Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, October 17, 2008

Semangat Reformasi Idil Fiftri Dari Pak Wan Ismail


Picasa Web Albums - budak - 11#(Klik gambar2) Jamuan Sambutan Idil Fiftri PKR Parlimen Kuala Pilah pada tahun ini telah di adakan Di Dataran Ilmu & Islah Jemapoh berhadapan dengan Pejabat Pakatan Rakyat DUN Juasseh. Telah di hadiri oleh para pejuang reformasi dari semua peringkat Dun Dan Bahagian..Wakil rakyat Sikamat telah memberikan ucapan hakikat pengertian syawal kemenangan perjuangan dan di selang seli oleh beberapa calon wakil rakyat dari PAS dan PKR. Kemeriahan lebih terasa setelah sampainya Pak Wan Ismail ayahanda Dato' Seri Wan Azizah (Presiden PKR). Walau agak lewat atas kesibukan rumah terbuka beliau sendiri pada hari yg sama. tetapi semangat jitu dan keinginan berjumpa bertemu sendiri reformis2 Kuala Pilah, maka beliau gagahkan juga menghadhiri jemputan kami. Pengalaman perjuangan untuk negara sewaktu bertugas sebagai ahli parlimen dan bertugas di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini, dapat kami sama2 hayati dengan kusyuk dgn penuh keinsafan. Moga SYAWAL tahun ini, bermulanya rintisan perjuangan kearah kemenangan yg di panggilan HAKIKAT PERJUANGAN & KEMENANGAN.

2 comments:

Suli & Janggut & Bro Luv said...

nak update gambor2 yg lain jap...

Hazman Hashim said...

Jangan toleh belakang. Kita bersama tempuhi api lautan untuk kemenangan.