Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, August 15, 2008

Sumpah Keramat EZAM Memakan Diri


Ezam : Pengemis Politik Yang Ditendang Keluar Dari Permatang Ezam akhirnya tenggelam punca dan terus menyepikan diri lantaran pengumum calon BN bagi pilihanraya kecil P-44 Permatang Pauh , iaitu Dato Arif Shah Omar Shah , iaitu ADUN Seberang Jaya. Umno Permatang Pauh dan seluruh pimpinan tertinggi menolak pelawaan Ezam untuk bertanding melawan Anwar.
Begitulah nasib Ezam yang akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tidak diperlukan untuk menentang Anwar di Permatang Pauh. Beliau sudah pun ditendang keluar dengan rasminya pengumuman calon BN itu.
Ke mana Ezam nak letak muka sekarang. Setelah puas menjilat kahak sediri, beliau kini terpaksa memegang tempurung dan berlari ke sana ke mari untuk meminta sedekah dari ahli Umno yang masih jelak memandangnya.
Begitulah azabnya bila menjadi penderhaka kepada ‘Sumpah Keramat’. Beliau telah dimakan sumpahnya kerana meninggalkan perjuangan rakyat untuk bersujud pada Pemimpin Umno. Hingga kini status keahlian beliau masih kurang jelas dan ahli Umno sendiri kurang percaya pada kelibat musang berkaca mata ini.
Semoga apa yang dilalui Ezam ini akan menjadi pengajaran kepada pejuang-pejuang rakyat. Ingat! anda mengkhianati rakyat, bermakna anda telah mengadaikan maruah sendiri, menjilat ludah, dan akan hidup sebagai pengemis Politik seperti Ezam"

2 comments:

GUA64 said...

Ezam anak muda yg di kagumi akan keberanian dan kepetahan pidatonya sewaktu gurunya yg sedang berjuang dgn pelbagai tomahan kini semakin lenyap dari ingatan rakyat. Makin hari apa yg ingin di perjuangkan oleh Ezam semakin lari dari dasar keADILan dan kesyumulan ISLAM. Ezam mengambil peluang yg semaksimanya untuk menjadi org yg paling popular di setiap pentas ceramah dgn isu-isu semasa ketika ketiadaan DSAI. Rakyat memandang EZAM adalah DSAI dan rakyat juga terlalu mengharap EZAM dapat menyusun semula keADILan pengurusan petadbiran Negara yg semakin musnah oleh Kerajaan BN yg rakus dan hampir hilang tertib peradapan. Sayang... agenda peribadi yg ada di dlm jiwa Ezam melampaui impian rakyat. Kerap merajuk dan terasa hilang popular setelah bebasnya DSAI dari tuduhan liwat oleh mahkamah yg mula berani sedikit menggunakan etika kehakiman. Ezam cuba mencari popularnya semula dgn menubuhkan GERAK dan bertindak keluar KEADILAN dgn harapan kepopularannya dpt menandingi DSAI. Asas perjuangannya di jadikan umpan untuk di beli oleh sesiapa yg sanggup membeli keberaniannya. Tawaran ini di sambut oleh segelintir pemimpin UMNO sewaktu UMNO telah pupus anak muda yg berkeliber berhadapan dgn ilmuan yg ada oleh anak2 muda PR. Ezam telah menjadikan POLITIK untuk modal meraih agenda peribadi. Keilmuan dan perjuangan dasarnya yg sama2 di kongsi oleh reformis2 telah lenyap dan sekaligus meminggirkan apa jua pandangan nasihat para teman dan sahabat yg tidak mau kehilangan EZAM. KIblat ingin popular,kuasa,imbuhan,jawatan telah menjadi pegangan hidup dan terbuai dengan pelbagai tawaran yg semakin menarik oleh pelobi2 UMNO. Kini, Ezam semakin meracau2 dan akan lebih merancau2 untuk memastikan agendanya dapat di terima oleh UMNO. Ezam semakin terperangkap oleh perang saraf yg di mainkan oleh jentera UMNO yg cukup terlatih dari sudut ilmu jahatnya. Ezam akan cuba menjadi orang yg lebih setia, berani dari orang UMNO sendiri. Bacaan buku sejarah para WALI2, ULAMA2 dan tertib berdahwah yg sering di selitkan sewaktu ceramah2 beliau dahulu, hanya tinggal kenangan. Ini yg dinamakan berjuang dlm politik, Berjuang untuk politik adalah roh yg sangat berbeza.

utehdahagak said...

Salah seekor kambing hitam peliharaan UMNO....