
Tidak menjadi masalah bagi saya jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan - DSAI
Anwar: ‘Saya sibuk minggu depan temui MP bincang lompat

30-08-2008 08:52:12 PM
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.
Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
mStar Online difahamkan kelmarin beliau mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.
Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen di Kuching esok.
Bagaimanapun Anwar masih mempunyai jadual menemui pengundinya di Permatang Pauh.
Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu hari ini, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.
Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.
“Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja.
“Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian wujud,” katanya.
Pembangkang kini menguasai lima negeri - Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.
Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini.
“Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajan Pakatan Rakyat),” kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan
Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.
Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.
Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.
Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.