Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Monday, August 18, 2008

Pandangan Sayuti Terhadap Keperbadian Anwar Ibarahim





Rencana Khas
Mahathir dan Ibrahim Jangan Masuk Ke Permatang Pauh!ORANG politik sememangnya pantang melihat microphone air liuh mereka akan meleleh. Dan kalau diberikan microphone mereka akan bercakap tanpa hiraukan makan dan minum. Bercakap adalah habit bagi orang politik. Mereka boleh bercakap sampai pagi dan kadang-kadang sehingga luput waktu solat.Jadi kita tidak marah kalau orang politik, baik yang masih ada kuasa dan pengaruh atau pun yang sudah tersudut kesepian dan macam kera sumbang, kalau mereka akan terus dan bernafsu untuk bercakap. Tidak mengapa mereka boleh bercakap selagi lidah mereka lembut tidak bertulang dan selagi ada sisa-sisa saraf akal yang masih berfungsi. Tetapi kalau cakap-cakap mereka merapu, tidak ada nilai dan boleh menyebabkan orang hilang penghormatan kepada kita untuk apa? Ia tidak memberi sedikit guna pun. Kerana itu daripada merapu lebih baik diamkan diri.Saya suka merujuk perkara ini kepada dua orang ahli politik yang kini kian dilupai oleh dunia dan khalayak ketika ini. Mereka ialah bekas PM, Mahathir Mohamad dan ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Ibrahim Ali. Kebetulan mereka ini pula terlalu rapat. Ibrahim adalah seorang pentaksub nombor satu kepada Dr Mahathir Mohamad. Bagi Ibrahim Mahathir adalah bagaikan tunggul keramat bagi penganut ananisme. Jangan cakap sesuatu yang buruk mengenai Mahathir di depannya, dia akan bela habis-habisan. Bagi Ibrahim Mahathir adalah Mathama Ghandi bagi masyarakat India.Mahathir dalam ulasannya mengenai sumpah bekas pembacuh kopi Anwar, Saiful Bukhari mencadangkan supaya Anwar membalas sumpah itu sambil menjunjung Quran. Cadangan Mahathir itu jelas menunjukkan beliau seorang jahil murakab.Kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Islam tidak ada perbuatan junjung Quran dan cukup setakat bersumpah menyebut Walahi, Wabilahi dan Watalahi saja. Dan tempat juga tidak semestinya di masjid, di mana-mana pun boleh. Tegas Nik Aziz kalau buat di masjid macamlah dengan Krsitian buat di gereja. Apakah taraf masjid dan gereja itu sama Tok Guru?Mahathir tidak perlu masuk campur. Lagipu beliau kini tidak menjadi ahli parti mana-mana sama seperti Ibrahim Ali. Beliau tidak payah suruh Anwar bersumpah. Sudah cukup apa yang Mahathir lakukan kepada Anwar sebelum ini. Negara ini jadi jahanam ialah gara-gara tindak tanduk politik binatang Mahathir. Tidak baik kalau berdendam sampai mati, duhai Che Det!Nampaknya Mahathir suka dengan isu liwat kedua yang menimpa Anwar ini yang dirasakan sebagai berpihak kepadanya. Isu itu sebagai mengiyakan tindakannya dalam menganiaya Anwar 10 tahun lalu.Suka dijelaskan di sini, bagi saya bukan soal liwat kalau kita simpati dan mendokong Anwar, tetapi kerana kezaliman melampau Mahathir terhadap Penasihat Umum PKR itu. Kerana kerakusan dan sadisme politik binatang kepadanya.Kita sokong Anwar bukan soal peribadi, rupa, wajah atau penampilannya, tetapi perjuangan, idealisme dan keazamannya untuk membela rakyat. Beliau harus diberikan peluang untuk membuktikan gagasan dan wawasannya. Tuhan tidak mengsia-siakan Anwar lahir ke dunia kalau bukan untuk dijadi dan menjadi khalifah.Saya masih ingat kata Sanusi Junid ketika beliau jadi MB Kedah dulu, katanya; bila bercakap fasal Islam Anwar lebih baik daripada Najib Razak, setidak-tidaknya Anwar bercakap hendakkan Islam.Mahathir harus malu kepada diri sendiri kalau beliau ingin komen hal Anwar lagi. Kalau beliau seorang yang ikhlas dan benar untuk menasihat Anwar, sebelum beliau berbuat begitu beliau harus junjung najisnya sendiri terlebih dahulu.Orang kedua yang gatal mulut untuk bercakap ialah Ibrahim Ali. Kenapa Ibrahim harus bercakap hal yang tidak ada kena mengena dan relevan dengannya? Beliau tidak berhak untuk memberi komen ke atas Anwar. Ibrahim harus merenung ke dalam dirinya terlebih dahulu. Kena ukur setiap penjuru dan sudut dalam dirinya. Beliau kena ukur seadilnya siapakah lebih baik antara beliau berbanding Anwar? Mungkin tidak sampai kena kencing dalam tempurung!Kalau tubuh kita ada panau dan kurap harap Ibrhaim tidak usahlah cuba-cuba hendak menjual ubat panau dan kurau dalam konteks pilihan raya di Permatang Pauh ini.Saya horamt perjuangan Ibrahim Ali untuk membela Melayu dan Raja. Beliau konsisten dan vokal dalam isu ini. Dan sebilangan rakyat yang patriotik juga sukakannya. Namun kehebatan Ibrahim dalam memperjuangkan bangsa dan raja ini dirosakkan oleh moral politiknya sendiri yang sukar untuk difahami. Beliau bukan seorang ahli politik yang mapan.Eloklah lalau Ibrahim juga jangan bercakap soal Anwar. Beliau akan dilihat lebih matang dan seorang ahli politik profesional kalau hanya menyentuh isu-isu di luar bingkai politik Anwar. Tidak usah beliau mengulas mengenai taktik dan stail politik Anwar. Apa lagi kalau hendak menuduh Anwar ada agenda peribadi. Sebab politik Ibrahim sejak dari bayi hingga sudah setengah abad usia juga sarat dengan soal peribadi.Ibrahim kata 16 September ini adalah sebagai gimik politik Anwar sahaja untuk mengawal orangnya (ahli Parlimen PKR) agar tidak tinggalkan PKR. Beliau juga tidak yakin kerajaan akan ditumbangkan pada tarikh itu. Manakala mengenai Melayu pula Ibrahim kata beliau sanggup mengadaikan nyanwanya kalau Anwar menjualkan bangsa. Apakah sebahagian daripada kata-kata Ibrahim itu tidak berunsur gimik dan retorik politik?Sebagai ahli politik Ibrahim seharusnya memahami apa yang ada dalam diri Anwar. Beliau patut arif mengenai semangat juang dan iltizam Anwar kepada agama, bangsa dan negara.Soal mempertahankan Melayu rasanya Anwar lebih baik daripada Mahathir. Bukankah kemusnahan Melayu kini disebabkan oleh Mahathir? Siapakah memusnahkah bahasa Melayu, kalau bukan Mahathir. Siapakah meletakkan Islam di kaki kalau bukan Mahathir?Anihnya Ibrahim tidak pernah mengecam Mahathir secara bertubi-tubi dan berterusan. Beliau kehilangan perbendaharaan kata bila melihat kekhilafan Mahathir dalam aspek ini. Apakah kerana orang memberikan kita setitik air dan sebiji beras, maka kita terus buta pada dosa seseorang itu pada bangsa, agama dan negara?Harapan selepas ini baik Mahathir dan Ibrahim jangan cakap mengenai Anwar lagi. Biarlah Anwar berlawan dan menaburkan janjinya untuk bangsa di Permatang Pauh. Ibrahim dan Mahathir baiklah jadi pemerhati dari jauh saja. Biarkan Anwar berlawan dengan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak secara bersendirian. Jangan masuk campur. Sesungguhnya masa anda sudah pun berlalu.Dan saya berharap jangan sesekali kedua mereka; Mahathir dan Ibrahim memasuki Permatang Pauh kerana bimbang mereka akan diboo dan dilontar kayu ataupun botol air mineral. Kalau ini terjadi, malunya bukan saja Ibrahim tetapi saya juga kerana saya dilihat rapat dengannya! [wm.kl 8:00 am 17/08/08].
Posted by . at 7:45:00 PM 4 comments
Labels:

Permatang Pauh 1
Hari Penamaan CalonAnwar Sudah Menang Besar
(kemaskini) BAHANA jalan raya mengecewakan saya untuk menyaksikan secara keseluruhan dan live suasana dihari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dilangsungkan di Institiut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Martajam. Lebih tiga jam saya terperangkap di atas jambatan Pulau Pinang. Kesesakan bermula dari atas jambatan hinggalah ke persimpangan untuk masuk ke Permatang Pauh. Silapnya kerana diri sendiri kerana tidak berlepas awal.Apa yang dapat dilakukan hanya menghubungi kawan-kawan yang sudah pun berada di tempat penamaan calon sejak awal pagi. Telefon dari luar juga bertalu-talu masuk, semuanya ingin mengetahui perkembangan proses penamaan calon itu dari masa ke semasa. Agak susah dan sedih juga apabila penjenguk blog sudah menjadikan saya sebagai news agensi mereka!Bila mereka jenguk blog tidak ada laporan, ada yang memberanikan diri menghubungi secara langsung untuk mengetahui perkambangan. Kepada mereka saya minta maaf dan terima kasih kerana terus memberi perhatian kepada blog saya.
Laporan daripada kawan di tempat lokasi jam 7:30 memberi tahu keadaan sudah pun penuh sesak. Sebahagian jalan-jalan menuju ke tempat penamaan calon dipenuhi dengan penyokong Anwar Ibrahim. Masing-maing membawa bedera PKR, Pas dan DAP di samping berbagai sepanduk menyuntik semangat dan penguat jiwa. Kombinasi itu boleh dibayangkan bahawa sokongan kalangan rakyat bawahan begitu kuat dan Pakatan Rakyat tidak berpecah.
Akhirnya sampai ke kemuncak jam 10:00 setelah tempoh penamanaan calon tamat. Pemanggil yang berada di lokasi memberi tahu kedudukan kekuatan penyokong masing-masing dengan nisbah 15: 1. Ada yang kata angka kekuatan Pakatan Rakyat 20,000 manakala BN hanya 3,000. Ada yang melaporkan kekuatan PKR 50,000 manakala BN hanya 5,000 dan ada yang ekstrime mengatakan kekekuatan PKR hampir 100,000 manakala BN tidak sampai 2,500 orang.
Bagaimana pun dari angka-angka itu jelas menunjukkan bahawa kekuatan PKR semalam cukup kuat, bersemangat dan mengatasi kekuataan BN.
Satu penemunan yang boleh dijadikan ukuran, semasa berhenti rehat di Tapah dalam perjalanan pulang ke KL, malam tadi saya terserempak dengan seorang anak muda yang mengenakan t-shirt di belakngnya bergambarkan wajah Nik Aziz sanggup menaiki motorsikal untuk ke Permatang Pauh semata-mata untuk mengiringi Anwar ke pusat penamaan calon. Anak muda ini berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Apa yang dilakukan anak muda berkenaan menjelaksan betapa bersemangat dan kentalnya penyokong PKR dan Anwar. Saya tidak fikir ada penyokong calon BN, Arif Shah Omar Shah walaupun hanya dari Perlis yang sanggup bermotosikal dengan memakai t-shirt Muhammad Isa Sabu MB Perlis datang untuk melihat penamaan calon itu?
Ternyata berdasarkan dapatan dan gambaran itu, atas kertas Anwar akan menang dengan muda pada pilihan raya 26 Ogos nanti. Dari segi moralnya suasana yang berlaku semalam sudah dimenangi Anwar. Sumpah yang dikeluarkan oleh bekas pembacuh kopinya sedikitpun tidak menggugat dan dipedulikan oleh mereka yang mengiringi Anwar ke pusat penamaan calon. Sumpah itu telah dipersetankan dan ia tidak memberi apa-apa pengertian kerana yang melapazkan tidak mengerti isi kandung al-Quran Nurkarim.
Begitu juga kebimbangan ekoran berlaku mahasabah (salah perkiraan politik) di kalangan sesetengah pemimpin tertinggi Pas terhadap kredibiliti dan batang tubuh Anwar sebelum ini juga tidak memberi apa-apa kesan. Nampaknya pemimpin Pas tidak mudah dijadikan alat untuk mengagalkan impian Anwar ke Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. Walaupun ada kalangan Pas merasa impian Anwar itu sebagai satu sinikal tetapi mereka tidak sampai mengkhianti Anwar secara hidup seperti mana dilakukan Mahathir Mohamad sebelum ini.
Kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din dan lain-lain mengambarkan mereka masih terkenang dan sayangkan Anwar. Dan kehadiran Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama permata hatinya Husam Musa memberi kebahagian kepada semua orang.
Selepas majlis penamaan calon selesai baru saya sampai ke kawasan berkenaan. Jalan raya masih berlaku kesesakan. Hujan yang dikatakan turun menyiram tempat penamaan calon dan Permatang Pauh juga sudah reda. Namun jalan rasa masih penuh dengan kenderaan. Jalan ke luar dari Permatang Pauh semuanya penuh sesak.
Derauan motosikal anak muda yang membawa bendera, DAP, PKR dan Pas kelihatan di mana-mana saja. Mereka nampaknya tidak mempedulikan hujan dan panas. Bagi mereka seolah sedang meraikan kemenangan wira mereka, Anwar Ibrahim. Seolah anak-anak muda ini pun memahami perlawan di Permatang Pauh itu bukan antara Anwar dengan BN, tetapi rakyat dengan Barisan Nasional.Di bebeapa buah pos PKR terutamanya di Kampung Pauh sudah mula digerakkan secara aktif. Ada pos yang sudah mula berkenduri menjamu para petugas dan penyokong. Kesemua 28 pos PKR sebenarnya digerak sejak seminggu lalu lagi.
Perhatian: Kalau tidak ada aral merintang saya akan postkan beberapa keping gambar di hari penamaan calon semalam yang bakal dikirimkan oleh seorang kawan! Maaf gambar yang dijanjikan tidak dikirimkan sampai saat ini. [wm.kl 10:00 am 17/08/08]
Posted by . at 9:59:00 AM 3 comments

1 comment:

You's Name said...

http://wrlr.blogspot.com/