Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, April 30, 2010

Jangan Risau....Jasamu dikenang...

Sumber: Sinar Harian: Ezam Senator gugat PKR ?

SHAH ALAM – Pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor sebagai senator dilihat sedikit sebanyak memberi kesan dan menjejaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.

Menurutnya, Ezam yang dilihat sebagai ‘musuh ketat PKR’ kini mempunyai platform atau ‘pasport’ yang rasmi sebagai senator di Dewan Negara.

“Saya yakin dengan pelantikan Ezam sebagai senator sedikit sebanyak memberi kesan kepada masa depan PKR dan juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas mengenai pelantikan Ezam sebagai Senator, Atory berkata, Yang di-Pertua Agong di atas nasihat Perdana Menteri berhak melantik sesiapa sahaja yang dirasakan layak untuk menjadi ahli dewan negara.

Malah, menurutnya, sebagai pemimpin muda UMNO yang berpotensi tinggi, mempunyai visi dan ketokohannya, Ezam berkelayakan dilantik sebagai wakil generasi muda di Dewan Negara untuk mengetengahkan masalah dan inspirasi generasi itu.

Ahmad Atory berkata, masa depan politik Ezam dalam UMNO juga dilihat cerah dan tidak mustahil dalam pemilihan UMNO akan datang, beliau juga akan tersenarai memegang jawatan dalam parti.

“Saya percaya Ezam boleh pergi lebih jauh dalam hierarki kepimpinan UMNO. Dalam usianya yang masih muda dan di atas sokongan Perdana Menteri tidak mustahil beliau menjadi ikon golongan muda di dalam UMNO.

“Apatah lagi dengan kelebihan berpidato, bertenaga dan pengalaman politiknya dalam UMNO dan PKR menjadikan masa depan politik Ezam cerah,” katanya.

Ahmad Atory juga membayangkan tidak mustahil pada pemilihan UMNO akan datang Ezam akan menerajui jawatan Ketua Pemuda UMNO atau Naib Ketua Pemuda UMNO.

Ezam adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selain Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, Pengerusi Eksekutif Rahim & Co., Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin ini.

Ulasan:

Najib kini sedang melunasi janji dan memberi penghormatan orang yang menyokongnya tanpa sangat mengira jasa mereka kepada nusa dan bangsa.

Apakah habuan itu kerana janji atas sesuatu yang dilakukan oleh individu ini atau individu ini yang menagihnya sebagai gaji atau upah, tak kisah. Yang penting selepas berlalu pilihan raya kecil Hulu Selangor Najib kini menyampai hadiah dan imbuhan.

Antara mereka yang mendapat ‘penghargaan’ dari Najib ialah Presiden Mubarak, Abu Zahar Ujang, yang dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Negara, Timbalan Presiden MIC, Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor yang dilantik menjadi senator bersama dua yang lain.

Selalunya mereka yang dilantik menjadi senator adalah mereka yang cemerlang dari berbagai bidang profesional. Seorang tokoh yang berpengalaman dan ada kebolehan. Apakah keistimewaan orang-orang ini dilantik menjadi senator. Apakah ia bermeritkan kepada ketokohan mereka ataupun kerana apa?

Kami tidak mahu merendahkan mereka. Kesemuanya ada kelebihan dan kehebatan masing-masing. Tetapi jika hendak dilihat bukan saja mereka berempat atau bertiga yang hebat, tetapi masih banyak dalam Umno dan setia dengan Umno juga layak untuk menjadi ahli senet.

Malahan mereka yang lain lebih lama dan besar jasa mereka. Tetapi kenapa mereka?
Inilah yang menjadi pertanyaan atas dasar dan merit apa mereka dipilih? Penyegeraan perlantikan mereka ini juga menyebabkan ada tuduhan mereka telah berjasa besar kepada Najib dan bukan kepada negara, bangsa dan agama.

Perlantikan senetor adalah kuasa mutlak Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Beliau bebas untuk melantik sesiapa saja dan dari bidang apa saja. Perlantikan itu tidak boleh dipertikaikan, kerana itu kuasa prerogatif Najib sebagai PM. Tetapi begitu pun ia tentu ada meritnya.

Siapa dia Abu Zahar Ujang? Dan apakah jasa besar beliau kepada negara dan Najib dalam konteks ini? Sudah pasti ada sesuatu yang istimewa buat Najib untuk melantiknya.

Seorang penganalisis politik yg terkenal mendedahkan satu perisitwa yang berlaku 2 tahun lalu menjelang saat permilihan kepimpinan dalam Umno. Satu pertemuan di KLCC di pejabat Dr Mahathir Mohamad telah diadakan. Dalam pertemuan ini hadir beberapa bekas pemimpin Umno yang skeptikal dengan Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. (Teringat bagaimana Raja Komando di panggil oleh Aziz Shamsuddin, strategi 1997-1998 menjatuhkan Anwar Ibrahim)

Pertemuan itu membincangkan mengenai cara untuk menjatuhkan Abdullah. Ia diadakan selepas Najib yang kelihatan penakut untuk mencabar kedudukan Abdullah sebagai perdana menteri. Perjumpaan itu telah mengambil konsensus untuk meregukan Tengku Razaleigh Hamzah untuk melawan rejim lemah Abdullah Ahmad Badawi. Tengku Razaliegh akan bertanding merebut jawatan presiden manakala Muhyiddin, sebagai Timbalan Presiden.

Katanya, Abu Zahar mengetahui konsensus ini telah memaklumkan kepada Najib. Maklumat itu menyebabkan Najib gelabah dan tergesa-gesa memanggil ahli keluarganya dan juga penyokong setianya bagi membincang konsensus itu. Selepas mendapat maklumat itu kata Najib telah mengubah sikap bersedia untuk mencabar Abdullah Badawi.

