"Memang sudah menjadi resam dan adat Umno BN melanggar dan menyanggah undang-undang yang dicipta mereka sendiri. Jika mereka tidak berbuat demikian itu menandakan mereka buang tabiat. Undang-undang dan peraturan seolah-olah bukan untuk mereka tetapi untuk orang lain. Mereka 'imune', kebal dan tidak 'makan' undang-undang. Sebab itulah awal-awal lagi sehari dua selepas Ahli Parlimen Hulu Selangor meninggal, BN telah melanggar undang-undang.
Buktinya jelas, Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung.
Dua hari secara jelas dan terang orang No 1 dan No 2 Umno/BN menyogok rakyat dengan janji pembangunan berupa sekolah, rumah dan lain-lain kepada rakyat di Hulu Selangor. Tidakkah ini bertentangan dengan Akta di atas?
Malangnya SPR turut bersekongkol dengan 'Imam 1Malaysia' ini apabila tidak ada satu tindakan konkrit diambil ke atas mereka.
Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen kerana pilihan raya kecil Hulu Selangor masih belum bermula lagi, namun itu hanyalah lakonan semata-mata kerana ianya tidak disusuli dengan tindakan tegas.
Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar sebelum itu berkata, kempen tidak boleh dijalankan kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.
Terbukti BN bukan sahaja berkempen awal tetapi menggunakan kaedah sogokan rasuah pembangunan yang jelas bertentangan dengan Akta dan Peraturan Suruhanjaya Pilihanraya.
Kami menggesa SPR supaya bertindak tegas bagi menangani masalah kebobrokan BN yang membelakangkan undang-undang dan peraturan ciptaan mereka sendiri.
@PR Juasseh/Jemapoh@
No comments:
Post a Comment