Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, October 3, 2008

Antara Dua Darjat





Antara 2 darjat. Begitulah pemandangan yg cukup jelas sewaktu saya menuju ke Masjid bersama2 sahabat menunaikan sembahyang sunat Idil Fitri tempohari. Bekas tapak bilik gerakan PR sejak 2004 kini telah dirikan Banglow oleh tuan tanah Saudara Suli (s/usaha PR Dun Juasseh). Cantik, terpesona dan menceriakan. Bentuk rumah yg jarang terdapat di KP ini, ditambah seri keanggunannya dengan serian warna hijau tua berkilat dgn bingkai2 pintu dan tingkap berwarna putih. Sah. jiwa PAS begitu lekat dan pekat di hatinya sama juga seperti arwah ayah mentua beliau, orang kampong Jemapoh yg mungkin terawal di kampung tersebut sebagai orang PAS. Alhamdulillah... prinsip di genggam erat yg akan di simpan cukup rapi dgn rasa amanah membolehkan beliau mendirikan Banglow hasil dari perniagaan beliau selama ini. Kebijaksanaan mentadbir kewangan dgn berhati2 membuatkan kos banglow tersebut jauh lebih murah kalau di bandingkan sebut harga kontraktor masa kini. Walau pun agak terlewat tetapi beliau cukup happy. Bekas Jurutera ini sanggup berhenti dgn gaji yg cukup lumayan waktu ketika itu. tapi tugasan beliau sebelum ini terlalu banyak terdedah dgn unsur2 rasuah..... Berbeza pandangan sebelah rumah beliau. Sebuah balai aktiviti2 orang2 kampung telah di salah gunakan sebagai markas UMNO oleh MP KP Hassan Malek, kini suasananya terlalu suram dan hambar. Tiada lagi pengisian khidmat masyarakat, cuma balai memaki hamun orang2 yg tak sependapat dgn beliau. Kesombongan Hassan hampir memuncak dan bersaing dgn bekas bos beliau bekas MP KP Zahar Ujang, Mengeluarkan kenyataan media dgn niat mungkin untuk melobi mendapat kedudukan yg telah di kosongkan oleh Zaid Ibrahim Menteri Undang2 UMNO (meletakan jawatan kerana tidak yakin dan kecewa dgn penangkapan Teressa, Wartawan dan Raja Petra di bawah akta ISA). Hassan pernah mendakwa kononnya di tawarkan sejumlah wang sogokan oleh duta kecil PKR KP. Siapa yg melantik duta kecil itu? dan besarkah jawatannya? Banyakkah duit simpanan atau hartanya??Lawak bodoh yg di mainkan oleh Hassan mengundang imej yg memalukan orang Umno Kuala Pilah sendiri. Telah menjadi bualan hangat kalangan UMNO sendiri bertapa Hassan sendiri meletakan maruah diri yg terlalu rendah sebagai MP KP dan Tim. Menteri. Dan sememangnya telah menjadi tabiat dan adat UMNO masa kini, tanah dgn menumpang milik orang PAS pun nak di jadikan hak milik sendiri, secara sendirian berhad. Begitulah kalau sudah hilang pertimbangan, sudah tiada lagi rasa malu dan mudah mencampakan maruah diri sendiri, mabuk dgn kuasa dan populariti. Tergerak jugak, balai tersebut mungkin akan di jadikan stor oleh SULI kiranya kesombongan HASSAN yg terlampu.

1 comment:

Anonymous said...

Awatnye kutuk org yg seislam macam tu???? Bg saya, kalau bab politik ni, semuanya sama. Semua rebutkan pengaruh, pangkat dan darjat..dan kebanyakan manusia ni berhati busuk, yang hanya suka rebutkan harta dunia untuk kepentingan sendiri, bukan orang lain. Saya yang hanya manusia biasa ini, hanya mampu menasihat penulis blog ini, supaya berhati2 dgn kata2. Jgn gunakan helah spt org2 politik sebelum ini..menabur janji2 manis kemudian bila dah dapat kuasa, janji hanya tinggal janji.....!!!!