Akhirnya, Zaid Ibrahim, calon PKR-Pakatan Rakyat tewas kepada calon MIC-Barisan Nasional, P.Kamalanathan dengan beza 1,725 undi. P.Kamalanathan memenangi 24,967 undi, sementara Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi, dengan 731 undi rosak.
Dengan kata lain, BN berjaya mencapai kemenangan ketiganya dalam 10 pilihan raya kecil selepas PRU ke-12. Juga, kekalahan PKR-PR ini menjadikan bilangan kerusi Dewan Rakyatnya menurun kepada 77 kerusi. Seandainya berlaku lompatan tiga orang lagi dari PR, maka PR akan undur dan bertahan pada paras satu pertiga (74 daripada 222 kerusi).
Pilihan raya kecil Hulu Selangor ini mencatat kadar pengundian setinggi 75.87%, dengan 48,935 orang keluar mengundi, pada hari ini. Hulu Selangor merupakan kawasan pengundian parlimen luar bandar, dengan jumlah pengundi sebanyak 64,500 orang (termasuk 799 orang pengundi pos), terdiri daripada 52.7% Melayu, 26.3% Cina, 19.3% India, 1.1% orang asli dan 0.59% lain-lain.
Pada PRU ke-12, dengan kadar pengundian 75.24%, Allahyarham Zainal Abidin Ahmad yang menyarung jersi PKR memenangi 23,177 undi (48.7%), menewaskan G.Palanivel dengan majoriti 198 undi.
Rujukan:
Undi Melayu Felda Umno: enam daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu: Kpg Soeharto (66.1 peratus mengundi BN), Gedangsa (60.6), Sungai Tengi (68.4), Batang Kali (61), Hulu Kali (62.7) dan Sungai Buaya (73.5)
Undi PKR:. Kalumpang (77.2 peratus mengundi PKR), Ulu Yam Timur (71.1), Kerling (68), Kuala Kubu Bharu (78.4), Kampung Baru Batang Kali (80.5), Ulu Yam Lama (71.1) dan Kampung Baru Rasa (82.5).
Syabas dan tahniah kepada kesemua jentera Pakatan Rakyat yang berkampong selama seminggu.....Manaka jentera dari Kuala Pilah telah berjaya mengharungi tugasan ini dengan berlapang dada. Kami turut membantu membuat culaan dan merayu undi di Kawasan Kerling Kg Air Panas. Keringat saudara-saudara yg dicurahkan tanpa keluh kesah menjadi satu kekuatan yg bakal di bawa ke kampong halaman sendiri dan pembakar semangat tika PRU13 nanti.
Di peringkat awal perjumlahan rasmi undi, Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR mendahului Kamalanathan ketika keputusan 100 daripada 137 peti undi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Ketika di peringkat itu Zaid berada di depan dengan majoriti antara 1,000 hingga 1,500 undi.
Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan itu apabila peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan.
Ketika di peringkat itu Zaid berada di depan dengan majoriti antara 1,000 hingga 1,500 undi.
Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan itu apabila peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan.
Sebahagian faktor menyumbang kemenangan BN dgn belanja RM65k setiap pengundi (Klik) lain tak bukan wang besar atau gula-gula yang ditawarkan kepada pengundi-pengundi melayu. Sekali lagi Melayu Felda Selangor terdedah dengan kemiskinan maruah, ekonomi dan fikiran, dijual beli dengan mudah oleh Umno BN dengan wang ringgit dan kebendaan. Kami teringat buku "Muntah" Prof Shanon bahawa Melayu diumpamakan oleh UMNO BN seperti membela ayam. Ditabur padi waktu diberi makan dan disembelih sesuka hati bila berkehendak.
Sementara itu jelas berlakunya fonomena samseng dimana MPT Chqu Bad dan YB Zuraidah di serang menggunakan parang. Talihayat budaya UMNO BN yg tak mungkin pupus budaya "pengundi hantu" masih berluasa. Harakahdaily menyiarkan satu laporan polis oleh seorang pengundi yang mendapati ada orang lain yang telah mengundi di tempat beliau.
Artikel terbaru Harakahdaily bertajuk ”Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor”
Kempen BN menyerang peribadi Zaid juga berjaya dan isu hudud, arak dan judi menyukarkannya mendapat undi orang Melayu. Lebih-lebih lagi Melayu UMNO. Di kawasan FELDA ada peneroka yang menyangka pemberian air percuma diberikan oleh kerajaan pusat BN dan bukannya kerajaan PR Selangor.
Sabotaj daripada pemimpin dan ahli PKR tempatan yg kecewa kerana tidak disenaraikan sebagai calon seperti Dr Halili yang juga bekas bendahari PKR Hulu Selangor dan antara pengasas PKR, juga menyulitkan peluang PKR meraih undi Melayu. Trend melompat pemimpin PKR di negeri-negeri lain juga membantu. BN membentuk persepsi pengundi Melayu bahawa calon PKR tak boleh dipercayai dan jika mereka menang tak mustahil mereka akan lompat parti.
UMNO Shah Alam dan PJ Utara juga berjaya membantu kemenangan calon BN. AJK Pemuda UMNO Shah Alam adalah calon bebas yang kemudiannya menarik diri. Ketua biro politik UMNO Shah Alam adalah mantan pemimpin muda AMK. Kali ini Ezam pasti tersenyum kerana melihat rakan-rakannya di dalam PKR tersungkur dan dia juga turut menyumbang kalau tak banyak sedikit dalam kemenangan BN di Hulu Selangor.
Ketika kaum Cina masih setia dengan PR keadaan yang sebaliknya berlaku pada pengundi India. Ramai yang berpendapat kalau calon Melayu nescaya PKR yang menang dan kaum India mengundi atas dasar calonnya sebangsa dengan mereka. Biarpun 75% undi kaum Cina kepada PKR tetapi belum mencukupi kerana pengundi Cina sekitar 26% sedangkan pengundi Melayu 52%.
Ahli korporat juga turut membantu UMNO dan BN memenangi PRK Hulu Selangor. Tokoh tak asing,Tan Sri Rozali Ismail bos SYABAS yang juga anak peneroka FELDA GEDANGSA. Tak heranlah dana umno menghadapi PRK Hulu Selangor meningkat. Khabarnya beliau juga adalah bendahari UMNO Selangor. Patutlah mat rempit yang terdiri daripada budak sekolah memakai baju yang mempunyai nama SYABAS di depannya.
Budak-budak sekolah inilah yang menganggu kelancaran ceramah PR dengan membuat bising ketika berkonvoi melalui premis ceramah PR dan mereka melakukannya berulang kali. Eloklah SPR menyiasat penglibatan budak sekolah membantu BN dalam pilihanraya yang telah dilakukan dalam siri-siri PRK yang lepas. Apakah mereka ini diupah atau ditaja pihak tertentu? SPR perlu telus dan adil dan jika tidak rakyat akan melihat SPR memihak BN.
Fakta yang perlu diambilkira ialah pengundi di empat gugusan FELDA sekitar 6900 orang. FELDA juga talian hayat terakhir UMNO. 54 kerusi parlimen adalah di kawasan FELDA dan pada PRU12 UMNO hanya menang 78 kerusi parlimen. Pakatan Rakyat kena mainkan peranan lebih membantu PR menarik sokongan generasi kedua FELDA. Kini kerajaan PR Selangor dah ada musuh ketatnya.UMNO Shah Alam dan PJ Utara dan juga Tan Sri Rozali Ismail bos SYABAS.
Benarkah SYABAS membayarnya gaji 425 ribu sebulan. Kalau benar setahun dah dapat RM5 juta lebih. SYABAS juga menyaman kerajaan PR Selangor kerana enggan menaikkan harga air. Apa kata rakyat Selangor kelak. Patutlah gaji bos SYABAS mahal pasal airnya mahal. Itulah persepsi rakyat selangor nanti. Sekurang-kurangnya selangor beri air percuma kepada rakyatnya BN yang memerintah negara beri air percuma kepada rakyat singapura dengan kadar 3 sen seribu gelen.
Kini Hulu Selangor telah dicemari dengan nila berwarna biru. Kerajaan PR Selangor perlu sentiasa bersiap siaga agar setitik nila ini tak menjadi gelombang biru. Itulah harapan kami dan penyokong PR yang lain. Fakta yang perlu diberikan perhatian, parlimen hulu selangor mempunyai 3 dun. Dun batang kali yang dulunya Mat Taib mantan MB Selangor jadi YBnya. Melayu di sini majoriti lebih 60%. Dun Hulu Bernam Melayunya majoriti melebihi 70% dan DUN Kuala Kubu Bharu penduduknya adalah majoriti kaum cina dengan 60%. Bermakna Melayu Hulu Selangor Melayu Umno. PRU12 tempohari mereka undi arwah MP kerana ketokohannya sebagai mantan timbalan MB Selangor dan protes terhadap Palanivel.
Kepada semua pendokong dan penyokong parti-parti dibawah naungan Pakatan Rakyat, terimalah kekalahan ini dengan hati yang terbuka, jiwa yang besar dan muafakat yang jitu! kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat. Pemimpin dan jentera....dekati pengundi2 selami masalah mereka di samping membuat culaan tanpa hentinya.
Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.
Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.
Adakan selepas ni 'post mortem' yang merangkumi ketiga-tiga parti utama ini, bukan hanya sekadar dalam parti-parti kerana rosak satu parti maka rosaklah keseluruhan gabungan kesayangan dan harapan rakyat Malaysia ini..
No comments:
Post a Comment