Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Monday, October 20, 2008

Pejuang Kemerdekaan Anak K.Pilah Meninggal Dunia




Shamsiah Fakeh meninggal dunia pagi tadi….lebih kurang 9am. pada Monday, October 20 @ 13:31:06 Pejuang kemerdekaan negara, Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhirnya siang tadi di rumah anaknya, Kamarudin. Beliau di beritakan sakit tua. S/U PKR KP, Bro Hazman pernah menziarahi allahyarhamah di hospital sedikit masa dahulu. Kebetulan, Bro Hazman sekampong iaitu Kampung Parit. Allahyarhamah juga ibu saudara kepada bekas Exco NS, Puan Nurhayati Omar. Jenazahnya kini diuruskan oleh Surau Al-Hidayah, Kucai Entrepreneur’s Park. Beliau akan dikebumikan selepas Asar nanti di Tanah perkuburan Islam Sungai Besi off Lebuhraya besraya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi anaknya Jamaludin di 019-387-0467 atau anak saudaranya Izad di 012-315-9561.
Negara kehilangan seorang lagi tokoh yang telah mengabdikan seluruh hidupnya untuk tanah yang tercinta ini.
Al-Fatihah buat Shamsiah Fakeh, tokoh kemerdekaan negara. Semoga Allah akan menempatkan dirinya bersama orang-orang yang beriman dan berjuang untuk kebebasan ramai. Sejarah perjuangan beliau sering menjadi bahan berita beberapa majalah seperti Mustika. Dan kepada para reformis2, sila layari blog PKR KP yg masih lagi tercatat sejarah perjuangan beliau.

3 comments:

Hazman Hashim said...

Sesungguhnya perjuangan Allahyarhamah masih hidup dan terus mengalir dalam tubuh kita. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas ruhnya. Amin.

Anonymous said...

Moga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beruntung diakhirat.
AL-FATIHAH
jasamu ku kenang

Unknown said...

keminih ko tau tak? keminih..