Apabila Najib menggerakkan jentera perang sarafnya akhirnya menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi terpaksa membuat pengumuman berundur. Dengan itu juga konsensus untuk meregukan Tengku Razaleigh dengan Muhyiddin tidak menjadi.

Apakah kerana jasa itu maka Abu Zahar diberi penghormatan dengan melantiknya menjadi Yang Dipertua Dewan Negara? Kalau benar ini bermakna pemilihan Abu Zahar bukan kerana jasa dan kecemerlangannya sebagai seorang tokoh politik tetapi kecemerlangannya kerana telah menyelamatkan Najib Razak dari ditentang oleh Muhyiddin dan Tengku Razaleigh.

Bagaimana pula dengan perlantikan Ezam Mohd Noor? Apakah Ezam telah memberi jasa dan bantuan besar kepada Najib atau lebih besar dari Abu Zahar? . Ezam bukan saja pantas menjadi ahli parlimen atau ahli dewan negara, tetapi jauh dari itu. Ezam seorang yang mempunyai telent untuk jadi pemimpin di masa depan. Ia terserlah sejak menjadi pemimpin muda Keadilan lagi.

Apabila beliau keluar Keadilan dan menyertai Umno, beliau tidak habis-habis menyerang bekas bosnya Anwar Ibrahim. Ezam tidak sangat mengkritik dasar parti PKR yang disertainya, tetapi beliau membelasah Anwar Ibrahim. Di samping belasah Anwar beliau memuji Najib sebagai seorang yang bijak. Hanya dengan menggunakan kredik yang dibuat Anwar kononnya mengatakan Najib sebagai seorang bijak, Ezam menjadikan modal untuk memuji Najib.

Itulah jasa Ezam yang di lihat sehingga beliau diangkat menjadi senator. Ertinya jasa dan kelebihan Ezam bukan pada yang lain tetapi pandai memuji dan mengkosmetikkan imej Najib. Ia ditambah dengan kritikan tidak henti-henti terhadap DSAI. Mungkin atas ketrampilan itulah maka Ezam dikira Najib wajar berada di senat untuk terus menggilap Najib sebagai seorang PM yang bijak. Kalau itulah dasar pemilihan Ezam ini bermakna Ezam akan menambahkan satu lagi rubber stam di dewan negara.

Kepada Abu Zahar Ujang atau Ezam Mohd Noor, perlantikan mereka oleh PM Najib adalah tepat. Stail politik negara ini, seseorang itu akan dikatakan hebat dan cemerlang sekiranya mampu menggilap seseorang yang menjadi ketuanya. Dan ketuanya pula akan menjadi cerah mata untuk melihat orang-orang yang boleh menjaga maruah dirinya, kepentingan peribadinya, walaupun seseorang jasanya kepada agama dan negara masih belum sampai secupak.

Dalam UMNO BN, kepada mana-mana orang dan individu yang ingin menjadi senator atau menteri, jangan tumpukan sangat berbuat jasa kepada agama dan negara, ia tidak akan dinilai untuk diangkat menjadi anggota senat, sebaliknya berlumbalah untuk berjasa kepada PM dan membina kilang ampu yang besar dan lebih canggih. Sesiapa yang dapat menaikan imej perdana menteri ataupun menyelamatkan PM dari ditimpa musibah, mereka akan dinilai dan akan diberi habuah berupa pangkat dan jawatan serta merta.

Padan muka puak2 UMNO..setia bagai nak gila pada parti akhirnya, orang macam Ezam yg dah lumat mengutuk, mengeji, menghina, menuduh macam dengan pelbagai gelaran..akhirnya diberi jawatan SENATOR.

Habis..macamana dgn mereka yg sejak awal sampai hari ini tidak pernah berpaling tadah kepada UMNO tu? Apa hadiah PM untuk para pemuka UMNO yg bergelar dan berpengaruh terutamanya?...Kalau Ezam yg pernah menderhaka kepada UMNO, Rais Yatim pun sama diberi jawapan dan hadiah yg memang dikejar oleh begitu ramai pemuka UMNO tiba-tiba Ezam rampas begitu mudah..Nampaknya, PRU13 nanti, protes rakyat ( ahli UMNO ) akan lebih hebat. Rasanya Ezam bakal calon Parlimen untuk Shah Alam nanti...tetapi bakal tewas dgn pukulan KO kerana ahli UMNO pasti akan menjatuhkannya..

Apapun 'tahniah' buat Ezam , G. Palanivel..orang lain 'berpeluh darah' untuk rakyat mereka ni senang lenang di beri jawatan SENATOR..memang begitu UMNO ni. Kami menyeru kepada semua pemuka UMNO, masuk lah pembangkang kalau nak jawatan dalam UMNO..lepas lanyak, hentam, kutuk, dan fitnah macam2..kemudian isytihar masuk UMNO..barulah UMNO nampak anda ( mereka yg berpaling tadah ) seorang yg hebat...lebih baik berpaling tadah sekarang..sebab dekat PRU13 nanti, tunjukkan kederhakaan anda kepada UMNO..supaya UMNO sedar anda memang orang yg hebat. Buktinya..lihat pada EZAM..RAIS. Dia dapat hadiah lumayan sekarang. Hadiah yang lumayan juga sedang menanti diagih kepada Badrul Klang, Zaharin, Osman, Jamaluddin, Zulkefli Nordin dan mungkin ramai lagi.

Sementara itu di Kuala Pilah saudara Ruslan Kassim dan Shamsol Bahari bekas pemimpin PKN belum cukup bijak dalam rencah politik, dan harus terus menuntut daripada Ezam. ""Cakap tak serupa bikin. Bikin tak serupa cakap""".





No comments: