ) dan banyak lagi. Bukan hak dan tujuan menghina mereka yang telah menemui tuhan ( Soal balasan itu hak Allah ) tetapi sebagai mana yang diajar oleh rasul kita agar membuat kebaikan kepada semua makhluk Allah hatta kepada mereka yang bukan beragama islam.


Marilah kita sama-sama merenung dan mendoakan agar mereka yang zalim diberi hidayah, kerana pintu taubat masih terbuka

Tuesday, August 19, 2008

Penyokong Pakatan Rakyat Kuala Pilah/Jemapoh/Juasseh Di Permatang Pauh




Reformis2 Bahagian Kuala Pilah berserta Dun Juasseh/Jemapoh turut hadir sewaktu penamaan calon P/Raya Kecil Permatang Pauh tempohari. Mereka sampai lebih kurang 3 am 16hb Aug 2008. Abang Hazman setiausaha PKR Bahagian Kuala Pilah berserta Ijam AMK dan para sahabat sempat melawat gerak kerja jentera2 bertugas di bilik gerakan yg tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu banyak provokasi yg cuba di cipta oleh jentera UMNO. Nasib baiklah sebahagian rombongan ini sudah masak dgn perang saraf yg semakin menjadi2 ini. Khabarnya Bro. Burn, Ujang Katek dan Bro. Muzley Musa turut hadir. Kehadiran yg melampau dari penyokong2 DSAI yg terlalu ramai itu, menjadikan Perpatang Pauh ribut dan mengemparkan BN seolah-olah ingin menyambut MERDEKA kali ke Dua. Dan ini menyukarkan untuk bertemu antara satu sama lain. Pengalaman yg cukup bermakna dan sejarah yg cukup manis akan sentiasa tersemat di hati masing2 betapa Rakyat terlalu kepingin melihat susuk tubuh DSAI muncul semula untuk mentadbir Negara ini. Moga Allah sentiasa melindungi.

Agenda APA ? Perjumpaan T.Dr Mahathir dan Najib C4



"Dulu kecoh sebentar bilamana si TDMahathir nak berjumpa si Najib katanya si Abdullah tak kasi, di hebahkan dalam media massa mengatakan si Najib di control oleh bossnya, kenapa yer TDMahathir nak jumpa sangat ngan si Najib tu? ini ulasan dan pendapat sahaja, betul ker tak "lu pikir laa sendiri"!!Selepas di war-warkan DSAI mengatakan PR memerlukan lebih 30 MP utk membentuk kerajaaan, maka gelabahlah TDMahathir dibuatnya, siap di beri komen mengatakan jangan pandang remeh apa yang DSAI cakap. Ini kemungkinan akan berlaku.
Mau tak gelabah jika DSAI menjadi PM malaysia ke-6 maka hancurlah riwayat TDMahathir, merengkok lah beliau dalam penjara Sg. Buloh. Dunia sekarang sedang dipertonton Allah tentang nasib TDMahathir seperti mana doa yang dibuat oleh Almarhum Tuan guru Fathil Noor supaya TDMahathir dipanjangkan umur supaya dapat melihat dan merasai derita yang dibuat sepanjang 20tahun menjadi PM malaysia. Skg ini pun TDMahathir sedang dilupakan oleh rakyat Malaysia. Sebelum DSAI berjaya membentuk kerajaan maka direncanakan bentuk tindakan supaya DSAI kecundang sebelum tercapai hasratnya menjadi PM-6. Setalah diasak TDMahathir utk berjumpa si Najib maka dapatlah diketemukan mereka berdua, apa yang dibincangkan 'wallahua'lam'. Tapi mungkin konspirasi bagaimana nak jatuhkan DSAI. anggapan dalam pertemuan tersebut mereka membincangkan tentang bahayanya bila DSAI dapat menerajui malaysia, kerana rahsia-rahsia mereka akan dibongkar semahunya oleh DSAI nanti. Si Najib yang terpalit oleh tuduhan membunuh wanita monggolia pun merasa tertekan sama. Maka terkeluarlah liwat II yang akan dilakonkan oleh mereka-mereka yang terpilih. Kesimpulan disini banyak kekeliruan fakta dalam kes liwat II, mungkin konspirasi yang dibuat dalam keadaan tertekan dan tanpa perancangan yang rapi agaknya, apa-apa pun kita serahlah kepada yang maha mengetahui iaitu ALLAH Azzawajala, semoga DSAI dan kita semua dilindungi oleh fitnah akhir zaman yang maha dasyat, perancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan...wallahua'lam."

Peringatan DSAI P/Raya P. Pauh

video video

Monday, August 18, 2008

Pandangan Sayuti Terhadap Keperbadian Anwar Ibarahim





Rencana Khas
Mahathir dan Ibrahim Jangan Masuk Ke Permatang Pauh!ORANG politik sememangnya pantang melihat microphone air liuh mereka akan meleleh. Dan kalau diberikan microphone mereka akan bercakap tanpa hiraukan makan dan minum. Bercakap adalah habit bagi orang politik. Mereka boleh bercakap sampai pagi dan kadang-kadang sehingga luput waktu solat.Jadi kita tidak marah kalau orang politik, baik yang masih ada kuasa dan pengaruh atau pun yang sudah tersudut kesepian dan macam kera sumbang, kalau mereka akan terus dan bernafsu untuk bercakap. Tidak mengapa mereka boleh bercakap selagi lidah mereka lembut tidak bertulang dan selagi ada sisa-sisa saraf akal yang masih berfungsi. Tetapi kalau cakap-cakap mereka merapu, tidak ada nilai dan boleh menyebabkan orang hilang penghormatan kepada kita untuk apa? Ia tidak memberi sedikit guna pun. Kerana itu daripada merapu lebih baik diamkan diri.Saya suka merujuk perkara ini kepada dua orang ahli politik yang kini kian dilupai oleh dunia dan khalayak ketika ini. Mereka ialah bekas PM, Mahathir Mohamad dan ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Ibrahim Ali. Kebetulan mereka ini pula terlalu rapat. Ibrahim adalah seorang pentaksub nombor satu kepada Dr Mahathir Mohamad. Bagi Ibrahim Mahathir adalah bagaikan tunggul keramat bagi penganut ananisme. Jangan cakap sesuatu yang buruk mengenai Mahathir di depannya, dia akan bela habis-habisan. Bagi Ibrahim Mahathir adalah Mathama Ghandi bagi masyarakat India.Mahathir dalam ulasannya mengenai sumpah bekas pembacuh kopi Anwar, Saiful Bukhari mencadangkan supaya Anwar membalas sumpah itu sambil menjunjung Quran. Cadangan Mahathir itu jelas menunjukkan beliau seorang jahil murakab.Kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Islam tidak ada perbuatan junjung Quran dan cukup setakat bersumpah menyebut Walahi, Wabilahi dan Watalahi saja. Dan tempat juga tidak semestinya di masjid, di mana-mana pun boleh. Tegas Nik Aziz kalau buat di masjid macamlah dengan Krsitian buat di gereja. Apakah taraf masjid dan gereja itu sama Tok Guru?Mahathir tidak perlu masuk campur. Lagipu beliau kini tidak menjadi ahli parti mana-mana sama seperti Ibrahim Ali. Beliau tidak payah suruh Anwar bersumpah. Sudah cukup apa yang Mahathir lakukan kepada Anwar sebelum ini. Negara ini jadi jahanam ialah gara-gara tindak tanduk politik binatang Mahathir. Tidak baik kalau berdendam sampai mati, duhai Che Det!Nampaknya Mahathir suka dengan isu liwat kedua yang menimpa Anwar ini yang dirasakan sebagai berpihak kepadanya. Isu itu sebagai mengiyakan tindakannya dalam menganiaya Anwar 10 tahun lalu.Suka dijelaskan di sini, bagi saya bukan soal liwat kalau kita simpati dan mendokong Anwar, tetapi kerana kezaliman melampau Mahathir terhadap Penasihat Umum PKR itu. Kerana kerakusan dan sadisme politik binatang kepadanya.Kita sokong Anwar bukan soal peribadi, rupa, wajah atau penampilannya, tetapi perjuangan, idealisme dan keazamannya untuk membela rakyat. Beliau harus diberikan peluang untuk membuktikan gagasan dan wawasannya. Tuhan tidak mengsia-siakan Anwar lahir ke dunia kalau bukan untuk dijadi dan menjadi khalifah.Saya masih ingat kata Sanusi Junid ketika beliau jadi MB Kedah dulu, katanya; bila bercakap fasal Islam Anwar lebih baik daripada Najib Razak, setidak-tidaknya Anwar bercakap hendakkan Islam.Mahathir harus malu kepada diri sendiri kalau beliau ingin komen hal Anwar lagi. Kalau beliau seorang yang ikhlas dan benar untuk menasihat Anwar, sebelum beliau berbuat begitu beliau harus junjung najisnya sendiri terlebih dahulu.Orang kedua yang gatal mulut untuk bercakap ialah Ibrahim Ali. Kenapa Ibrahim harus bercakap hal yang tidak ada kena mengena dan relevan dengannya? Beliau tidak berhak untuk memberi komen ke atas Anwar. Ibrahim harus merenung ke dalam dirinya terlebih dahulu. Kena ukur setiap penjuru dan sudut dalam dirinya. Beliau kena ukur seadilnya siapakah lebih baik antara beliau berbanding Anwar? Mungkin tidak sampai kena kencing dalam tempurung!Kalau tubuh kita ada panau dan kurap harap Ibrhaim tidak usahlah cuba-cuba hendak menjual ubat panau dan kurau dalam konteks pilihan raya di Permatang Pauh ini.Saya horamt perjuangan Ibrahim Ali untuk membela Melayu dan Raja. Beliau konsisten dan vokal dalam isu ini. Dan sebilangan rakyat yang patriotik juga sukakannya. Namun kehebatan Ibrahim dalam memperjuangkan bangsa dan raja ini dirosakkan oleh moral politiknya sendiri yang sukar untuk difahami. Beliau bukan seorang ahli politik yang mapan.Eloklah lalau Ibrahim juga jangan bercakap soal Anwar. Beliau akan dilihat lebih matang dan seorang ahli politik profesional kalau hanya menyentuh isu-isu di luar bingkai politik Anwar. Tidak usah beliau mengulas mengenai taktik dan stail politik Anwar. Apa lagi kalau hendak menuduh Anwar ada agenda peribadi. Sebab politik Ibrahim sejak dari bayi hingga sudah setengah abad usia juga sarat dengan soal peribadi.Ibrahim kata 16 September ini adalah sebagai gimik politik Anwar sahaja untuk mengawal orangnya (ahli Parlimen PKR) agar tidak tinggalkan PKR. Beliau juga tidak yakin kerajaan akan ditumbangkan pada tarikh itu. Manakala mengenai Melayu pula Ibrahim kata beliau sanggup mengadaikan nyanwanya kalau Anwar menjualkan bangsa. Apakah sebahagian daripada kata-kata Ibrahim itu tidak berunsur gimik dan retorik politik?Sebagai ahli politik Ibrahim seharusnya memahami apa yang ada dalam diri Anwar. Beliau patut arif mengenai semangat juang dan iltizam Anwar kepada agama, bangsa dan negara.Soal mempertahankan Melayu rasanya Anwar lebih baik daripada Mahathir. Bukankah kemusnahan Melayu kini disebabkan oleh Mahathir? Siapakah memusnahkah bahasa Melayu, kalau bukan Mahathir. Siapakah meletakkan Islam di kaki kalau bukan Mahathir?Anihnya Ibrahim tidak pernah mengecam Mahathir secara bertubi-tubi dan berterusan. Beliau kehilangan perbendaharaan kata bila melihat kekhilafan Mahathir dalam aspek ini. Apakah kerana orang memberikan kita setitik air dan sebiji beras, maka kita terus buta pada dosa seseorang itu pada bangsa, agama dan negara?Harapan selepas ini baik Mahathir dan Ibrahim jangan cakap mengenai Anwar lagi. Biarlah Anwar berlawan dan menaburkan janjinya untuk bangsa di Permatang Pauh. Ibrahim dan Mahathir baiklah jadi pemerhati dari jauh saja. Biarkan Anwar berlawan dengan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak secara bersendirian. Jangan masuk campur. Sesungguhnya masa anda sudah pun berlalu.Dan saya berharap jangan sesekali kedua mereka; Mahathir dan Ibrahim memasuki Permatang Pauh kerana bimbang mereka akan diboo dan dilontar kayu ataupun botol air mineral. Kalau ini terjadi, malunya bukan saja Ibrahim tetapi saya juga kerana saya dilihat rapat dengannya! [wm.kl 8:00 am 17/08/08].
Posted by . at 7:45:00 PM 4 comments
Labels:

Permatang Pauh 1
Hari Penamaan CalonAnwar Sudah Menang Besar
(kemaskini) BAHANA jalan raya mengecewakan saya untuk menyaksikan secara keseluruhan dan live suasana dihari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dilangsungkan di Institiut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Martajam. Lebih tiga jam saya terperangkap di atas jambatan Pulau Pinang. Kesesakan bermula dari atas jambatan hinggalah ke persimpangan untuk masuk ke Permatang Pauh. Silapnya kerana diri sendiri kerana tidak berlepas awal.Apa yang dapat dilakukan hanya menghubungi kawan-kawan yang sudah pun berada di tempat penamaan calon sejak awal pagi. Telefon dari luar juga bertalu-talu masuk, semuanya ingin mengetahui perkembangan proses penamaan calon itu dari masa ke semasa. Agak susah dan sedih juga apabila penjenguk blog sudah menjadikan saya sebagai news agensi mereka!Bila mereka jenguk blog tidak ada laporan, ada yang memberanikan diri menghubungi secara langsung untuk mengetahui perkambangan. Kepada mereka saya minta maaf dan terima kasih kerana terus memberi perhatian kepada blog saya.
Laporan daripada kawan di tempat lokasi jam 7:30 memberi tahu keadaan sudah pun penuh sesak. Sebahagian jalan-jalan menuju ke tempat penamaan calon dipenuhi dengan penyokong Anwar Ibrahim. Masing-maing membawa bedera PKR, Pas dan DAP di samping berbagai sepanduk menyuntik semangat dan penguat jiwa. Kombinasi itu boleh dibayangkan bahawa sokongan kalangan rakyat bawahan begitu kuat dan Pakatan Rakyat tidak berpecah.
Akhirnya sampai ke kemuncak jam 10:00 setelah tempoh penamanaan calon tamat. Pemanggil yang berada di lokasi memberi tahu kedudukan kekuatan penyokong masing-masing dengan nisbah 15: 1. Ada yang kata angka kekuatan Pakatan Rakyat 20,000 manakala BN hanya 3,000. Ada yang melaporkan kekuatan PKR 50,000 manakala BN hanya 5,000 dan ada yang ekstrime mengatakan kekekuatan PKR hampir 100,000 manakala BN tidak sampai 2,500 orang.
Bagaimana pun dari angka-angka itu jelas menunjukkan bahawa kekuatan PKR semalam cukup kuat, bersemangat dan mengatasi kekuataan BN.
Satu penemunan yang boleh dijadikan ukuran, semasa berhenti rehat di Tapah dalam perjalanan pulang ke KL, malam tadi saya terserempak dengan seorang anak muda yang mengenakan t-shirt di belakngnya bergambarkan wajah Nik Aziz sanggup menaiki motorsikal untuk ke Permatang Pauh semata-mata untuk mengiringi Anwar ke pusat penamaan calon. Anak muda ini berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Apa yang dilakukan anak muda berkenaan menjelaksan betapa bersemangat dan kentalnya penyokong PKR dan Anwar. Saya tidak fikir ada penyokong calon BN, Arif Shah Omar Shah walaupun hanya dari Perlis yang sanggup bermotosikal dengan memakai t-shirt Muhammad Isa Sabu MB Perlis datang untuk melihat penamaan calon itu?
Ternyata berdasarkan dapatan dan gambaran itu, atas kertas Anwar akan menang dengan muda pada pilihan raya 26 Ogos nanti. Dari segi moralnya suasana yang berlaku semalam sudah dimenangi Anwar. Sumpah yang dikeluarkan oleh bekas pembacuh kopinya sedikitpun tidak menggugat dan dipedulikan oleh mereka yang mengiringi Anwar ke pusat penamaan calon. Sumpah itu telah dipersetankan dan ia tidak memberi apa-apa pengertian kerana yang melapazkan tidak mengerti isi kandung al-Quran Nurkarim.
Begitu juga kebimbangan ekoran berlaku mahasabah (salah perkiraan politik) di kalangan sesetengah pemimpin tertinggi Pas terhadap kredibiliti dan batang tubuh Anwar sebelum ini juga tidak memberi apa-apa kesan. Nampaknya pemimpin Pas tidak mudah dijadikan alat untuk mengagalkan impian Anwar ke Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. Walaupun ada kalangan Pas merasa impian Anwar itu sebagai satu sinikal tetapi mereka tidak sampai mengkhianti Anwar secara hidup seperti mana dilakukan Mahathir Mohamad sebelum ini.
Kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din dan lain-lain mengambarkan mereka masih terkenang dan sayangkan Anwar. Dan kehadiran Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama permata hatinya Husam Musa memberi kebahagian kepada semua orang.
Selepas majlis penamaan calon selesai baru saya sampai ke kawasan berkenaan. Jalan raya masih berlaku kesesakan. Hujan yang dikatakan turun menyiram tempat penamaan calon dan Permatang Pauh juga sudah reda. Namun jalan rasa masih penuh dengan kenderaan. Jalan ke luar dari Permatang Pauh semuanya penuh sesak.
Derauan motosikal anak muda yang membawa bendera, DAP, PKR dan Pas kelihatan di mana-mana saja. Mereka nampaknya tidak mempedulikan hujan dan panas. Bagi mereka seolah sedang meraikan kemenangan wira mereka, Anwar Ibrahim. Seolah anak-anak muda ini pun memahami perlawan di Permatang Pauh itu bukan antara Anwar dengan BN, tetapi rakyat dengan Barisan Nasional.Di bebeapa buah pos PKR terutamanya di Kampung Pauh sudah mula digerakkan secara aktif. Ada pos yang sudah mula berkenduri menjamu para petugas dan penyokong. Kesemua 28 pos PKR sebenarnya digerak sejak seminggu lalu lagi.
Perhatian: Kalau tidak ada aral merintang saya akan postkan beberapa keping gambar di hari penamaan calon semalam yang bakal dikirimkan oleh seorang kawan! Maaf gambar yang dijanjikan tidak dikirimkan sampai saat ini. [wm.kl 10:00 am 17/08/08]
Posted by . at 9:59:00 AM 3 comments

Sunday, August 17, 2008

Anwar Berjuang Untuk Kemerdekaan Rakyat




SUSAHNYA ANWAR IBRAHIM

Dilahirkan pada 10 ogos 1948 disebuah perkampungan yang digelar cherok to'kun, Anwar Ibrahim memulakan kehidupan susahnya. Semangat memberontak yang mahukan pembaharuan melalui perubahan, menjadi sifatnya sejak belasan tahun lagi.
Anwar mula mencari susah dengan membuat pembelaan terhadap rakyat Baling di tahun 1974, Walhasil beliau merengkok dalam tahanan I.S.A. hampir 2 tahun. Anwar seolah tidak serik, maka digerakkan satu gagasan anak muda yang memakai gelaran "ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA atau ABIM, bagi terus memacu gerakkannya menentang keZALIMan.

Tindakkan Anwar cukup menyesakkan sang pemerintah, lantas diberi tawaran menyertai kerajaan. Tujuannya untuk menutup mulutnya dari terus mengkritik kerajaan. Anwar kemudiannya diletakkan dalam "sangkar emas" serta dikelilingi pegawai khas untuk memantau pergerakkannya. Dia dilimpahkan dengan kemewahan, tapi Anwar tetap AN-WAR. Prinsip membela nasib rakyat cukup teguh dalam hatinya, maka sewaktu Mahathir bercuti, Anwar telah membentangkan satu "akta pencegahan rasuah" diParlimen. Akibatnya Anwar terpelanting dari kerusi mewahnya, Bagi menambah keperitan Anwar, sang penguasa melemparkan tuduhan yang cukup aib- agar kehidupannya terus terseksa
Penguasa mula hilang akal tatkala melihat dokongan rakyat terhadap Anwar, lantas Anwar dihenyak, dipukul dan dihumban kepenjara selama 6 tahun. Anwar bisa menjadi Perdana Menteri dengan hanya melafazkan "na'am Amin" setiap perintah dan kata-kata sang penguasa, namun perangai melawan arus membuatkan hidupnya SUSAH.

