Itu ialah pemahaman beliau sebagai seorang ahli politik lebih-lebih lagi beliau adalah pemimpin bukan Islam yang bercakap tentang Islam dan penganutnya serta senario politik yang sedang berlaku di antara PAS dan UMNO dalam konteks politik Melayu negara kita.
Saya percaya, itu bukan pandangan beliau seorang malah persepsi ribuan malah jutaan masyarakat bukan Islam yang membentuk lebih 40% dari 27 juta penduduk negara kita. Pasca PRU ke-12 dulu di mana PAS meraih kerusi terbanyak dalam sejarah parti itu maka Lee Kuan Yew, mantan PM Singapura secara terbuka melahirkan kebimbangan berkemungkinan Malaysia akan menuju ke arah 'theoretical state' atau negara hukum dan subjektif terhadap corak hubungan masa depan kedua-dua negara kelak.
Samaada benar atau tidak, itu adalah pandangan peribadi mereka. Tetapi atas kapasiti mereka berdua sebagai pemimpin dan tokoh maka ia sudah tentulah menimbulkan polemik yang pelbagai. Kita tidak boleh mengkesampingkan Chua kerana jumlah penduduk bukan Melayu yang agak besar malah dominan dalam sudut ekonomi pula di negara kita. Kita juga tidak boleh mengkesampingkan Lee Kuan Yew kerana hubungan luar biasa Singapura dengan Israel terutama dari sudut ketenteraan dan risikan.
Bagi bangsa Melayu agama itu adalah sesuatu yang sangat sensitif dan merupakan identiti bangsa. Cuma, pendekatan UMNO dengan PAS dalam melaksanakan Islam dan penerapan dari sudut amalan adalah berbeza. UMNO bersifat pragmatik manakala PAS bersifat konservatif. Namun demikian, secara umumnya, orang Melayu sepanjang 53 tahun merdeka lebih selesa dan menerima pendekatan Islam pragmatik UMNO melainkan Kelantan yang telah dan sedang diperintah oleh PAS secara solo selama beberapa penggal.
Justeru, kenyataan Chua Soi Lek seperti mempertikaikan Islam sebagai salah satu entiti penting dalam politik kepartian bangsa Melayu adalah dangkal. Mungkin yang dipertikai oleh Chua di sini adalah dari sudut pendekatan kedua-dua parti tersebut.
Selain daripada itu, untuk menyalahkan Islam ke atas apa yang berlaku pada penganutnya adalah tidak tepat sama sekali. Tetapi, masalahnya itulah persepsi saya kira bukan saja di negara kita malah seluruh dunia. Sebagai contoh, Indonesia dan Nigeria adalah dua contoh negara majoriti muslim yang indeks rasuahnya paling tinggi di dunia serta korup. Iraq di era Saddam Hussein adalah negara yang paling teruk menindas dan menekan hak asasi, Syria, Mesir malah Arab Saudi adalah negara autokratik yang menindas suara-suara pembangkang tidak sehaluan dengan pemerintah.
Perisitiwa 16 September dulu menyebabkan Islam dicemuh oleh dunia. Pendekatan keras Taliban di Afghanistan seperti memaksa wanita memakai burqa dan mengecat tingkap-tingkap rumah dengan warna hitam supaya 'aurat' wanita selamat menyebabkan Islam bukan saja ditakuti malah ditertawakan.
Adakah kita mahu mengaitkan semua itu dengan Islam? Tentu sekali tidak, tetapi gejala Islamophobia adalah kesan persepsi masyarakat antarabangsa yang menyamakan Islam dengan teroris dan ultra sebagaimana yang dilihat berlaku di kalangan umat Islam sendiri. Itu adalah persepsi sejagat tetapi malangnya kita umat Islam tidak mempunyai kekuatan untuk menghapuskan tanggapan salah itu. Ini kerana kita tidak mempunyai rangkaian hebat dunia yang rata-rata sahamnya dimiliki oleh pelobi-lobi Yahudi global seperti CNN dan BBC. Cuma, ketika ini kita mempunyai rangkaian al-Jazeera tetapi itu masih belum memadai.
Sehubungan dengan itu, mengikut kiraan saya kita tidak perlu satu persepsi yang negatif terhadap Islam dan penganutnya berlaku di negara kita pula. Tetapi, malangnya orang Melayu amat gemar tuduh-menuduh agama seseorang termasuklah hingga ke amalan cara solat 5 waktu dan soal tetek bengek seperti pemakaian tudung dari membicarakan perkara yang lebih besar. Sewajarnya, kita menjejaki langkah Indonesia tahun 1983 yang mengharamkan penggunaan agama kepada parti-parti politik. Kita tentu tidak mahu selepas ini wujud Parti Buddha Se-Malaysia atau Parti Hindu Se-Malaysia yang berjuang menerapkan unsur-unsur Buddha dan Hindu dalam negara!
Adakah Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia kurang Islamnya walaupun tanpa nama Islam? Adakah AKP di Turki tidak Islamik kerana tidak menggunakan nama Islam? Sesungguhnya, adalah lebih baik jika kita tidak memainkan simbol agama secara keterlaluan melainkankan pendekatan secara berhemah dan strategik kerana persepsi dan pandangan masyarakat luar yang mudah mengundang tanggapan liar dan negatif seperti Chua.
Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi. “Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia,” katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.
Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi. “Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia,” katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.
Dari Malaysiakini
Oleh Susan Loone
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana melabelkan negara-negara Islam sebagai tidak progesif dan korup. Katanya, tuduhan itu mencerminkan kejahilan dan sifat bongkak pemimpin BN itu.
Anwar, yang juga ketua umum PKR berkata beliau tidak bercadang menghukum mereka yang menentang Islam, tetapi komen Chua dianggap keterlaluan dan begitu jahil berhubung situasi sebenar masyarakat Islam.
Merujuk kepada amaran Chua kepada masyarakat Cina di negara ini berhubung kerjasama dengan PAS, Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan bagi memastikan masyarakat Islam dan bukan Islam memahami dan menghormati agama dan budaya satu sama lain.
Tak dapat terima
“Saya tidak mahu menghukum sesiapa kerana menjadi anti(Islam) tetapi dia telah mempamerkan kejahilan dan begitu bongkak. Bagi saya, ini tidak dapat diterima,” katanya pada sidang media selepas berucap pada persidangan Integriti Antarabangsa di Pulau Pinang.
“Saya tidak tahu, tetapi berdasarkan pergaulannya dengan Umno itu langsung tidak memperlihatkan bahawa beliau memahami dan menghargai perasaan prihatin masyarakat Islam,” katanya.
Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”
Sehubungan itu, beliau membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Continue reading ‘Anwar: Agak Malang, Chua ‘Jahil Dan Bongkak’’
No comments:
Post a Comment