Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, April 29, 2011

Anak Bongsu Dato' Mui Kemalangan


Alfatihah.......

Anak bongsu kepada bekas senator Dato' Jamaluddin (Mui) kemalangan maut awal pagi tadi.

Nurul Huda Jamaludin merupakan seorang pengacara Tv " Pesona" aktif dalam sukan lasak berkuda dan Jet ski, meninggal ditempat kejadian setelah terbabas merempuh besi pembahagi jalan di lebuhraya raya karak-Genting.

Jenazahnya dijangka disemadikan di tanah wakaf kampung ibunya (Kak Mon) Kg Sawah lebar selepas solat asar.

Kami warga PR Juasseh/Jemapoh mendokan agar arwah ditempatkan bersama2 orang2 yg beriman dan kepada Dato' Mui......Takziah dan tabah menghadapi ujian Tuhan ini.

Sumber:

KM 25.4 Lebuhraya Karak arah Genting Sempah Gombak., Selangor 29 April, 2011 8.30 pagi Nama mangsa: Nurul Huda Jamaludin, 26 tahun dari Jalan Melang, Kuala Pilah

Friday, April 22, 2011

Adakah Pelakun watak orang yg sama. Persamaan dan Perbezaan Video Lucah 1999 dan 2011

Surat dari bekas Ketua CID KL kepada Ketua Polis Negara


Sebelum kita tersasar lebih jauh, tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat.


Mat Zain Ibrahim
18hb.April 2011

Kepada;

YDH Tan Sri Haji Ismail Hj.Omar,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia, Melalui:Email dan Dengan Tangan
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur,
Email:iho@rmp.gov.my

YDH Tan Sri,

SIASATAN VIDEO SEKS 2011-PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DENGAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999.

1. Sepertimana juga sebilangan besar rakyat, saya turut mengikuti perkembangan penyiasatan Polis berkaitan isu video seks menerusi MSM dan juga media alternatif yang akan masuk minggu ke-empat. Berdasarkan kepada komen-komen mereka yang berpeluang membuatnya, menampakkan ramai yang mempersoalkan hala tuju penyiasatan Polis. Malah ramai yang membantah secara lantang pendirian Polis yang dikatakan jelas kelihatan berat sebelah terhadap satu pihak yang bertelagah dalam isu ini.

2. Saya jemput Tan Sri merujuk kepada Surat Terbuka saya bertarikh 28 March 2011 yang kemudiannya dibahaskan diParlimen. Saya mengekalkan dan mengulangi kenyataan-kenyataan saya dalam Surat Terbuka tersebut, serta mengambil kandungannya sebagai sebahagian dan lanjutan kepada surat ini. Saya mengekalkan pendirian saya bahawa isu video lucah ini adalah merupakan pertembungan peribadi antara Rahim Thamby Chik dan Anwar Ibrahim.

3. Saya yakin Polis mampu mengambil pendirian yang professional dan berkecuali menangani siasatan ini,serta memberikan pendengaran yang adil kepada kedua- dua belah pihak,sambil memberikan mereka “gelanggang yang samarata”(level playing field),untuk membuktikan kebenaran masing-masing.

4. Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan Polis, namun begitu sebagai seorang pesara Polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan Rahim serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan,saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

4.1. Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubungkait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka. Saya berharap ketinggalan ini adalah disebabkan Polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

VIDEO SEKS PERTAMA 1999.

5. Saya percaya sebilangan besar rakyat malahan warga Polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan Video Seks Pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga,yang diedarkan dalam tahun 1999. Pengedaran video seks ini disekitar Bandaraya Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-10 yang diadakan pada 29 November 1999.

5.1. Terdapat dua video seks yang diedarkan serentak. Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu” (merujuk kepada Mohamed Sabu seorang pemimpin PAS). Bagi maksud eksesais ini saya akan ketepikan video Skandal Seks Mat Sabu, memandangkan isu beliau tidak berkaitan dengan penyiasatan yang sedang berjalan sekarang.

5.2. Beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan dihadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis,tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada Polis. Antara mereka adalah seorang Encik Mohd.Zainuddin Arman dan seorang Encik Onn Abu Bakar. Antara report Polis yang berkaitan ialah Ceras Rpt No:19068/99 dan Sungai Besi Rpt No:5894/99 bertarikh 25.11.1999. Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan berkaitan kes ini dengan kesemua laporan-laporan yang diterima di-“cross refer” kepada laporan Pertama seperti yang lazimnya. KJSJ Kuala Lumpur ada membuat kenyataan akhbar mengesahkan menerima laporan-laporan dan video-video tersebut, serta memperakukan yang kes berkenaan sedang dalam siasatan Polis.

5.3. Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan JSJ Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, dipejabat KJSJ setelah YBhg.Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini diakhbar. Setakat yang saya masih ingat, antara kandungan Video Seks Pertama 1999 ini, terdapat juga rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan seorang teman wanitanya.

5.4. Penyiasatan JSJ Kuala Lumpur berjaya mengesan dan mengenalpasti “sumber” Video Seks Pertama 1999. Bagaimanapun gagal untuk mengenalpasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum. Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ianya dibuat beberapa hari sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-10.Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggung jawab mengedarkan video seks berkenaan.

5.5. Selain itu, tidak dapat disahkan sama ada pengadu-pengadu yang tampil membuat report mengenai penemuan Video Seks Pertama ini, telah membuat salinan untuk simpanan mereka sendiri atau sebaliknya,sebelum menyerahkan kepada Polis. Beberapa orang pengadu dikenalpasti sebagai ahli Parti Keadilan.

VIDEO SEKS KEDUA 2011.

6. Memandangkan Kumpulan yang menggelar diri mereka Datuk T, terdiri daripada Rahim, Shuib dan Eskay telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggung jawab diatas penemuan dan penayangan video lucah (akan dirujuk sebagai Video Seks Kedua 2011) kepada beberapa ramai pemberita di-Carcosa Seri Negara pada 21 March 2011,maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini. Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan Video Seks Kedua 2011 wajib mengambilkira keujudan dan keadaan berkaitan Video Seks Pertama 1999.Terdapat “nexus” antara kedua Video Seks ini.

Antara persoalannya adalah seperti berikut:-

6.1. Adakah Video Seks Pertama itu juga tulen sepertimana Video Seks Kedua yang ketulenannya telah diistiharkan secara rasmi.

6.2. Adakah kandungan adegan-adegan dalam Video Seks Pertama, sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya terdapat juga dalam Video Seks Kedua.

6.3. Adakah identity lelaki dalam Video Seks Kedua yang Polis telah istiharkan boleh dikenalpasti secara positif itu, lelaki yang sama dalam Video Seks Pertama.

6.4. Adakah rakaman suara lelaki dalam Video Seks Pertama itu milik lelaki yang dikatakan boleh dikenalpasti dalam Video Seks Kedua.

6.5. Adakah rakaman suara wanita dalam Video Seks Pertama itu milik wanita yang dikatakan telah dikenalpasti dalam Video Seks Kedua .

6.7. Adakah lokasi pengambaran Video Seks Pertama itu sama dengan lokasi pengambaran Video Seks Kedua.

6.8. Adakah Rahim, Shuib dan Eskay terlibat atau mempunyai apa-apa peranan dalam
pembikinan atau pengedaran Video Seks Pertama 1999, memandangkan ketiga-tiga mereka dilaporkan telah mengenali dan mempunyai sesuatu hubungan dengan Anwar. Lebih-lebih lagi Rahim yang dipercayai mempunyai sebab untuk menyimpan dendam terhadap Anwar oleh kerana Anwar telah membuat laporan Polis membabitkan salahlaku jenayah dan perbuatan rasuah Rahim bersabit Tun.H.S.Lee Rpt:22517/99 pada 20.8.1999.Iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum Video Seks Pertama diedarkan kepada umum pada 24/25 November 1999.

7. Selain daripada laporan Polis melibatkan Rahim, Anwar juga telah membuat 3 laporan berasingan melibatkan beberapa orang kenamaan lain beberapa bulan sebelum pengedaran Video Seks Pertama itu,seperti berikut;

7.1. Dang Wang Rpt:20255/99 bertarikh 9.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri, Peguam Negara dan Gani Patail telah menyalahgunakan kuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz, atas sifat Menteri MITI, telah dengan secara rasuah memberikan saham kepada menantunya.

7.2. Tun H.S.Lee Rpt:19625/99 bertarikh 21.7.1999. Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Eric Chia (mendiang), yang telah dikatakan melakukan penyelewengan dan rasuah menyebabkan Kumpulan Perwaja mengalami kerugian RM 2.7 billion.

7.3. Tun H.S.Lee Rpt:20455/99 bertarikh 30.7.1999. Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa dengan melindungi perbuatan rasuah Tun Daim Zainuddin. Dalam laporan ini juga Anwar membuat dakwaan khusus terhadap Tun Daim yang dikatakan telah mengumpul harta peribadi secara rasuah bernilai ratusan juta ringgit. Anwar turut menyertakan tiga surat perakuan oleh individu berlainan selaku penyimpan dan pemegang amanah harta bagi pihak Tun Daim. Mereka yang dimaksudkan ialah;Tan Sri Abdul Halim Saad sebagai pemegang amanah saham-saham dalam Syarikat Senarai Awam bernilai lebih kurang RM 150 juta. Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pemegang tunai berjumlah RM 150 juta. dan Tan Sri Tajuddin Ramli sebagai pemegang tunai RM 70 juta.

8. KJSJ Kuala Lumpur memberi perhatian kepada laporan-laporan yang dibuat oleh Anwar seperti diatas memandangkan dokumen-dokumen bukti yang Anwar kemukakan dengan tiap satu laporan beliau, telah diperolehinya ketika beliau masih memegang jawatan dalam Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.Laporan-laporan beliau diterima sebagai dibuat oleh seorang mantan Timbalan PM dan bukan sebagai seorang individu bernama “Anwar”.

8.1. Sama ada pendedahan yang beliau buat seperti diatas telah menyebabkan individu-individu terlibat atau orang-orang sekeliling mereka marah dan menyimpan dendam terhadap Anwar tidak diketahui tetapi tidak boleh diketepikan.

SUMPAH PALSU RAHIM BUAT KEPADA PERDANA MENTERI.

9. Satu diantara 4 kesalahan jenayah yang pihak BPR dan Jabatan Peguam Negara sahkan mempunyai keterangan “prima-facie” terhadap Rahim ialah; kerana membuat satu Akuan Statutori Palsu (atau dalam bahasa yang mudah;”Angkat Sumpah Palsu”), suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 7 tahun jika disabitkan kesalahannya. Akuan palsu ini dikatakan dibuat kepada Perdana Menteri dan di-Jabatan Perdana Menteri ketika itu.

9.1. Persoalan yang boleh ditimbulkan dalam situasi ini adalah; sama ada keterangan Rahim dalam siasatan Video Seks Kedua, boleh diterima pakai sepenuhnya, memandangkan Rahim telah sanggup sehingga mengangkat sumpah palsu kepada Perdana Menteri dan Kerajaan untuk menyembunyikan kesalahan-kesalahan jenayah yang beliau telah lakukan seperti yang dilaporkan oleh BPR sedemikian itu.Jika demikian, kesanggupan Rahim memberi kesaksian palsu dalam siasatan Video Seks Kedua tidak boleh diperkecilkan.

9.2. Walaubagaimanapun saya berpendapat “benefit of the doubts” wajar diberi kepada Rahim berkaitan penglibatannya dalam Video Seks Kedua. Saya sarankan siasatan wajar dijalankan sama ada Rahim telah dihasut, dipaksa atau diugut untuk mendapatkan apa-apa keterangan dengan apa cara sekalipun untuk mensabitkan sesuatu kesalahan jenayah terhadap Anwar; sebagai balasan Peguam Negara kepada Rahim yang tidak dituduh atas beberapa kesalahan salahguna kuasa, rasuah dan membuat akuan statutory palsu.

9.3. Kemungkinan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Ini memandangkan Peguam Negara, Gani Patail antara 26.10.1998 hingga 21.12.1998 telah dengan cara yang menyalahi undang-undang mendapatkan seorang Dr.Abdul Rahman Yusof menyediakan tiga laporan perubatan palsu terhadap Anwar dalam siasatan kes mata-lebam. Dipercayai sebagai balasannya, Dr.Rahman tidak dikenakan apa apa pertuduhan oleh Gani Patail dalam kes ugutan jenayah terhadap Dr.Rahman. Salahlaku jenayah Gani Patail sedemikian itu beserta dengan bukti-bukti yang tidak disangkal adalah dalam pengetahuan persendirian YAB Perdana Menteri sejak dua-setengah tahun yang lalu.

JAM TANGAN OMEGA

10. Pada pendapat saya, sekiranya penyiasatan kes Video Seks Kedua ini dikekalkan dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan semata-mata, maka penyiasatan lanjut untuk mengesan pemilik Jam Tangan Omega tersebut adalah tidak relevan serta melampaui keperluan “ingredients” yang wajib dibuktikan dibawah Seksyen 292 KK tersebut.

10.1. Dengan itu izinkan saya menyarankan supaya Pegawai Penyiasat kes melebarkan klasifikasi penyiasatan kepada Seksyen 192 Kanun Keseksaan iaitu, mereka keterangan palsu. Saya sarankan supaya Pegawai Penyiasat memfokuskan perhatian kepada misalan-misalan yang sedia ujud sekian lama, sepertimana diperturunkan dibawah.

Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Misalan-Misalan.
(a)A memasukkan barang-barang kedalam sebuah peti kepunyaan Z, dengan niat supaya barang-barang itu boleh dijumpai dalam peti itu, dan supaya keadaan ini boleh menyebabkan Z disabitkan atas kesalahan mencuri. A telah mereka keterangan palsu.

(English version)
(a)A puts jewels into a box belonging to Z,with the intention that they may be found in that box,and that this circumstance may cause Z to be convicted of theft.A has fabricated false evidence.

10.2. Berdasarkan kenyataan Eskay sendiri kepada media cara bagaimana Jam Tangan Omega tersebut sampai ketangan beliau, serta mengambil kira hubungan akrab beliau dengan Anwar, serta motif Eskay mendedahkan video seks berkenaan, tidak keterlaluan untuk saya berpendapat bahawa misalan (a) dalam Seksyen 192 Kanun Keseksaan tersebut, mungkin adalah relevan.

10.3. Pada pendapat saya beban bukti yang jam Omega tersebut tidak diperlakukan sepertimana misalan yang tersebut diatas kini terletak dibahu Eskay dan bukan pemilik berdaftar jam Omega tersebut.

10.4. Berdasarkan kepada keadaan yang mengelilingi Video Seks Kedua ini, saya berpendapat bahawa terdapat kewajaran untuk melebarkan siasatan meliputi pembuktian kes dibawah Seksyen 192 Kanun Keseksaan. Ini sebagai peringatan kepada orang ramai akan betapa seriousnya perbuatan mereka keterangan palsu dan kesan jangka panjangnya terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

PENYELESAIAN ISU “ONCE AND FOR ALL”

11. Ada kalanya kita harus berani melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menyelesaikan sesuatu masaalah “once and for all”. Asalkan tindakan-tindakan yang diambil tidak menyalahi undang-undang Negara dan Hukum Syariah atau melanggar paraturan moral. Sekiranya kita tersesat jalan, tidak salah kita berpatah balik kepangkalnya untuk mencari jalan yang betul.

11.1. Selama lebih 12 tahun pemikiran rakyat telah bergelumang dan diracuni serta dicemari dengan isu-isu yang berkisar dengan seks luar nikah dan seks luar tabii, seolah-olah tidak ada perkara yang lebih penting daripada itu untuk rakyat fikirkan. Malahan pemain-pemain utama yang terlibat dalam kekalutan ini juga berkisar diantara beberapa individu sahaja yang nama-nama mereka hampir kesemuanya terdapat dalam surat kecil ini.

11.2. Sebelum kita tersasar lebih jauh, tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat. Saya mencadangkan tindakan-tindakan berikut;

TAYANGKAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999 KEPADA UMUM.

12. Saya menjangka akan dikecam membuat cadangan ini. Percayalah, saya yang menyelia penyiasatan kes ini dan ingatan saya masih segar akan apa yang terkandung dalam video tersebut.Video tersebut tidak mengandungi adegan- adegan seksual seperti dalam “blue film” yang mungkin sesetengah orang harapkan. Kandungan keseluruhannya pada pendapat saya tidak tergulung sebagai bahan lucah sepertimana tafsiran dalam Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Tayangannya kepada umum juga pada pendapat saya tidak menyalahi mana-mana undang-undang Am atau Syariah.

12.1. Sepanjang yang saya ingat, kandungan Video yang dibertajuk “Siapa Anwar” lebih berbentuk documentary yang menggambarkan kisah hidup seksual Anwar. Video ini juga mendedahkan gambar-gambar lokasi/bilik hotel dimana Anwar dikatakan sering kunjungi untuk melakukan aktibiti seks luar nikah atau luar tabii beliau. Turut dimuatkan dalam video ini adalah rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan teman wanitanya dan bercakap mengenai seks. Video ini disunting sedemikian rupa yang sesuai digunakan untuk meyakinkan penuntun bahawa Anwar adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak dan sesuai untuk menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi kepada Masyarakat Melayu yang beragama Islam.

12.2. Saya yakin selepas rakyat diberi peluang menuntun video ini, khasnya orang-orang Melayu, mereka boleh membuat keputusan masing-masing, sama ada Anwar benar-benar seorang yang tidak mempunyai moral untuk layak menjadi pemimpin dan Perdana Menteri seperti yang cuba digambarkan, ataupun video tersebut telah direkacipta oleh musuh-musuh peribadi dan politik Anwar bertujuan memfitnah dan membunuh karier politik beliau, ataupun kerana membalas dendam akibat pendedahan Anwar berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah pemimpim-pemimpin tertentu sepertimana yang disebutkan dalam perenggan 6.8 dan 7 diatas. Sekiranya anggapan yang terkemudian ini yang betul, maka tindakan undang-undang yang setimpal terhadap individu yang melakukan jenayah tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa lengah lagi without fear or favour.

PENUTUP.

13. Lebih cepat kita menyelesaikan isu ini, lebih baik untuk rakyat jelata. Selamat maju jaya dan selamat sejahtera.


Yang benar,
(Mat Zain Ibrahim)
18 April 2011


Sk.
SUPM (untuk makluman KPN dan T/KPN)

Majlis kesyukuran Pejuang Kami........

Malam ini 23hb April..di rumah Pakmat Senaling akan diadakan majlis kesyukuran sekembalinya pejuang kita dari tugasan (PRN) Sarawak. AMK Aboy, SU Shamsul, Wanita Kak Ruby dan seorang lagi (Lupa lak nama) telah menceritakan satu pangalaman yg cukup berharga untuk di kongsi dan dijadikan panduan bagi kami.

12 hari bergelumang bersama-sama penduduk kampong yang serba daif. Daif dgn ekonomi, ilmu pengetahuan apatah lagi issu semasa pilihanraya. Demi untuk melihat bumi kenyalang ini bakal bersinar dari cengkaman BN, petugas kita terpaksa menempuh hari-hari yg sungguh mencabar. Tidur berlantaikan simen. Berbantalkan lengan. Menumbuk lada dengan tukul besi dan mencatu makanan yg kekurangan bekalan. Meraka hanya seramai 9 orang petugas2 khusus dari Negeri Sembilan untuk menjaga sebuah Dun sebesar Parlimen Kuala Pilah dengan situasi yg serba kekurangan.

Kekurangan kenderaan, bekalan makanan dan lebih parah turut diamanahkan untuk mendidik penduduk tempatan sebagai petugas PACA dan perayu undi. Sesungguhnya mereka cukup tertutup dari sumber pengetahuan dan hak mereka yg ada. Tahniah & Syabas pejuangku...

Berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-10 menandakan sinar baru kepada keadilan dan perubahan yang lebih bermakna di Sarawak. Tidak pernah berlaku dalam PRN Sarawak sebelum ini yang mana Barisan Nasional (BN) diberikan tentangan yang cukup sengit oleh parti-parti pembangkang.

BN mungkin mendabik dada dengan kemenangan ini. Namun mereka harus ingat, Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya menambah lapan (8) lagi kerusi berbanding PRN Sarawak yang lalu, di samping meningkatkan undi keseluruhan Pakatan sehingga 45%.

Jika tidak kerana peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang terbukti terus menjadi ‘talian hayat’ Barisan Nasional untuk kekal berkuasa di Bumi Kenyalang, pastinya ada beberapa kerusi lagi yang akan jatuh ke tangan Pakatan.

Amat mendukacitakan bilamana sebahagian Melayu Sarawak terus-menerus terjebak ke dalam politik feudal PBB-BN yang mengekang kebebasan berpolitik rakyat.

Ahli politik yang berkedudukan menggunakan kuasa mereka menakut-nakutkan rakyat yang lemah dengan berbagai cara – deraan mental, emosi, ancaman fizikal, penarikan habuan ekonomi dan lain-lain lagi agar rakyat tunduk akur menyembah keinginan ahli-ahli politik feudal.

Kemiskinan dan tahap ilmu pengetahuan yang amat rendah menjadikan mereka alat yang ampuh untuk diperkotak-katikkan supaya mudah memenuhi agenda pemusatan kekayaan dan kuasa di tangan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud dan kroni-kroninya.

Asobiyah kenegerian juga diperbesar dan dipermainkan supaya menimbulkan rasa sangsi yang mendalam terhadap warga senegara dari Semenanjung Malaysia, khususnya daripada Pakatan.

Gelagat Melayu Umnolah sebenarnya yang telah membawa imej buruk terhadap warga Semenanjung Malaysia yang tiada kaitan sama sekali dalam agenda pengautan kekayaan dari Malaysia Timur di mana Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang lebih kaya dari negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) percaya kepada demokrasi tulen sebagai asas kemajuan rakyat. Rakyat bebas bertindak dalam batas-batas peraturan dan undang-undang negara. Rakyat bebas memilih pemimpin dan dasar-dasar tanpa didiskriminasikan. Semua program dan rancangan adalah layak untuk mana-mana sasaran rakyat walaupun mereka ahli Umno atau PBB atau selain Pakatan.

KEADILAN berbangga dengan pertambahan calon-calon wanita dan kejayaan wanita meraih kerusi DUN Sarawak, khususnya dari DAP. Kami juga optimis bahawa kesinambungan terhadap angin perubahan politik dalam pilihan raya ke-10 Dun Sarawak akan berganda kali meningkat menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Keinginan rakyat Sarawak terhadap kerajaan yang penyayang, adil dan saksama amatlah mendalam. Semakin ramai rakyat yang sedar bahawa merekalah yang sebenarnya berkuasa menentukan masa depan Sarawak. Masa akan menjadi saksi keruntuhan pemerintahan feudalistik PBB-BN Sarawak.

Insyaallah....

Sunday, April 17, 2011

Melayu Perlu Belajar Dari Cina Dalam Berpolitik


"Sejarah menunjukkan Cina adalah sebuah bangsa yang kuat menghukum. Lihat saja sejarah Tamadun China. Silih berganti dari suatu dinasti kepada suatu dinasti.
Dimana-mana pun wujudnya komuniti berbangsa Cina. Pasti akan wujudnya puak-puak pemerintah. Namun akan ada puak pemerintah yang dominan dan satu lagi puak pengimbang. Lalu masing-masing akan menjalankan aktiviti yang pasti akan menjaga kemaslahatan komuniti teramai.

Ada beberapa siri ucapan Tok Guru Nik Aziz sebelum ini...Cina cukup bijak dlm ekonomi dan berpolitik.

Jika dilihat dalam sejarah Tanah Melayu. Dengan masuknya komuniti Cina ke sini, maka telah wujud beberapa pergerakan yang bergerak secara berkumpulan. Dalam sejarah awal dicatatkan kewujudan Gee Hin dan Hai San.

Dalam arena politik kepartian, antara parti pergerakan bangsa Cina yang awal terbentuk adalah seperti Malayan Chinese Association (MCA) dan All Malayan Chinese Joint Action (AMCJA). MCA kemudiannya mengambil pendirian menerima pelawaan UMNO dalam membentuk Parti Perikatan bersama-sama dengan Malayan Indian COngress (MIC).

Dalam pada itu, majoriti masyarakat Cina menaruh kepercayaan teguh terhadap MCA dalam memacu perkembangan politik Cina di tanah air.

Setelah beberapa penggal memerintah bersama Parti Perikatan, MCA melalui beberapa krisis. Daripada berlaku krisis tersebut, pada 24 Mac 1968 telah lahir Malaysian People's Movement Party; singkatan: Gerakan, sebagai satu wadah baru bagi komuniti Cina di Malaysia.

Sebelum itu, Masyarakat Cina juga sudah ada sekelompok yang memilih untuk berpolitik dari aliran yang berbeza dari sisi Parti Pemerintah. Ditubuhkan pada Oktober 1965, Democratic Action Party (DAP) merupakan antara parti masyarakat Cina yang masih aktif hingga kini berhaluan oposisi dengan kerajaan sedia ada.

