Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, August 16, 2008

Penamaan Calon P.Pauh Satu Komitment Yg tinggi




Penamaan calon Permatang Pauh buktikan komitmen tinggi penyokong Pakatan Rakyat
Sat Aug 16, 08 5:21:57 pm MYT
PERMATANG PAUH, 16 Ogos - Hari penamaan calon Parlimen P44 Permatang Pauh selesai dalam keadaan terkawal dengan menyaksikan sokongan pada Pakatan Rakyat berganda berbanding BN.



Walaupun hari ini bermulanya cuti persekolahan dan hari cuti bagi sektor awam, BN dilihat gagal menyaingi para penyokong Pakatan Rakyat yang dilihat lebih matang, tidak kebudak-budakan dan berdisplin.

Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang datang dari seluruh pelosok tanah air lazimnya bermalam sama ada di hotel, homestay, rumah sewa mahupun surau, masjid ataupun Markas PAS dan KeADILan.

Kehadiran awal membolehkan mereka pergi lebih awal ke tempat berhimpun yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis.

Pihak keselamatan menempatkan penyokong KeADILan di bawah Lebuhraya Butterworth-Kulim manakala BN berdekatan Sekolah Rendah Mengkuang.

Hari ini juga menyaksikan calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak diarak bersama ahli dan penyokong kerana pihak polis mengarahkan semua orang yang berkumpul menunggu calon Pakatan Rakyat masuk dahulu untuk mengelakan keadaan bertambah sesak.

Memandangkan senario itu, Pakatan Rakyat terpaksa berarak tanpa kelibat calon dan pada mulanya timbul tanda tanya di kalangan penyokong kenapa Anwar tiada bersama rombongan tersebut sedangkan semua pemimpin KeADILan dan pemimpin PAS antaranya Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dan Dr. Mariah Mahmud dilihat hadir.

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat turut bersama setengah jam kemudian.

Berbagai sepanduk dan slogan dilaungkan para penyokong Pakatan Rakyat sekaligus menenggelamkan para penyokong BN yang sekali-sekala menunjukkan aksi lucah.

Selepas sesi bantahan tamat pada jam 11.00 pagi kebanyakan penyokong BN mengambil sikap menyepikan diri dan meninggalkan kawasan perhimpunan untuk mencari tempat berteduh berbanding penyokong Pakatan Rakyat yang terus berhimpun di tengah terik matahari.

Tepat pukul 11.45 pagi Pengurus Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Roslan Yahya mengisytiharkan tiga nama calon yang layak bertanding iaitu calon KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat.

Untuk mengelak kejadian tidak diingini, ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela dikerah mengawal keadaan.

Helikopter milik Polis Diraja Malaysia dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan penamaan calon bagi mengawal keadaan.-

1 comment:

khancha2692 said...

Kalau mcm ni punya ramai manusia yg hadir di PP, BN & Umno tak leh lagi menilai tak tau la.....Sudah2 la jadi barua UMNO ni...tak de kesudahan & tak berpenghujung....Sampai bila nak kufur dalam nikmat.....Ingat janji2 Allah...."apabila sesuatu urusan diberikan kepada bukan umatnya maka tunggu lah saat kehacuran"