Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, May 14, 2010

Bicara Liwat2 yg berserabut.....Aneh....


Kita tak perlukan seorang pakar sains roket untuk mengetahui bahawa perbicaraan kes tuduhan Saiful Bukhari terhadap DS Anwar Ibrahim adalah satu perbicaraan yang amat memalukan negara.

Peguam terkenal yang juga Ahli Parlimen untuk beberapa penggal dan kini untuk Bukit Jelutong dengan tiket DAP-PR, YB Karpal Singh kini berpeluang menyoal balas Saiful Bukhari selepas penangguhan dibuat mahkamah. Tentu saja ini mengingatkan kita kepada arwah peguam Aris Rizal Christopher Fernando. Al-Fatihah untuk arwah.

Permintaan untuk mendapatkan senarai saksi dan kenyataan Saiful Bukhari kepada polis dinafikan kepada barisan peguam bela DS Anwar Ibrahim. Ini tentulah satu hal yang luar biasa dan satu lagi imej ‘Malaysia boleh’ yang cuba disampaikan oleh institusi kehakiman negara kepada masyarakat dunia.

Sebab itu kami mengatakan bahawa ada beza besar seorang pengamal undang-undang sama ada peguam, hakim dan lain-lain yang lulus peperiksaan semata-mata berbanding mereka yang mendalami keluasan isu keadilan dalam falsafah dan amalannya.

Saiful dalam kenyataan di bawah sumpah di mahkamah mengakui beliau pernah dan telah bertemu dengan beberapa ‘tokoh yang didakwa sebagai penggerak konspirasi terhadap DS Anwar’ beberapa waktu sebelum dan selepas laporan polis dibuat terhadap DS Anwar.

Ini sebenarnya sesuatu yang aneh.

Saiful bertemu DS Najib Tun Razak di rumahnya pada 24 Jun. Kata Saiful, beliau dibawa oleh Profesor Datuk Mohd Khairil Annas. Kami tidak tahu berapa banyak kertas kajian yang dia pernah buat dan dibentang, berapa banyak kuliah dan berapa lama beliau pernah mengajar sehingga mendapat gelar Profesor penuh. Bagaimana dia kenal Saiful harus dikaji. Mungkin bukan Saiful sahaja ‘mat jambu’ yang rapat dengannya.

Apa yang pelik ialah Saiful mengatakan DS Najib skeptikal dengannya dan tidak memberikan apa-apa nasihat. Kita tahu sebelum ini DS Najib ada mengatakan bahawa beliau menasihatkan Saiful untuk membuat laporan polis. Kita belum terlupa DS Najib mengatakan Saiful ada membuat permohonan biasiswa kepadanya. Jika tidak Saiful, barangkali DS Najib yang berbohong. Tidak mustahil kedua-dua berbohong. Kesemua tokoh2 ini wajib hadir ke mahkamah sebagai saksi penting untuk soal jawab setelah nama2 berikut dibaca saiful. Adakah kuasa mahkamah terhalang dengan kuasa tangan ghaib seperti kenyataan KPN tempohari???

Saiful mengatakan beliau dihubungi ACP Mohd Rodwan Yusof (dah jadi SAC II, pun dah bergelar Datuk!) pada 24 Jun selepas bertemu DS Najib. Pertemuan dan kenyataan diambil di Hotel Melia. Wah, layanan kelas pertama!

Kata Saiful, dia dan ACP Rodwan sepatutnya bertemu semula pada 25 Jun tetapi dibatalkan. Lucunya, Saiful menelefon terus kepada Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan untuk ‘mengadu masalahnya’. Sekali lagi, layanan kelas pertama!

Kata Saiful, beliau merekodkan nombor TS Musa Hassan ketika DS Najib menyebut nombor telefon Ketua Polis Negara itu kepada seseorang yang beliau tidak ingat. Lawak apa yang sedang diperbuat ini? Memang Saiful sambil sembang dengan DS Najib dah sedia untuk rekod nombor telefon TS Musa secara impromptu? Mungkin sebenarnya Saiful sudah beberapa kali membuat panggilan kepada ramai pihak sebaik sahaja mendapat maklumat yang dirasakan perlu disampaikan untuk menggagalkan perancangan politik DS Anwar.

Apa yang menarik ialah berdasarkan keterangan Saiful di mahkamah kini seolah-olah cuba untuk ‘menyucikan’ pembabitan DS Najib dan TS Musa. Sebenarnya kami mengesan kempen rakan-rakan UMNO kini cuba untuk mengatakan bahawa kes Saiful dan Anwar adalah kes peribadi, tidak melibatkan parti atau kerajaan. Untuk kami yang sekian kali mendengar tohmah dari mulut busuk mereka yang berharap tuduhan kepada Anwar sebagai satu kebenaran, tentulah peralihan sikap ini sesuatu yang pelik.

Ada sesuatu yang perlu diberi penegasan iaitu dakwaan Saiful bahawa beliau pernah beberapa kali diliwat oleh DS Anwar di dalam dan di luar negara. Beberapa kali. Dalam tempoh singkat tersebut, kami percaya Saiful tentu ingat bila dan di mana. Kita mahu pertuduhan yang jelas. Kita nak tahu berapa kali dan rekodkan sebagai rekod dunia bagi kategori punggung suci yang tidak ada kesan diliwat meskipun beberapa kali melaluinya. Merujuk lapuran 3 doktor pakar-tiada kesan tusukan.

Saiful juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor, mantan Ketua Pemuda PKR yang kini diangkat menjadi Senator oleh kerajaan Barisan Nasional pada 27 dan 28 Jun.

Ezam dan konco-konconya seperti SD Johari kini mengaku percaya bahawa DS Anwar ada melakukan perbuatan terkutuk itu. Tidak dapat dipastikan sama ada selepas ini beliau pula akan mengangkat sumpah mengaku pernah diperlakukan begitu oleh DS Anwar. Apa yang pasti, dakwaan Ezam ini hanya diasaskan kepada panggilan DS Wan Azizah dari luar negara kepada Ezam (sebagaimana yang dikisahkan mereka) untuk memastikan tidak ada sesiapa tinggal berdua dengan DS Anwar, wanita atau lelaki.

Kami mengesan kebebalan di sana. Tidakkah Ezam dan konco-konconya tahu bahawa pesan DS Wan Azizah itu tidak lebih daripada mengelakkan DS Anwar difitnah sekali lagi dan mereka sekeluarga terpaksa menelan kepahitan dengan hempedunya sekali?

Tidakkah Ezam, dengan segala sumpah yang beliau titipkan selama ini mahu pula mengisahkan bahawa beliau tidak pernah tahu ada tokoh yang terlibat dengan kes Norita dan Altantuya atau setidak-tidaknya tidak pernah mendapat maklumat apa-apa berkaitannya?

Tiba-tiba beliau hilang minat mencari kebenaran, begitu?

No comments: