Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, October 18, 2008

Duta kecil Naik Pentas


Duta kecil ini, pernah di tahan BPR atas dakwaan kenyataan media oleh Ahli Parlimen KP/Tim Menteri Hassan Malek. Waktu beliau di tahan, gempar pejabat beliau, apakah beliau pernah melakukan tersalah tingkah laku waktu dlm tugasan. BPR membuat siasatan dgn soalan yg banyak sekali berkisar dgn pengelibatan aktiviti2 Parti dan jawatan yg di sandang beliau. Sememangnya, beliau agak mesra dgn Hassan Malek apatah lagi beliau adalah bekas aktivis UMNO sebelum ini. Cuma, beliau cukup terkilan sebagai Tim Menteri tidak dapat membawa erti dan maksud sogokan dan mempelawa. Memang benar, beliau pernah mempelawa Hassan menyertai PKR, apatah lagi sekiranya Pakatan Rakyat dengan izin Allah membentuk kerajaan Pusat. Terkilan lagi kerana hubungan mesra ini sanggup di musnahkan hanya dgn tuduhan fiftnah cuba menyogok sejumlah duit yg banyak. Beliau pun tidak menyangka bahawa dgn tomahan ini, secara tidak langsung Hasan juga sanggup memusnahkan kerjaya, imej dan beliau terpaksa menanggung malu pandangan umum. Hassan sewaktu buat tuduhan, seolah2 tidak pernah kenal latar belakang beliau. kerja beliau, rumah beliau, kedudukan beliau. Hassan juga pernah memalukan orang kuat beliau sebelum ini dengan pelbagai sindiran pedas dalam setiap majlis keraikan UMNO iaitu Ketua Cawangan UMNO Desa Jemapoh, kerana kegagalan arahan untuk membatalkan aktiviti sukan ajuran AMK KP di padang awam Desa Jemapoh satu masa ketika dulu. Atas tekanan Hassan yg hebat, Orang kuat ini telah menghantar surat perletakan Jawatan sebagai Pengerusi JKKK dan tidak akan mempertahankan lagi jawatan sebagai Ketua UMNO cawangan. Waktu itu, beliau telah di hadiri oleh polis cawangan Khas dan Polis Tentera (Beliau juga Bekas Tentera) membuat siasatan kerana kedengaran beliau akan menyertai Pakatan Rakyat. Untuk menjaga semula imej Umno yg semakin tercemar kononnya, surat perletakan jawatan tersebut telah di simpan oleh Wakil Rakyat Dun Juasseh Razi Kail. Pemimpin UMNO Kuala Pilah, semakin jauh tersasar pejuangannya dari tunjang dasar membela Melayu. Untuk melobi tempat dgn cuba menunjukan bahawa mereka lah lebih hebat lagi setia dgn pimimpin atasan, terpaksa membuat kenyataan tanpa asas. Kebetulan waktu itu ada kekosongan tempat sebagai Menteri yg menjaga hal ehwal undang2 Zaid Ibrahim telah meletakan jawatan. Apakah kita harus biarkan segala ancaman ini sering menimpa kita.???? Sesungguhnya Pakatan Rakyat ramai di wakili oleh peguam2 yg terhebat. Duta kecil ini akan naik pentas ceramah, memberi peluang untuk orang ramai tahu dan faham bagaimana bermulanya sorotan peristiwa tersebut bermula sehinggalah beliau di panggil BPR membantu siasatan pendakwaan Hassan Malek. Ayuh.... kita beramai-ramai memberi sokongan kekuatan semangat dan moral. Ceramah umum eidul fitri dan rumah terbuka Parlimen Rembau/Dun Kota Kg Semebok malam ini 8pm (19/10/2008). Peguam2 Pakatan Rakyat akan menyelidik semula siasatan dan implikasi keatas kenyataan dangkal Hasan Malek ini. Bersama2 lah kita berdoa moga Allah memberikan Kekuatan.

No comments: