Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Wednesday, July 15, 2009

Manek Urai-Signal dan Satu Kejujuran

Rabu 15hb Julai 2009

Kemenangan tipis satu peringatan untuk Pakatan (siasah)



Kami tertarik dengan kenyataan Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dalam Malaysiakini yang turut mengulas kemenangan tipis PAS di Manek Urai.

Ubat selalunya pahit dan yang manis tak semestinya baik.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja. Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Kenyataan jujur pimpinan PAS disemua peringkat amat diperlukan tanpa mengira apa jua jenis isu. Tanpa berselindung ahli ahli serta penyokong atas pagar lebih mengetahui arah tuju sebenar parti dari asyik berteka teki dan lebih dahsyat lagi bersandiwara.

Kejujuran amat perlu dalam menilai kekuatan diri kita. Kepahitan harus ditelan jua dalam usaha kita memperbaiki diri. Kenyataan jujur dari Sdr Setiausaha PAS Kelantan ini wajar dikaji.

Katanya, salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN. Menjadi cabaran pimpinan baru sekarang ini, bagaimana mengambil hati anak muda kembali menyokong kita.

Seperti kata DSAI, jangan meremehkan kebijaksanaan rakyat.

Kami tak tau la apa orang kata, tapi tak syok sangat bila alasan alasan seperti rasuah politik la, janji manis UBN la dan berbagai lagi alasan yang diaju sebagai mewajarkan kemenangan tipis PAS di Manek Urai. Masaalah dalaman yang lebih kronik di sepikan. Sebab utama penyokong bebas larikan setia dipandang remeh.

Bagaimanapun kurang setuju pandangan Mohd Zaki mengatakan pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN amat dikesali.

Sikap politik orang muda kritis. Mereka lebih terdedah pada hawa sebenar politik negara. Janji kedamaian jiwa lebih membuai hati muda mereka jika kena dengan kaedah dan pendekatan yang betul.

Bagaimana mereka boleh pertaruhkan masa depan mereka pada sebuah parti penyatuan yang longgar dan bermusim malah lebih asyik dengan percakaran dari memahami mereka. Mereka mencari kawan yang paham dari ayah yang asyik memerintah dan menghukum. Signal pengundi2 cukup jelas, Semua pimpinan yg telah di beri mandat sewajibnya merapatkan saf dan memberi peluang menjelaskan perbedaan pendapat dengan di tangani secara bijak dan berhemah. Elakan pertikaian siapa parti yang lebih dominan dan pergeseran yg bakal membawa kebosanan pengundi2 dengan sikap yg kurang intelektualnya.

Kerja2 parti dgn menyusun satu sistem pentadbiran yg bersistematik, masih banyak lagi yg tertangguh.

PR adalah satu wadah yg bakal membentuk kearah Malaysia lebih adil dan berperinsip. Satu wadah yg sentiasa diberi perhatian arah tuju dengan pendidikan mematangkan dan merakyatkan.

@@ Bro Luv @@

2 comments:

Anonymous said...

Pada firasat saya, ini menunjukkan pengundi sebenarnya mahukan kerajaan perpaduan. ia dilihat dapat mengukuhkan lagi islam di msia.

Abang Ily said...

Kerajaan Perpaduan (UG) dah tutup buku. Pimpinan PAS dan PR anggap itu isu lapuk. Gula-gula UMNO untuk PAS. Selepas MU makin jelas UG sebagai talian hayat UMNO yang terakhir. Orang bijak hanya jatuh dalam lubang sekali...

Kalau UMNO nak martabatkan Islam dah lama boleh buat. Kuasa ada, dana ada, facility cukup. Buat masjid je tak cukup kalau pengajaran Islam yang syumul dihalang. Al-Quraan boleh didendang dan dihafaz, tetapi bila dikupas bisa di tuduh berpolitik didalam masjid. Mencemari masjid.

Abdullah bin Ubai pun buat masjid, tapi Rasullalah dipimpin Jibrail supaya jangan ke sana. Tokoh munafik ni solat tunggang-tunggit jugak belakang Rasullulah. Depan manis tapi kelinking berkait. Manusia selalu terkasima kebaikan orang. Hanya Allah tempat meminta pertolongan.

Islam bukan agama (religion) tapi cara hidup. Bukan solat, puasa je Islam. Politik juga bertunjangkan Islam. Sebab itu TGNA tetap jadi ikon. Tarbiahnya lahir insan seperti Abe Uji. Peraih Ikan yang berjaya dan dihormati. Raut wajahnya cukup menyenangkan jiwa. Pohon rendang buat berteduh.

Apa guna segolong ijazah kalau kosong batinnya. Hidup bukan nak bertongkat langit.