Majlis Pakatan Rakyat
Wednesday, October 8, 2008
Strategi Atau Helah Abdullah Badawi???
Pak Lah umum tidak akan bertanding jawatan Presiden Umno
Perdana Menteri kita Dato Seri Abdul Ahmad Badawi hari ini 8 Okt 2008 telah mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding kerusi jawatan presiden umno yang akan berlangsung Mac tahun depan. Maka gegak gempitalah bumi Malaysia dengan pengumuman Pak Lah perdana menteri Malaysia ini yang sememangnya telah dijangkakan. Bergegaslah penyokong yang telah diberi upah dan duit tambang pergi ke Putrajaya dengan membawa kain rentang yang telah diberikan bagi menyatakan sokongan terakhir kepada Pak lah perdana menteri . Maka tersenyumlah Pak Lah dalam tangisan dan beliau merasakan rupanya masih ada sokongan rakyat terhadapnya.
Najib mula buat muka selamba, Najib cuba mengambarkan kepada dunia seolah-olah beliau tidak redha dengan pengundurun diri Pak Lah sebagai Presiden dan Perdana Menteri Malaysia. Najib cuba menerankan air mata apabila mendengar keputusan Pak Lah bagi menggambarkan keikhlasan hatinya kepada Pak Lah. Tangisan dalam ketawa Najib itu tetap dapat dibaca rakyat jelata. Rosmah menjerit bagai histeria kerana tahu suaminya akan menjadi Perdana Menteri kelak, jadi hantu altantuya pasti tidak akan berani menghampiri atau menganggu tidurnya lagi.
Mahathir tersenyum ceria, namun jauh disudut hatinya dia masih curiga dengan pengumuman Pak Lah ini. Mahathir masih tidak percaya yang Pak Lah akan benar-benar melepaskan jawatan perdana menteri Mac tahun depan. Pasti kalau boleh, Mahathir mahukan Pak Lah melepaskan jawatan perdana menteri minggu depan.
Walaupun kami tidak sehaluan dengan Mahathir, namun hati kecil kami turut merasakan yang Pak Lah mungkin ada muslihat dengan pengumuman beliau melepaskan jawatan Mac depan. Dalam tempoh lima bulan ini, macam-macam boleh berlaku. Mungkin Pak Lah membuat pengumuman tersebut, kerana hanya mahu meredakan tekanan pelbagai pihak keatasnya bagi melepaskan jawatan. Dalam dalam tempoh lima bulan ini perancangan sudah siap sedia terancang bagi Pak Lah meneruskan kuasanya. Mana bisa menantunya Khairy Jamaluddin membiarkan bapa mentua kesayangannya berundur begitu sahaja sedangkan dia belum cukup dalam kerajaan Barisana Nasional. Dalam pada yg sama, DSAI dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat akan membentuk arah tuju yg lebih berkesan dlm mengambil alih kerajaan dlm masa yg terdekat. Walau pun sebelum ini 49 MP BN di larikan ke Taiwan, bercadang untuk berjumpa Pak Lah tetapi di tolak dan mendesak di adakan sidang dewan tergempar dan terbaru cubaan untuk menghalang kebangkitan rakyat dengan campur tangan pendakwara raya, memindahkan kes DSAI ke mahkamah tinggi.
EKONOMI NEGARA SEMAKIN MERUNDUM
Mungkin ada diantara kita yang masih belum perasan atau terasa yang kini gelombang kegawatan ekonomi dunia semakin hari semakin menghampiri Malaysia. Cetusannya mula berlaku di negara kapitalis nombor satu dunia iaitu Amerika Syarikat. Bank-bank di Amerika kini sedang mengalami krisis kewangan yang hebat, syarikat-syarikat besar kapitalis di Amerika kini sudah banyak yang jatuh bangkrap dan nilai dollar serta mata wang utama dunia kini mula jatuh menjunam. Indeks-indeks pasaran saham dunia juga kini kian menjunam.
Arus ini akan merebak ke seluruh dunia terutama kepada negara yang bergantung ekonomi kapitalisnya dengan Amerika Syarikat termasuklah Malaysia. Mungkin dalam tempoh tiga atau enam bulan lagi gelombang itu pasti akan sampai ke Malaysia dan ramai penganalisis ekonomi dunia meramalkan yang krisis ekonomi yang bakal berlaku nanti lebih parah dari krisis ekonomi yang berlaku pada 1997 dan 1998 dahulu.
Pada 1997 dan 1998 dahulu Malaysia mengalami krisis ekonomi kerana kebodohan Nor Mohemad Yaccob yang memperdagangkan Ringgit Malaysia di pasaran dunia lantas diambil kesempatan oleh pedagang-pedagang mata wang dunia hingga menyebabkan kejatuhan nilai Ringgit dan inflasi melambung tinggi. Tetapi kini, krisis ekonomi yang bakal berlaku adalah disebabkan oleh kejatuhan ekonomi Amerika yang merupakan “ibu” segala kapitalis, sudah pastinya krisis yang bakal kita hadapi kelak adalah lebih teruk dari 1997/1998.
Inilah hukum kapitalis, setiap 10 tahun sekali mereka akan membenarkan kegawatan ekonomi ini berlaku demi mengimbangkan keuntungan mereka. Maka natijahnya nanti yang boleh kita lihat:-
Banyak kilang-kilang akan ditutup
Ramai rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan
Graduan yang telah dan akan menamatkan pelajaran akan gelap masa depannya
Penganguran akan meningkat dengan berlipat kali ganda
Jenayah kemanusiaan dan harta benda akan meningkat
NAJIB YANG JADI MENTERI KEWANGAN AKAN PENING KEPALA DAN MUNGKIN SUKAR UNTUK DIA MENJADI PM (Sebab tu Pak Lah lepas siap2 jawatan Menteri Kewangan kepada Najib sebab dia nak Najib tanggung semua ni)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment