Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, May 16, 2010

Peringatan kepada yg rasa sebagai Pemimpin PR

Setelah lebih 2 tahun Pakatan Rakyat memimpin Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, ada satu pengajaran besar yang wajar diambil, pada waktu sama ia mendatangkan keuntungan pada rakyat khususnya mereka yang menolak keras korupsi.

Masakan tidak, rakyat keempat-empat negeri itu akan memiliki kerajaan yang bersih kerana sentiasa dipantau secara teliti oleh pelbagai pihak, dengan tanpa teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini kerana tumpuan banyak pihak, termasuk dalam Pakatan Rakyat adalah membongkar sebarang tanda-tanda berlakunya rasuah atau penyalahgunaan kuasa hinggakan sukarnya kerajaan negeri itu untuk bergerak secara selesa.

Justeru kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati dan tidak memandang remeh segala tindakannya yang walaupun perkara kecil, boleh mendatangkan masalah besar.

Ini berbeza dengan apa yang telah berlaku sejak 50 tahun lalu di mana kerajaan Barisan Nasional, baik di peringkat pusat dan mahupun negeri melakukan pelbagai perkara yang banyak pihak mencakapkannya tetapi tidak ada usaha secara khusus dan konsisten bagi membersihkan imej korupsi ini.

Maka menjelang pilihan raya umum tahun 2008, imej kerajaan Barisan Nasional baik di peringkat persekutuan, apatah lagi di peringkat negeri dirundung pelbagai tuduhan dan syak wasangka.

Apa yang rakyat boleh melakukan hanyalah dengan mengundi untuk menolak Barisan Nasional, dan itulah yang berlaku di Semenanjung Malaysia pada Mac 8 tahun lalu mengakibatkan gabungan parti itu kehilangan lima negeri.

Maka apabila SPRM ditubuhkan, banyak di kalangan rakyat pula berasakan bahawa ia merupakan kemajuan besar bagi negara ini tetapi apabila ternyata tumpuannya, walaupun atas aduan adalah kepada kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat, maka timbul rasa syak bahawa adakah usaha membersihkan korupsi ini dibuat kerana kepentingan politik kepartian, dan bukannya benar-benar mahu membanterasnya?

Akibat daripada perkara ini, Pakatan Rakyat juga bertindak balas. Kalau di Selangor pada awalnya dahulu, ada aliran pemikiran bahawa biarlah perbuatan kerajaan negeri Barisan Nasional yang lalu tinggal saja dalam lipatan sejarah. Apa yang perlu adalah pandangan ke depan.

Langkah banyak dialu-alukan oleh sebilangan rakyat yang mahu melihat transisi antara Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat berlaku secara licin dan tertib. Biarlah sistem politik negara berbentuk dua parti dan persaingan antara kedua parti wajar dilakukan secara sihat. Maka apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu biarlah berlalu. Bermula daripada Mac 8, Malaysia yang baru diharapkan muncul dengan sistem dua parti.

Tetapi perkara itu tidak berlaku. Gangguan secara yang tidak menghormati semangat sistem demokrasi berlaku sejak awal lagi, hingga membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat. Bukan itu saja, usaha terus dilakukan untuk mengganggu perjalanan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Seperti mana parti-parti pembangkang sebelum ini pernah berusaha mengganggu kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional.

Maka adalah suatu yang naif bagi penyokong Pakatan Rakyat untuk menjangkakan bahawa kerajaan-kerajaan negeri mereka tidak akan diganggu. Bagaimanapun gangguan oleh pihak pembangkang ke atas kerajaan, sama ada di peringkat pusat, atau negeri adalah suatu perkara yang dijangka.

Tetapi cara gangguan itu perlu diteliti. Ia harus dibuat bukan saja mengikut lunas-lunas undang-undang, tetapi semangat demokratik dan beretika. Parti-parti politik sama ada dalam Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat bukannya badan samseng. Ia merupakan institusi suci untuk memenuhi harapan rakyat. Inilah yang perlu diingati oleh ahli-ahli politik baik dari kalangan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Apa yang mereka wajar ingat ialah mengapa pada Mac 8 lalu, rakyat menolak Barisan Nasional di banyak tempat. Antaranya ialah perasaan meluat rakyat terhadap gelagat ahli politik Barisan Nasional khususnya Umno. Maka sekarang setelah 2 tahun berlalu, mereka juga ada melihat ciri-ciri yang boleh mendatangkan meluat ini di kalangan Pakatan Rakyat. Janganlah hendaknya akhirnya rakyat menolak semua ahli politik.

Setakat ini, harapan masih ada bagi kewujudan sistem dua parti. Tetapi tentunya perkara ini tidak diinginkan oleh pihak Barisan Nasional yang berasa mereka mahu bangkit kembali dan terus mendominasi politik negara, 50 atau 100 tahun lagi. Sementara di pihak Pakatan Rakyat pula, mereka mahu memastikan Barisan Nasional benar-benar lumpuh dan tidak mampu bangkit semula. Tentu apa yang diinginkan oleh Pakatan Rakyat ialah untuk mendominasi politik bagi 50 tahun akan datang. Giliran mereka pula, demikian setengahnya berpendapat.

Tetapi ada satu lagi pandangan dalam kalangan parti-parti Pakatan Rakyat sendiri, khususnya segelintiran pemimpin PAS. Mereka mahu kuasa dominan pada diri sendiri dan bukannya dibahagi-bahagi di kalangan parti gabungan. Umpamanya kalau Barisan Nasional dilihat sebagai didominasi oleh Umno, maka PAS mahukan kedudukan itu. Kalau Pakatan Rakyat tidak boleh memberikan kedudukan itu, ada antara mereka yang mendokong gagasan kerajaan perpaduan.

Kerajaan perpaduan mempunyai banyak versi, tetapi antaranya ialah pakatan antara Umno dan PAS dalam penyusunan semula struktur politik kepartian negara. Barisan Nasional dibesarkan untuk meliputi Pakatan Rakyat dan PAS yang akan menjadi ketua, bukannya Umno. Tentu keadaan ini tidak dapat disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Bagi PKR, kedudukannya dalam Pakatan Rakyat adalah jelas. Walaupun ia bukannya mendominasi Pakatan Rakyat, tetapi kedudukannya adalah sebagai ketua kerana kedua-dua PAS dan DAP tidak boleh dijadikan pusat kuasa utama dalam gabungan itu. Walaupun kaedah Pakatan rakyat berbeza daripada Barisan nasional kerana tidak ada parti yang mendominasi, maka dapat difahami PKR adalah ketua.

Bagi menghalang kerajaan perpaduan Umno-PAS, apa yang boleh dilakukan oleh PKR ialah ajakannya terhadap PAS untuk sama-sama mengetuai Pakatan Rakyat. Namun begitu, keadaan seperti ini tentunya tidak dapat diterima oleh DAP.

Dalam sibuk memikirkan perkara-perkara seumpama ini, Barisan Nasional terus mengasak Pakatan Rakyat dan kerajan-kerajaan mereka terdedah dengan pelbagai isu, yang akhirnya menyedarkan bahawa kuasa persekutuan mesti diambil dahulu sebelum sistem dua parti dapat benar-benar dilahirkan.

Sementara itu lebih banyak pihak menyuarakan desakan menuntut MP PR yg melompat keluar dari PR, supaya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen.

Terbaru Wee Choo Keong MP - Wangsa Maju- Desakan dari pengundi termasuk Naib Ketua PAS Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Wee Choo Keong telah hilang kepercayaan pengundi, ahli-ahli PKR serta Pakatan Rakyat apabila dia berpaling tadah.

“Jawatan sebagai ahli parlimen adalah amanah dari parti, pengundi serta petugas Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja bagi memenangkan beliau dalam pilihan raya umum ke 12 yang lepas.

“Alangkah murahnya maruah serta harga diri seorang pemimpin seperti beliau. Dengan sedikit tawaran atau ugutan, beliau mudah berpaling tadah. Lupakah beliau siapakah yang berjuang bersungguh-sungguh menaikkan nama dan diri beliau sehingga mampu memenangi kerusi Parlimen Wangsa Maju?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suhaimi berkata sebagai ahli parlimen, Wee sepatutnya menjaga kebajikan dan mengambil tahu hal rakyat dan pengundi beliau, bukan sibuk dengan kepentingan peribadi.

Wee Choo Keong dari dulu lagi seorang ahli politik yang tidak beretika. Dia dulu tinggalkan DAP atas sebab yang sama kononnya “tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti” lalu membentuk parti satu-orangnya bergelar Malaysian Democratic Party (MDP). Wee tewas dengan teruk di kerusi Parlimen lamanya di Bukit Bintang, kalau tak silap hingga hilang wang depositnya. Bila dia sedar dia tak boleh menang atas kekuatan peribadinya, dia sertai PKR. Kalau Wee betul-betul berani & yakin pengundi menyokongnya, dia patut letak jawatan sebagai MP dan bertanding sebagai calon bebas berhadapan dengan calon Pakatan Rakyat.

“Beliau seharusnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik dengan menunjukkan kredibiliti serta maruah yang tinggi sebagai wakil rakyat. Dalam keadaan parti memerlukan beliau, Pakatan Rakyat yang sedang diperkukuhkan, tergamak beliau mengambil langkah dengan meninggalkan PR. Tindakan beliau ini telah menghilangkan rasa hormat rakyat kepada beliau serta mengkhianati kepercayaan rakyat,” katanya.

Justeru, menurut Suhaimi PAS merasakan tidak wajar Wee masih bergelar ahli parlimen Wangsa Maju. Ini termasuk juga Ahli Parlimen dan Adun PR yg keluar dari Pakatan Rakyat sebelumnya.

“Kerusi beliau perlu diserahkan kembali mandatnya kepada rakyat supaya rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat.

“DPPWP dengan ini mencabar Wee Choo Keong meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Wangsa Maju dan bertanding semula sebagai calon bebas bagi menentukan benarkah beliau masih mempunyai pengaruh dan menang dengan kekuatan beliau sendiri atau kerana kerja keras semua petugas Pakatan Rakyat!” katanya.

Wee 'pengkhianat'

Dalam pada itu, dewan pemuda PAS Wangsa Maju (DPPWM) pula menyifatkan tindakan , Wee yang mengistiharkan keluar daripada PKR sebagai 'pengkhianat'.

“Beliau sepatutnya malu dengan para pengundi di Parlimen Wangsa Maju yang telah memilih beliau

No comments: