Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Thursday, August 21, 2008

Cubaan UMNO Perak Menawan PR Perak menggunakan BPR



Sekali Lagi UMNO Perak Ikut Pintu BelakangDilulus terbit pada Thursday, August 21 @ 18:56:51 Penahanan dua Exco Kerajaan Negeri Perak dilihat sebagai satu lagi percubaan UMNO Perak untuk meragut kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri tersebut. Sehingga kini masih tidak diketahui apakah peranan BPR Perak sama ada dipergunakan oleh UMNO Perak atau turut memainkan peranan penting. Samsiah Abu Bakar yang menerajui BPR Perak sememangnya mempunyai 'track record' yang meragukan di kalangan pihak-pihak tertentu di negeri itu. Tuduhan rasuah terhadap seorang hakim Mahkamah Syariah Perak masih lagi menjadi bualan mulut masyarakat negeri ini khususnya, iaitu sejauh mana kebenaran BPR turut terlibat untuk memerangkap hakim tersebut?
Sebelum ini UMNO Perak telah melakukan tawar menawar terhadap PAS Perak untuk menggagalkan pembentukan kerajaan PR sejurus selepas Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu. Bermacam saluran digunakan oleh UMNO Perak bermula dengan meminta Mufti Perak sebagai orang tengah untuk mempelawa PAS bekerjasama dengan UMNO. Mufti ini dikatakan menghubungi pimpinan PAS di peringkat pusat dan negeri untuk tujuan tersebut. UMNO Perak juga menggunakan Ziyad menantu Tajul Rosli yang pernah bergiat dengan PAS di luar negara untuk mengemukakan tawaran tersebut. Tawaran yang cuba diberikan kepada pimpinan PAS Perak bukan 'kecil-kecil anak'.Bagaimanapun PAS menunjukkan kesetiaan yang tinggi bersama PR walaupun tawaran yang dikemukakan oleh UMNO Perak sebenarnya lebih lumayan. Setelah melalui episod tarik menarik yang panjang, akhirnya kerajaan PR di Perak berjaya juga dibentuk dan usaha UMNO Perak untuk masuk melalui pintu belakang gagal. Tindakan UMNO Perak menggunakan saluran Mufti Perak tersebut bukan sahaja memburukkan nama UMNO Perak sebaliknya turut memalit nama Mufti tersebut. Beliau yang pernah mendapat tempat di hati pencinta-pencinta Islam sebelum ini, sekarang tidak lagi boleh dipercayai kerana terlibat dengan satu usaha kotor bersama UMNO Perak.Setelah gagal memancing PAS, UMNO Perak cuba pula memancing ADUN-ADUN dari PKR dan DAP. Sebagaimana yang di dakwa oleh pimpinan DAP, Perak tawaran yang dikemukakan kepada ADUN-ADUN tersebut cukup besar, berkali ganda lebih besar daripada tawaran kontraktor yang sekadar bernilai lebih sedikit RM 100 ribu. Bagaimanapun ADUN-ADUN tersebut menunjukkan setiakawan yang tinggi dan tidak sanggup mengkhianati amanah rakyat yang mengundi mereka. Dikhabarkan antara ADUN yang ditawarkan sogokan lumayan itu termasuklah dua Exco yang ditahan oleh BPR. Sekali lagi cubaan UMNO untuk masuk ikut pintu belakang gagal.Laporan terhadap BPR telah dibuat dengan butiran yang lengkap termasuklah nombor telefon penyogok dan SMS yang terlibat dalam sogokan tersebut. Sehingga hari ini Samsiah Abu Bakar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan aduan rasuah oleh pimpinan PR itu. Kepantasan beliau jauh berbeza dengan apa yang beliau lakukan dalam kes penahanan dua Exco Perak ini. Beliau yang beridolakan Rafidah Aziz turut meneladani idola tersebut yang diragui oleh banyak pihak tentang kesuciannya. Nama Samsiah Abu Bakar dan BPR Perak kini turut disenarai hitam bersama Mufti Perak oleh pihak-pihak yang mempejuangkan nasib rakyat dan kerajaan yang telus.Penahan dua Exco Perak ini merupakan satu lagi episod UMNO Perak untuk menumbangkan Kerajaan PR melalui pintu belakang. Dikatakan Exco Perak yang merupakan ADUN Changkat Jering ditahan bersama seorang lelaki yang ingin bertemu beliau di sebuah restoran. Lelaki tersebut datang bersama sebuah beg. Baru sahaja dua tiga minit bercakap BPR telah bertindak menahan Exco tersebut dan beg lelaki tersebut telah dirampas. Menurut satu sumber kesemua wang dalam beg tersebut telahpun siap 'ditanda' untuk dijadikan bahan bukti sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah. Kes seperti mengingatkan kepada perangkap yang dibuat oleh PAS Johor terhadap wakil UMNO yang menyogok calon PAS pada PRU tahun 2004 yang lalu supaya menarik diri. Sampai sekarang kes yang dilaporkan kepada BPR itu senyap sunyi.Manakala Exco Perak yang nerupakan ADUN Behrang pula ditahan di pejabatnya. Tidak diketahui adakah ditahan atas kes yang sama. Sekiranya dilihat kepada maklumat yang dikemukakan oleh BPR kepada Mahkamah bagi tujuan menahan reman beliau, seolah-olah kesnya berlainan. Beliau dikatakan meminta wang sejumlah RM 5000 daripada seorang yang tidak dikenali. Kelihatan kes beliau ini menyamai kes sogokan terhadap Hakim Mahkamah Syariah Perak sekiranya dilihat dari segi modus operandi pihak yang terlibat. Jumlah RM 5000 bukanlah satu jumlah yang besar berbanding sogokan yang pernah ditawarkan kepada beliau untuk melompat parti.Isu penahanan Exco Perak ini bersama bekas ADUN Bota dari PKR mungkin bersifat serampang dua mata, iaitu menjatuhkan Kerajaan Perak melalui pintu belakang dan menjejaskan peluang Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Sebab itulah individu PKR yang dilibatkan bukannya DAP. Sekali lagi media cuba memainkan peranannya untuk mencapai maksud ini. Sepatutnya BPR tidak mengheboh-hebohkan penahanan tersebut termasuklah memasukkan unsur-unsur yang belum pasti seperti rasuah seks. Dalam kes binaan runtuh di Gerik akhir tahun lalu, ketika BPR ditanya adakah kemungkinan Tajul Rosli akan turut disiasat, BPR dilihat sangat menjaga kerahsiaan siasatan. Mengapa tidak pada kali ini?http://telaahpolitik.blogspot.com"

No comments: