Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Wednesday, August 18, 2010

KELEMAHAN PENTADBIRAN BN PUNCA RAKYAT TANGGUNG DERITA

Norazizi A. Aziz
Petikan: Norazizi A. Aziz


Baca di sini: Tanggung beban tiada air
Penduduk Taman Angkasa Jaya, Kuala Pilah yang terpaksa berdepan dengan masalah gangguan bekalan air sebenarnya adalah berpunca daripada kelemahan pentadbiran Barisan Nasional Kuala Pilah.

Semalam Naib Ketua UMNO cawangan Taman Angkasa Jaya telah mendedahkan bahawa masalah bekalan air di taman tersebut telah berlarutan selama 25 tahun. Kenyataan ini telah disangkal oleh Helmi Maarof, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Kuala Pilah.

Helmi Even

Mereka sedar perkara ini bukan baru berlaku, tapi masalah gangguan bekalan air di taman berkenaan sudah berlarutan selama 25 tahun. Adakah mereka nak tunggu sehingga 50 tahun baru mahu selesaikan masalah ini?”

Beliau juga turut menyatakan bahawa ini membuktikan BN di Kuala Pilah lemah dan tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat.

“Ini jelas menunjukkan BN gagal menangani masalah rakyat. Slogan “rakyat didahulukan..” hanya sekadar slogan dan tidak lebih daripada janji kosong untuk memenangi hati rakyat ketika pilihanraya, namun bila rakyat berdepan masalah, UMNO & Barisan Nasional tidak mampu selesaikan walaupun kuasa di tangan mereka. Saya optimis, sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, masalah seperti ini akan kami selesaikan.”

Beliau turut menyatakan kekesalan terhadap masalah ini dan berharap agar wakil rakyat lebih kerap turun padang.

“ Apa yang saya perhatikan, ADUN Pilah & Ahli Parlimen lebih berminat ambil gambar dan masuk media ketika memberi bantuan atau sumbangan. Tetapi masalah-masalah ini seperti tidak mendapat perhatian mereka. “

Helmi juga tidak menafikan bahawa seseorang pemimpin itu perlu menggunakan kedudukan mereka dalam politik.

“Seseorang pemimpin itu, tidak kira dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional perlu menggunakan kedudukan atau kuasa mereka dalam politik. Namun bukan untuk kepentingan peribadi tetapi demi kepentingan rakyat. Barulah manfaat dapat diperolehi oleh rakyat daripada kedudukan mereka sebagai pemimpin politik.”

“Justeru, pihak Parti Keadilan Kuala Pilah akan menghantar surat ke pihak berkaitan dan akan mengadakan perbincangan bagi menangani masalah yang didepani oleh penduduk sejak sekian lama.”

Beliau juga berharap agar pihak berkaitan dapat sama-sama duduk berbincang tanpa mengira fahaman atau pegangan politik bagi mencari jalan terbaik demi kepentingan dan kepedulian terhadap rakyat.

No comments: