TAMPIN - Seorang remaja cedera parah pada perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang konstabel polis peronda dalam kejadian di Jalan Seremban-Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azizi Aziz, 17, ditembak kerana enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.
“Berikutan itu, polis melepaskan satu das tembakan dan kena pada perut sehingga tembus ke bahagian usus,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.
Menurutnya, mangsa kini selesai menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit menembak tanpa justifikasi yang ditetapkan Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,” katanya.
Menurutnya, anggota polis terbabit dikenakan tindakan penahanan kerja serta-merta dan sedang menjalani siasatan kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.
Osman berkata, mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala mangsa melarikan diri Jalan Seremban-Jelebu.
“Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran, tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.
“Satu das tembakan dilepaskan dan selepas kira-kira 2 kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan pada perut.
Mangsa kemudian dihantar ke HTJS.
Mengulas kejadian itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.
“Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.
“Dalam kes ini, kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit ditahan kerja,” katanya.
Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa setengah jam untuk melihat keadaan mangsa.
Turut hadir, Osman dan dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib.
Sementara itu, ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata, beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.
“Saya dihubungi pihak hospital jam 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.
“Saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital, mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam adik-beradik,” katanya. - Bernama
Ulasan:
Sedikit terkejut dengan berita ini, kerana ia sedikit sebanyak akan menjadi bahan media dan rakyat untuk mempersoalkan kredibiliti Polis yang kini dilihat seperti KOBOI. Sebagai rakyat yang melihat hal ini dari pelbagai sudut, kami memikirkan bahawa Konstabel ini cuba melakukan tugasnya sebaik mungkin.
Kita juga kena akui bahawa tindakan remaja yang agak mencuriga mengundang kepada tragedi ini. Budak-budak zaman sekarang, walaupun baru usia belasan tahun sudah pandai bawa motor sendiri.
Malah ada yang terjun ke dunia rempit. Ibu bapa harus memerhatikan anak-anak mereka, khususnya bila mereka sering keluar malam. Kena pula anak-anak yang sudah diberikan motosikal, panjanglah kaki mereka.
Kita kena jaga bukan sebab apa, kita tak mahu anak-anak yang remaja ini bercampur dengan budak-budak nakal, atau jadi macam ini.
Juga dingatkan kepada pihak Polis agar melakukan tugas dengan bijaksana dan tidak tergopoh-gapah menembak rakyat hanya dengan mengunakan alasan bahawa mereka mencurigakan.
Dalam kes ini pun, Polis jelas terburu-buru kerana mangsa tidak memberikan apa-apa ancaman kepada mereka.
Kita semua kena ingat, Malaysia ini bukan negara koboi. Negara ada undang-undang, sama ada rakyat biasa atau polis, semua kena patuhi undang-undang.

No comments:
Post a Comment