Sememangnya dilhat pada zahir, Anwar orang yang senang. Punya mobil dan rumah besar (itupun setelah berhempas pulas mencari rezeki ditempat orang) Namun Anwar tetap orang susah. Kini disaat usia 61 tahun yang sepatutnya menghabiskan masa dengan cucu, Anwar masih bergelut kepayahan. Impiannya mahu melahirkan Malaysia sebuah negara maju melalui konsep keADILan pada yang haq masih meluap. Impiannya melahirkan anak bangsanya menjadi tokoh cerdik pandai yang terkenal seantero dunia masih membara.

Dengan tekanan maha hebat ini, Mampukah Anwar?
saat PENGUASA mula terdesak....

Kalau disingkap kesemua sejarah empayar zalim didunia, saat kejatuhan mereka sering disulam dengan peristiwa zalim! Namrud sanggup membuat kawah api yang besar semata-mata mahu membakar Ibrahim, Firaun pula sanggup mengejar dengan gerombolan tentera yang besar demi membunuh Semua pengikut berserta Musa yang tidak bersenjata. Mereka seolah hilang akal bilamana kekuasaan mereka tergugat.

UMNO merupakan parti tertua diMalaysia, berusia 62 tahun sejak dari awal kelahirannya pada 11 mei 1946. Mendapat kuasa memerintah melalui "muzakarah" dengan British. 51 tahun merupakan tempoh berkuasanya UMNO dimuka bumi Malaysia tercinta ini.

Dalam tempoh itu telah melahirkan banyak jutawan segera Melayu hasil dari menjarah serta memunggah khazanah negara, mereka ini terdiri dari orang yang punya pertalian dengan tokoh pimpinan UMNO. Tokoh pemimpin UMNO juga tidak kurang hebatnya, mereka bergaya dengan kereta besar serta disaluti pelbagai lambang kemewahan disaat rakyat bergelut dengan kepayahan.Rasuah seolah tidak dapat dipisahkan dengan UMNO, menjadi satu kerugian tatkala masuk UMNO tidak kaya.

Justeru banyak kepincangan yang dilakukan UMNO terhadap negara, kesemua sistem diperkuda semahunya bagi memuaskan nafsu serakahnya. Setelah diulit dengan kesenangan, UMNO tidak mungkin dapat menerima saat kejatuhannya.

Lantas mereka akan guna segala bentuk perencanaan jahat demi mempertahankan kekuasaannya, walaupun terkadang perencanaan itu jelas diluar kewarasan fikiran. Akan dikerah semua jentera yang ada untuk menghancurkan pihak yang menggugat mimpi indah mereka.

Bagi kami "tidak akan ada keADILan kiranya tidak melalui tempoh KEZALIMAN!' setiap kejayaan memerlukan pengorbanan, Jenis pengorbanan itu bergantung pada kekuatan sesuatu kejayaan.

Saturday, August 16, 2008

Penamaan Calon P.Pauh Satu Komitment Yg tinggi




Penamaan calon Permatang Pauh buktikan komitmen tinggi penyokong Pakatan Rakyat
Sat Aug 16, 08 5:21:57 pm MYT
PERMATANG PAUH, 16 Ogos - Hari penamaan calon Parlimen P44 Permatang Pauh selesai dalam keadaan terkawal dengan menyaksikan sokongan pada Pakatan Rakyat berganda berbanding BN.



Walaupun hari ini bermulanya cuti persekolahan dan hari cuti bagi sektor awam, BN dilihat gagal menyaingi para penyokong Pakatan Rakyat yang dilihat lebih matang, tidak kebudak-budakan dan berdisplin.

Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang datang dari seluruh pelosok tanah air lazimnya bermalam sama ada di hotel, homestay, rumah sewa mahupun surau, masjid ataupun Markas PAS dan KeADILan.

Kehadiran awal membolehkan mereka pergi lebih awal ke tempat berhimpun yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis.

Pihak keselamatan menempatkan penyokong KeADILan di bawah Lebuhraya Butterworth-Kulim manakala BN berdekatan Sekolah Rendah Mengkuang.

Hari ini juga menyaksikan calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak diarak bersama ahli dan penyokong kerana pihak polis mengarahkan semua orang yang berkumpul menunggu calon Pakatan Rakyat masuk dahulu untuk mengelakan keadaan bertambah sesak.

Memandangkan senario itu, Pakatan Rakyat terpaksa berarak tanpa kelibat calon dan pada mulanya timbul tanda tanya di kalangan penyokong kenapa Anwar tiada bersama rombongan tersebut sedangkan semua pemimpin KeADILan dan pemimpin PAS antaranya Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dan Dr. Mariah Mahmud dilihat hadir.

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat turut bersama setengah jam kemudian.

Berbagai sepanduk dan slogan dilaungkan para penyokong Pakatan Rakyat sekaligus menenggelamkan para penyokong BN yang sekali-sekala menunjukkan aksi lucah.

Selepas sesi bantahan tamat pada jam 11.00 pagi kebanyakan penyokong BN mengambil sikap menyepikan diri dan meninggalkan kawasan perhimpunan untuk mencari tempat berteduh berbanding penyokong Pakatan Rakyat yang terus berhimpun di tengah terik matahari.

Tepat pukul 11.45 pagi Pengurus Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Roslan Yahya mengisytiharkan tiga nama calon yang layak bertanding iaitu calon KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat.

Untuk mengelak kejadian tidak diingini, ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela dikerah mengawal keadaan.

Helikopter milik Polis Diraja Malaysia dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan penamaan calon bagi mengawal keadaan.-

Perang Kebangkitan Barisan Rakyat Telah Bermula








"Assalamu 'alaikum,,..Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..Pengesahan penerimaan pencalonan DSAI di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pagi ini melegakan penyokong PAKATAN RAKYAT. DSAI yang diiringi lebih kurang 50 ribu penyokong berbanding lebih kurang 5 ribu penyokong calon BN menjelaskan kekaburan berikutan percubaan menyekat beliau dari bertanding. Maka sahlah sekarang DSAI melepasi satu lagi halangan menuju destinasinya, Putra Jaya.
Kini harapan penyokong PAKATAN RAKYAT dipikul oleh DSAI dan harapan DSAI dipikul bersama penyokong PAKATAN RAKYAT. Mesej semakin jelas kedengaran dan semakin diterima rakyat bahawa perjuangan ini bukanlah untuk DSAI dan agenda DSAI. Perjuangan ini ialah perjuangan seluruh rakyat, bukannya perjuangan peribadi DSAI. Di ambang Pilihanraya Permatang Pauh ini juga, rakyat disajikan dengan sumpah mubahalah si penuduh dan dimainkan saban hari oleh media perdana. Lagu lama dan taktik lama masih dialunkan oleh BN tetapi kali ini rakyat tak mudah lupa seperti orang UMNO mudah lupa, seperti Ezam dan Ruslan Kasim mudah lupa, seperti teman-teman reformasi 1998 yg lantang dengan sumpah Keramatnya sebelum ini mudah lupa. DSAI secara resmi dinamakan sebagai calon PAKATAN RAKYAT di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, mewakili suara Barisan Rakyat tertindas. Satu lagi ketakutan diatasi sekaligus membuka jalan yang lebih luas di hadapan. Seiring dengan P/raya PPauh ini ialah kenyataan Tok Guru presiden PAS yang menegaskan sokongan tidak berbelah bagi kepada DSAI. Satu suntikan dan satu penjelasan kepada kesamaran yang cuba dimainkan oleh BN menerusi media perdana. BN kalah lagi, UMNO semakin meracau2 itulah mesej jelas dari kenyataan Tok Guru ini, terlebih lagi diucapan dasarnya Tok Guru juga menjelaskan perkara yang cuba diputarbelit selama 2/3 mnggu ini bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan parti yang sakit. Tok Guru juga tegas menyatakan keyakinannya bahawa DSAI tidak bersalah dan mubahalah sipenuduh bermotif politik, sekaligus mengesahkan kenyataan yang sama oleh DSAI yang dibuat sebelum ini. Rakyat sudah tahu dan faham kenapa mubahalah itu tidak perlu dan tidak menjejaskan sedikitpun sokongan kepada DSAI malah diyakini bakal menambahkan sokongan. Nampaknya BN semakin terdesak.semua percubaan menyekat DSAI gagal tetapi BN masih ada SPR untuk terus mencuba menyekat DSAI. Dari itu kepada penyokong PR teruskan usaha sambil teruskan berdoa agar hasrat Barisan Rakyat diberi pertolongan ALLAH. Kepada petugas P/raya PPauh dari Pakatan Rakyat, selamat bertugas kepada kalian dan sambutlah salam perjuangan dari kami yang jauh ini. Di seru setiap bilik gerakan dan Pejabat Parti PAKATAN RAKYAT, di buka dan di ceriakan dgn maklumat. Susun dan hiasi setiap Pejabat umpama seperti menyambut Hari Raya. Nur Kemenangan sudah mula menyingsing fajar.

Friday, August 15, 2008

Sumpah Keramat EZAM Memakan Diri


Ezam : Pengemis Politik Yang Ditendang Keluar Dari Permatang Ezam akhirnya tenggelam punca dan terus menyepikan diri lantaran pengumum calon BN bagi pilihanraya kecil P-44 Permatang Pauh , iaitu Dato Arif Shah Omar Shah , iaitu ADUN Seberang Jaya. Umno Permatang Pauh dan seluruh pimpinan tertinggi menolak pelawaan Ezam untuk bertanding melawan Anwar.
Begitulah nasib Ezam yang akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tidak diperlukan untuk menentang Anwar di Permatang Pauh. Beliau sudah pun ditendang keluar dengan rasminya pengumuman calon BN itu.
Ke mana Ezam nak letak muka sekarang. Setelah puas menjilat kahak sediri, beliau kini terpaksa memegang tempurung dan berlari ke sana ke mari untuk meminta sedekah dari ahli Umno yang masih jelak memandangnya.
Begitulah azabnya bila menjadi penderhaka kepada ‘Sumpah Keramat’. Beliau telah dimakan sumpahnya kerana meninggalkan perjuangan rakyat untuk bersujud pada Pemimpin Umno. Hingga kini status keahlian beliau masih kurang jelas dan ahli Umno sendiri kurang percaya pada kelibat musang berkaca mata ini.
Semoga apa yang dilalui Ezam ini akan menjadi pengajaran kepada pejuang-pejuang rakyat. Ingat! anda mengkhianati rakyat, bermakna anda telah mengadaikan maruah sendiri, menjilat ludah, dan akan hidup sebagai pengemis Politik seperti Ezam"

Penganjur Demo UiTM selidik sejarah dulu


Pelajar UITM: Tengok ni...Dilulus terbit pada Saturday, August 16 @ 07:32:19 MYT oleh reformis Oleh SpongeBob"
Salam. Tiada apa yang nak saya tulis, baca saja laporan ini dan nilai sendiri betapa bodohnya kerja2 demonstrasi yang korang semua buat terhadap MB Selangor dan betapa dangkalnya pemikiran kamu warga UITM yang kononnya bergelar mahasiswa. Saya cuma tolong highlightkan sebab budak2 UITM ni semuanya dungu2 belaka...ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum
Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLESKUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu.
Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini.
Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya.
``Kita jangan tutup pintu kepada orang lain kerana perbuatan sedemikian boleh menjurus kepada perasaan perkauman.
``Jika kita ada perasaan tertutup, akhirnya nanti kita akan menemui jalan buntu dengan tidak lagi mampu menjalin kerjasama antara kaum,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau diminta mengulas permintaan 26 pertubuhan itu yang dicapai sebulat suara pada majlis dialog pendidikan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kolej Islam Antarabangsa di sini, semalam.
Selain GPMS, pertubuhan yang menyatakan pendirian tersebut ialah Persatuan Pelajar Lepasan MRSM (Ansara), Barisan Bertindak Melayu (BBM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Intelek Melayu Malaysia dan Majlis Kebudayaan Melayu.
Turut menyokong keputusan itu ialah Majlis Belia Selangor, Persatuan Melayu Sabah dan beberapa ahli akademik dari universiti awam dan swasta.
Abdul Aziz seterusnya berkata, kerajaan amat bergantung kepada semangat perpaduan kaum terutama untuk mencapai matlamat menjadi negara maju pada tahun 2020.
Justeru, jelas beliau, langkah mengetepikan kaum tertentu untuk memperoleh kemudahan pendidikan hanya akan mendedahkan negara kepada semangat perkauman yang menebal.
``Kita kena latih anak-anak kita menjalin perpaduan antara kaum kerana jika tidak orang Cina akan mengikut haluan sendiri, India begitu juga dan Melayu dengan caranya.
``Di mana (titik perpaduan) kita nak bertemu?,'' katanya.
Menurut beliau, kerajaan tidak menghalang sebarang saranan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara tetapi mahu pihak yang mengemukakan saranan meneliti dahulu manfaatnya dalam jangka panjang.
Abdul Aziz menambah, dalam isu kelonggaran kuota 10 peratus untuk bukan bumiputera dalam dua program berkenaan, kerajaan berharap ia tidak disalah faham kerana tindakan itu tiada sebarang motif untuk menggugat pendidikan orang Melayu.
Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz berkata, peruntukan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di MRSM tetap dilaksanakan walaupun banyak pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu mahu perkara itu ditangguhkan.
Bagaimanapun menurut beliau, perubahan ke atas kuota itu boleh dilakukan oleh Kabinet jika didapati sistem tersebut merugikan kaum bumiputera dan tidak mencapai matlamat yang ditetapkan kerajaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Kata beliau, sistem kuota itu akan dilaksanakan di semua MRSM di Semenanjung kecuali di MRSM Kinarut, Sabah dan Kuching, Sarawak yang telah dikhususkan 100 peratus untuk bumiputera.
Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat untuk menjadikan kaum bumiputera lebih cemerlang dan mampu bergaul serta bersaing dengan bangsa lain dalam era globalisasi.
Ini berikutan kebanyakan lulusan MRSM didapati hanya cemerlang dalam akademik tetapi lemah dalam aspek pergaulan dengan kaum lain, di samping gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Biarpun begitu, Nazri memberi jaminan pengenalan sistem kuota itu tidak akan mengurangkan sama sekali jumlah pelajar bumiputera yang diambil setiap tahun.
``Misalnya, kalau setiap tahun kita ambil 4,000 pelajar bumiputera, maka jumlah itu akan kita kekalkan manakala tambahan 10 peratus pelajar bukan bumiputera akan kita tentukan di mana untuk menempatkan mereka ini,'' katanya selepas menerima memorandum mengenai isu kuota tersebut daripada Pemuda UMNO Selangor di sini hari ini.
Nazri menambah, kuota 10 peratus bukan isu baru memandangkan ia pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sewaktu idea penubuhan MRSM dipersetujui kerajaan kerana mahu melihat pelajar Melayu bersaing dengan kaum lain.Terima kasih kepada tebuan kerana memberikan link ke arkib Utusan ini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm"

Anak Melayu Harus Bijak Dlm Persaingan Ilmu (UITM) Jgn jadi Katak Dlm Tempurung

Assalamualaikum..,,Demo pelajar UiTM telah melondehkan beberapa perkara.Walaupun tujuan demo tersebut untuk memprotes cadangan TSK tetapi yang terlondeh ialah beberapa kelemahan siswa yang perlu diambil tindakan segera dan tegas oleh kerajaan negeri Selangor.Tindakan tindakan ini adalah perlu di kala negara berusaha melahirkan modal insan yang cemerlang dan pro aktif.Salah satu perkara yang perlu diambil pendirian tegas dan perhatian segera oleh kerajaan negeri ialah terdedahnya keruntuhan akhlak siwa siswi UiTM termasuk aktiviti sex bebas yang dikataka berleluasa di rumah rumah sewa pelajar.Perkara ini perlukan tindakan segera kerajaan negeri Selangor kerana kita semua tahu pihak pentadbiran UiTM tidak berminat dengan perkara sebegini,mereka lebih berminat untuk menyatakan bantahan kepada cadangan TSK.Antara yang boleh dibuat oleh kerajaan negeri ialah penguatkuasaan undang undang syariah di UiTM dan kawasan sekitarnya.Pencegah pencegah maksiat perlu dihantar di seluruh kawasan rumah sewa pelajar di sekitar Shah Alam.Pencegahan segera amat amat diperlukan malah ianya menjadi lebih penting kepada kita semua dari cadangan membuka UiTM kepada pelajar bangsa lain.Umumnya,ramai ibupaba pelajar UiTM yang mula bimbang dengan perkembangan negatif ini.Lebih membimbangkan ianya berlaku di salah sebuah IPT kebanggaan negara.Selama ini tidak ada tindakan pencegahan dibuat oleh kerajaan yang lalu.Dari itu aktiviti sumbang dan menyalahi perintah agama ini menjadi semakin berleluasa.Kini sampai masanya kerajaan negeri yang kita sandarkan harapan mengambil tindakan tegas berdasar bidang kuasa yang ada.Ana yakin kerajaan negeri mampu melakukannya dan mampu melondehkan kebobrokan sosial di UiTM,sebuah IPT yang kita semua harapkan untuk melahirkan intelektual melayu.Kita tidak mahu intelektual melayu yang dilahirkan oleh UiTM tidak lagi patut kepada ajaran agama dan menjadi sebahagian rakyat yang tidak berguna kerana membuang "bayi" merata rata.Jangan sampai taraf intelektual melayu setaraf dengan bohsia atau bohjan kerana suka buang bayi ini.Bertindaklah sekarang.Kepada TSK dan Dr. Hassan Ali,tolonglah lakukan sesuatu demi agama bangsa dan negara."

Thursday, August 14, 2008

Peringatan Reformis Ke Perpatang Pauh









PERINGATAN UNTUK KE PERMATANG PAUHDilulus terbit pada Thursday, August 14 @ 23:11:43 MYT oleh reformis Oleh Gerakan_Revolusi"
Ini adalah panduan atau peringatan kepada sesiapa sahaja yang ingin datang ke Permatang Pauh untuk bersama-sama memeriahkan PRK12.1 ini. Adalah penting untuk diberitahu bahawa langkah-langkah keselamatan haruslah diambil berat dan beberapa perkara yang anda harus tahu keadaan semasa disini. INI ADALAH PENTING UNTUK ANDA!!!Memandangkan kehangatannya semakin hampir dan hanya tinggal 3 hari lagi untuk hari penamaan calon, berbagai-bagai perkara diluar jangkaan boleh berlaku.Kesesakan trafik disini dijangkakan amat kritikal kerana dijangkakan kawasan Permatang Pauh ini akan dibanjiri oleh kira-kira 2.5 juta orang terutama sekali ketika hari penamaan calon dan hari mengundi. Ini adalah kajian yang telah dibuat berdasarkan kepada keadaan masa sekarang ini.'Kebanjiran' SB di kawasan ini dijangkakan seramai 3-4 ribu orang (Anggaran kasar sahaja).Mereka ini mempunyai pelbagai tugas. Ada diantara mereka diarahkan untuk mencetuskan provokasi hingga tercetusnya pergaduhan dan ada yang ditugaskan sebagai pengumpul maklumat mengenai peratusan popular seseorang calon itu dan maklumat itu akan terus disampaikan kepada Ibu Pejabat Polis besar disini (Kemungkinan balai polis Bandar Perda). Ada antara mereka akan menyusup masuk ke kem-kem atau bilik gerakan PR bagi memantau dan menyamar sebagai ahli PKR, PAS atau DAP. Dan mereka ini dengan bersungguh-sungguh mengutuk pihak UMNO/BN dan mula bertindak sendirian jika keadaan tegang diantara penyokong PR dan UMNO/BN seperti mereka ini kononnya wira bagi PR. Dinasihatkan anda menjauhkan diri dari orang-orang yang sebegini.Bagi yang ingin mengambil bahagian dihari penamaan calon, dinasihatkan anda datang lebih awal (lagi bagus sesudah solat subuh) bagi mengelakan kesesakan. Dijangkakan juga kebanjiran manusia yang boleh mencecah ratusan ribu pada pagi sabtu itu. Bagi yang menaiki kereta, parking kereta anda tu jauh-jauh dari pusat penamaan calon. Biar jauh tapi senang untuk kita keluarkan kereta dan mengurangkan kesesakan pada pagi itu. Alternatif yang ada sekarang adalah pergi dengan menaiki motosikal.Tidak ramai yang mengetahui perkara ini, pihak CIA dan FBI telah mula berkampung disekitar kawasan Permatang Pauh dan Butterworth bagi memantau pilihanraya ini. Ditegaskan disini kehadiran merekan kesini tiada kaitan dengan DSAI atau jemputan dari PR.(Istilah 'Ditegaskan' disini membawa maksud untuk menangkis fitnah-fitnah yang mungkin berlaku). Tugas mereka bukan sahaja memantau pilihanraya, tetapi tugas besar mereka adalah untuk memantau Abdullah Badawi kerana kes-kes antarabangsa yang mungkin dihadapkan kepadannya (Tuduhan akan diberitahu oleh saya selepas penamaan calon, harap maaf.).Kehadiran wakil dari pihak United Nation (PBB) untuk memantau pilihanraya pada kali ini. Juga kehadiran hampir semua Major Brodcasting Company di Permatang Pauh untuk membuat liputan mengenai pilihanraya ini. Sebuah stesen Tv di Indonesia juga akan menayangkan secara langsung keadan dihari penamaan calon tersebut.Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz dihari penamaan calon adalah sebagai pengiring DSAI.Saya juga ingin menyampaikan pesanan dari DSAI kepada semua penyokong PR. PR tidak mahu mengambil tahu siapa calon yang bakal ditentang. DSAI mahu semua penyokong dan petugas-petugas pilihanraya bekerja bersungguh-sungguh dan jangan dibiarkan bilik-bilik gerakan kosong. Haruslah ada orang yang menjaganya setiap masa.Cogan kata MERDEKA telah diumumkan oleh DSAI sebagai moto bagi PR pada pilihanraya kecil ini. Merdeka disini membawa maksud, Merdekakan rakyat dari belenggu kemiskinan, Merdekakan rakyat dari kenaikan harga minyak, Merdekakan Malaysia dari rasuah dan kronisme, Merdekakan institusi dan badan perundangan dari rasuah, setiap rakyat yang merdeka berhak untuk mendapat pendidikan percuma dan rawatan kesihatan percuma, dan Merdekakan Malaysia dari cengkaman UMNO/BN.PERINGATAN: Pada penyokong PAS, PKR dan DAP, ini bukanlah masanya kita untuk bertekak siapa yang betul dan siapa yang salah antara kita. Yang penting kita kena memastikan DSAI memenangi pilihanraya kali ini. Dengan kemenangan beliau, peratusan untuk PR ke Putrajaya amat tinggi. Kita sebagai orang bawah dan pemimpin peringkat akar umbi haruslah berfikiran rasional dan bekerja berganding bahu bagi memastikan DSAI memenangi pilihanraya ini. Pilihanraya belum lagi bermula, tetapi anda semua masih lagi bersifat kebudak-budakan. Putrajaya belum ditawan, tetapi kata-kata anda itu boleh memberi kesan kepada peratusan PR untuk ke Putrajaya.Ingat, Pertama sekali kita mesti Merdekakan Malaysia dari cengkaman UMNO/BN terlebih dahulu. Ini penting dan simpan ayat ini diminda anda.p/s: InsyaAllah, saya akan bawakan maklumat-maklumat terkini mengenai keadaan di Permatang Pauh ini. Sekian..Wallahhualam...Takbir!!!! Merdeka!!!!Bagi SB yang ada didalam ini, anda boleh trace IP address saya dan melakukan sesuatu yang tidak elok kepada saya. Tetapi harus diingat bahawa doa seorang yang teraniaya itu tiada hijab dan akan terus dimakbulkan oleh Allah. Dan jika anda menyentuh saya, ingatlah bahawa azab kubur adalah benar dan Siksa Neraka juga adalah benar. Dan jawablah dihadapan Allah nanti kenapa kamu menganiayai saudara seagama dengan kamu dan ketika itu tiada apa lagi yang boleh dibuat.. renung-renungkanlah...-P.044 Permatang Pauh--Gerakan Revolusi Malaya-"

Salinan Surat Orang UMNO kepada YB-YB tersayang

kepado YB-YB yang paling sey sayang...

Namo sey KARIM...pengundi berdaftar DUN CHOMBONG, PARLIMEN ROMBAU. Sey nulih sughat ni bukan apo... sajo yor nak ucap'an timo kasih bebanyak kek YB-YB sekolian sobab naik'an hargo minyak ari tu. Lopeh ini bilo hargo minyak naik, hargo barang lain pun naik gak laaaa.... banggo boto' sey ghaso.... macam duduk kek LAS VEGAS lak.
Sey janji ngan YB-YB semuo, yang sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yang dah merah mato'eh dan pocah berdorai porut ikan tu pado ikan koring yooo. Sey sanggup bekoban untuk negaro.
Anak sey yang tujuh oghang tu yang buleh buek team futsal tu bolehlah bekojo lopeh sekolah, buek bantu mak ayah diooghang ni haaa... kok tak bekojo pun bulehla jadik mat rompit kek SENAWANG tu.... dapek gak duit sikit....bulehla menoruskan tradisi keluago sey ni yang tak ponah durhako pado negaro.
Ghaso-ghaso, sey ni nak ubah suai bilik-bilik yang ado kek ghumah sey... nak buek tompek bolo ikan ngan tanam sayur cagho hidroponik ( apo binchek'eh ni? ) sey tepakso tanam kek bilik sobab tingga' kek umah flet.
Rebet yang YB bagi kek sey memang melampuh-lampuh lobeh'eh dari keperluan sey. bilo sey congak-congak'an, sey cumo guno 20 sen yo duit minyak moto sari.....
adolah untung 21 sen........ bak kato si SAIDA AF6 'okeyla tu'
Sey tak pakai pon keto sobab bilo minyak naik hargo, sey kono jual Datsun kotak mancis sey tu. Dapek gakla duit, tokey-tokey pun ado gakla hasil'eh.
Team fursal sey tu, sey suruh eksesais hari-hari berjalan kaki, tak pun naik beska' poei sekolah.... ado la dalam 5km..... dokek yo tuuuuuu.Walaupun gaji sey ni RM1,000.... sebonar'eh terlobih cukup untuk keluargo sey.....
Buek permulaan nak ngubah kehidupan sey....sey takan guno'an gulo bilo buek kopi....takkan guno'an topong untuk buek cokodok. Sey nak ganti'an bogheh ngan ubi....tiap hari kelurgo sey akan berposo ( kecuali ari-ari yang dilarang beposo ) sey akan buek minyak masak sendiri.Itu antaro caro sey ngubah caro hidup.
Ado banyak laei caro.....semuo kerano negaro kito. Dan sey mintak bebona YB naikan laie hargo tol sobab oghang sebolah rumah sey ni oghang pembangkang....dio selalu guno highway, biar padan muko dio....tula....suko bona nyokog pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...padanlah muko kau. aaaa bayalah tol banyak2.
Nanti YB buleh la melawat sey dan sedokah sey solai kain pelekat bilo dah nak dokek-dokek piliharayo nanti......insyAllah kain pelekat tu sey nak buboh dalam frame dan gantung kek umah..... tapi jangan lupo lak.....YB sain otograp yo kek kain tu....
Jangan lupo yo YB, naik'an laie hargo minyak. Jangan diturunkan gaji montori-montori tuuuuu.....siannnnnnnn ngan dio oghang....kang apo lak bini'eh nak makan.....tak dapek pulak menyoping kek landen kang.......
Akhir kato, sey nyokong YB-YB sekelian, sey takan sokong pembangkang...tah apo-apo ntah. Jangan lupo yo YB naik'an laie tol banyak -banyak, bia oghang sebolah umah sey yang nyokong pembangkang tu tojoley lidah'eh nak baya......

