Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, July 5, 2009

Siapa Yg Di Beri Amaran ??

Semalam 4hb Julai 2009

Akhbar Sinar, N6, menyiarkan tajuk "Amaran kepada ahli Pas". Menurut akhbar itu, amaran tersebut dibuat oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS.

Saya memahami bahawa amaran tersebut merujuk kepada kepimpinan parti yang mengeluarkan kenyataan berkaitan kerajaan perpaduan dalam apa jua bentuk, termasuk rancangan mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka dengan Pemuda UMNO yang diusahakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS.Betul ke begitu? Jika betul, baguslah. Pemimpin yang buat hal, dialah yang patut diambil tindakan. Jangan ambil tindakan terhadap ahli-ahli pulak.

Wancana Ilmiah ?

Kami lihat dari jauh, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat adalah seorang yang berilmu dan berani, sekurang-kurangnya. Tahniah kerana beliau menjadi Ketua DPP tanpa bertanding. Namun, kami berpendapat usaha beliau untuk berwancana Ilmiah Terbuka dengan Pemuda UMNO bukanlah suatu usaha yang patut atau sesuai pada masa kini.

Beliau, sebagai ketua baru, sepatutnya menyemak kerja-kerja tertangguh dalaman DPP. Tak kan semua kerja dalaman DPP 100% terlaksana, 100% memuaskan dan 100% tamat. Jika 100% terlaksana, memuaskan dan tamat sekalipun beliau perlu merangka banyak lagi program dalaman untuk DPP, PAS dan PR. Sekurang-kurangnya merangka penubuhan Institut Terbuka Siyasah atau Institut Latihan Pentadbiran Negara, sebagai contoh.

PAS dan PR sekarang ini ada negeri-negeri yang dikuasai. Sedangkan, sebagai contoh, tidak semua YB dianggap memuaskan dalam tugas-tugas mereka. Ketua-Ketua Kampung yang dilantik, tidak semua mempunyai tarbiyah untuk mentadbir kampung secara yang betul lagi Islamik. Dan banyak lagi contoh-contoh lain.

Daripada keluar mencabar Pemuda UMNO berWacana Ilmiah Secara Terbuka lebih baik jika DPP menyediakan pelbagai program yang merupakan persiapan untuk PAS dan PR mentadbir negara selepas PRU-13? Saya kira berWacana Ilmiah, walaupun secara terbuka, dengan Pemuda UMNO adalah kerja pembaziran dan banyak mengundang pergeseran antara sahabat2 didalam PR sendiri.

UMNO sudah terdidik dgn sekian lama, taktik pemusnah dan muslihat yg tersembunyi. Rata2 pemimpin Umno Kuala Pilah juga pendendam dan tiada rasa persaudaraan walau pun tangan di sambut bersalaman tetapi jiwa bersarang dengan ombak khianat. Dalam kelompok Umno sendiri, sering bercakaran jatuh menjatuh dan fitnah memfitnah.

DPP dan sekadar hendak menguji taji semata-mata.

@@ PR Juasseh/Jemapoh @@

1 comment:

Anonymous said...

pas bertanggungjawab memantabkan saf din9,keadaan pas rata rata dikawasan n9 ini bagaikan batuk dibawah tangga.cawangan yang ada tidak punyai roh dan jiwa yang boleh memungkinkan sebarang daya tarikan untok memperjuangkan apa yang dilaungkan,kalau dah tak hendak ubn mengapa membuang masa menyalak bukit lagi.kesenambungan dari pemuda dan rangkaian lain dari pas pusat tidak menerjah keakar umbi para warga penggundi biasa din9.kehadhiran pas hanyalah sekadar bernyawa atas kekuatan tgna dan pemimpin seangkatan beliau sahaja.