Sekian Timo Kasih

POCAH KACO
POCAH GELAS
SUDAH BACA
HARAP BALEH

(petikan Mastika September 2008)

Wednesday, August 13, 2008

BERANI SUNGGUH ARIF SHAH NI.....KERR KENA PAKSA DENGAN POK LAH & POK JIB....

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Datuk Arif Shah Omar Shah sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
Arif Shah, Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, taruhan terbaru BN berdepan PKR setelah gagal tiga kali dengan dua calonnya sejak pilihanraya umum 1999. Kali ini calon BN itu akan berdepan dengan tokoh besar parti pembangkang itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BERSIAP SEDIA UNTUK KALAH WAHAI BN........PR JUASSEH KUALA PILAH N9 AKAN MENYERANG PP....LAWAN TETAP LAWAN....

Monday, August 11, 2008

TranungKite Online v7.0 - Amanat DSAI sejurus sebelum beliau ditangkap, pada 20 Sept 1998

TranungKite Online v7.0 - Amanat DSAI sejurus sebelum beliau ditangkap, pada 20 Sept 1998

Dari Jemapoh ke Permatang Pauh dan bertapak ke Putra Jaya




Satu Kerangka Kerja akan di bentuk selepas sahaja perjumpaan seluruh reformis peringkat Dun Jemapoh/Juasseh yg akan di adakan pada malam selasa ini. Anak-anak muda tak kira apa juga anutan parti siasah yg di wakili, akan bersama-sama menggembeling tenaga dan idea bagi memastikan rombongan ke Permatang Pauh terisi dengan tugasan. Bermula pada hari ini hinggalah hari mengundi, Permatang Pauh akan di isi dengan pengisian erti kemerdekaan yg kedua. Barisan Rakyat yg selama ini penuh sabar dan tertib sentiasa menunggu sebuah lagi kemerdekaan di tanah air sendiri. Telah sekian lama pentadbiran Kerajaan yg sedia ada menguruskan Negara ini dari hasil rompakan dan jerih perit peluh rakyat dan sentiasa pula dijanjkan dengan seruan retorik. Terperangkap dgn sogokan yg hanya ibarat remah nasi dan lebihan tulang. Pelbagai akta telah di cipta untuk memastikan rakyat di kunci mulut untuk tindakan teguran. Tapi saat dan ketika ini, Gelombang reformasi kebangkitan rakyat akan menjadi satu lagi lempahan thsunami yang terlaku sukar di sekat gegarannya. Permatang Pauh akan menjadi penentu bemulanya satu sinar mengembalikan semula sebuah kemerdekaan. Rakyat sudah sekian lama memendam rasa dengan tangisan ketakutan. ISA akta yg mengancurkan kasih sayang dan maruah rakyat. Semoga para reformis akan memulakan tugasan ke Permatang Pauh dgn kocakan dan debaran kemenangan. Kami dari AJK PAKATAN RAKYAT JEMAPOH/JUASSEH, sentiasa mendoakan anak2 muda menjaga adap dengan berhemah dengan penuh keinsafan ujian ALLAH. Selamat pergi berjuang dan selamat pulang wahai anak2 muda. Tenagamu amat dirindui oleh Negara.

Sunday, August 10, 2008

Majlis Makan Malam & Perasmian PR DUN Juasseh Dato'Sri Anwar Ibrahim











Majlis pada 29 Julai 2008 lalu mencatatkan sejarah sendiri kepada pejabat Pakatan Rakyat N15 DUN Juasseh, kesudian Dato' Sri Anwar memenuhi jemputan ke Pejabat kami di Jemapoh amat dihargai dan diingati selalu. Bakal PM walaupun dalam perjalanan untuk berceramah di Darul Sharif sempat memberi ucapan semangat dan terangkan secara ringkas tentang isu-isu semasa

Semoga dalam kesibukan beliau nanti sebagai PM dapat lagi meluangkan masa ke Jemapoh di kuala Pilah ini









Salam all, tambahan gambar selepas ceramah di Bt Kikir, semua pejuang-pejuang singgah semula di PR juasseh (dataran Jemapoh) untuk makan nasi dan makan durian. Dato Kamarul, YB Chai, Chegubard, SU Negri (Sabarudin) dan lain sedang enak menjamu selera...Ini lah pemimpin berjiwa rakyat.....







Salam Perjuangan dan reformasi

Friday, August 8, 2008

Selamat Ulang Tahun Kelahiran WIRA RAKYAT ke 61 tahun











Salam dan selamat sejahtera




Tarikh 10 Ogos 1947 adalah satu tarikh kelahiran Insan Terpilh, dalam waktu 61tahun dari tarikh itu setelah melalui lilu-liku bahagia dan derita saat yang ditunggu-tunggu akan tiba




iaitu tarikh keramat 16 sep 2008.




Apapun kami dari AJK PAKATAN RAKYAT dari PKR, PAS dan DAP mengucapkan




"SELAMAT HARILAHIR KE-61" kepada Dato Sri Anwar Ibrahim dan keluarga.




Semoga Allah memakbulkan doa-doa Anda, keluarga dan para pejuang agar kita bebas dari kezaliman, ancaman, kesombongan dan hidup harmoni dibawah Rahmat ILLAHI







Selamat Ulangtahun kelahiran Untuk DSAI,

Thursday, August 7, 2008

Permatang Pauh




Marilah sama-sama kita memberi sokongan kita yang tidak seberapa ini membantu berkempen di Permatang Pauh.

SINGKIRKAN KEZALIMAN MENJADI KEWAJIPAN SETIAP INSAN DEMI MASA DEPAN ANAK ANAK KITA

TAKBIR REFORMASI