Berbekalkan misi mewujudkan pentadbiran yang lebih telus dan terbuka, parti ini tidak hanya berjuang secara sendiri. Dengan demografik politik Malaysia yang berbilang kaum, adalah satu langkah bijak bagi sesuatu parti politik untuk mengadakan kerjasama dengan parti politik dari kaum lain.

Dari sisi oposisi, pati-parti pembangkang di Malaysia sudah pun mewujudkan beberapa gabungan dalam mendepani parti pemerintah. Bermula dari sejarah awal merdeka PUTERA-AMCJA, kemudian pilihanraya umum 1990, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif (PRU-1999) dan terkini Pakatan Rakyat (PRU-2008).

Namun yang jelas gabungan parti oposisi dalam Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan bahawa Malaysia kini menuju ke arah politik yang lebih stabil. Keputusan PRU 2008 memberikan tamparan hebat kepada parti pemerintah yang mentadbir tanpa majoriti 2/3 yang sekian lama diperolehi.

Yang uniknya, keputusan ini lahir dari tindakan drastik pengundi Cina yang memberikan majoriti undi kepada pasti oposisi. Hinggakan Gerakan kehilangan semua kerusi di Pulau Pinang. Malah, penyandang Ketua Menteri, Tan Sri koh Tsu Koon juga tewas dalam piliharaya tersebut.

Terbaru keputusan Pilihanraya Umum Negeri Sarawak menunjukkan Cina terus konsisten ‘menegur’ parti pemerintah. Kekalahan teruk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan sokongan besar pengundi bandar yang majoritinya Cina terhadap DAP sangat signifikan dalam melihat trend atas sikap dan tabiat politik kaum Cina.

Inilah hebatnya politik Cina. Jika dilihat kepada beberapa isu kepentingan kaum Cina yang gagal ditangan dengan saksama oleh parti pemerintah. Masyarakat Cina pasti tidak teragak-agak untuk 'menegur' parti berkenaan.Sangat berbeza dengan politik ihsan Melayu!

UMNO, merupakan parti dominan kaum Melayu sejak dari masa penubuhannya pada 1946. Parti ini tidak pernah sedar dengan segala macam 'teguran' rakyat dari segala macam 'dosa' kezaliman yang dilakukan sejak dari merdeka hingga masa menuju wawasan 2020 ini.

Dari isu keluarnya Singapura dari Tanah Melayu, kemasukan Sabah Sarawak ke Persekutuan, Isu Pulau Batu Putih, melarat hingga isu penyelewengan dan salahguna kuasa, rasuah, pentadbiran, ekonomi dan taraf hidup rakyat, pendidikan dan banyak lagi, segalanya dimaafkan dan didiamkan dengan menutup segala isu ini dengan menuding ke arah pihak lain.

Ya, kemaafan itu sifat mulia! Tapi,kalau sampai 50 tahun lebih memaafkan tapi si pelaku zalim masih tidak menampakkan perubahan,apalah erti kemaafan. Mungkin ada nak bagi kisah Nabi Nuh berdakwah hingga umur kurang 50 tahun dari 1 millenium! Tapi,adakah methodologinya setara dari tahun pertama dakwah hingga ke tahun terakhir?

Ayuh bangunlah Melayu! Buka mata kornea juga mati hati. Permata Islam yang kalian ada takkan hanya untuk disimpan kemas di kabinet-kabinet pasu perhiasan sahaja! Sejarah Islam dari Umayyah ke Abbasiyyah. Kemudian berarak ke Uthmaniyyah. Berganti bukan kepimpinannya?

Sehingga bila UMNO mahu terus diberikan mandat? Contohi kaum Cina. Kita menghukum bukan kerana dendam. Tetapi hukuman itu memang layak sebagai pengajaran. Hukuman ibarat pisau. Tatkala pisau ditangan penjenayah, ia memudharatkan. Tetapi, apabila pisau ditangah seorang suri rumah, ia pasti bermanfaat. Dengannya, seisi rumah dapat menikmati masakan hasil tindakan si ibu menggunakan pisau memotong sayur, menyiang lauk dan menghiris bawang dan paket rempah bagi menyiapkan hidangan makanan.

Kini anda pelajari dan hayati. PRU-13 bakal tiba. Andalah pembuat keputusan. Melayu harus belajar dari Cina!"

Trio Dato T Akan DiTangkap Kerana Mengedar Video Lucah ?




Tumpuan sekarang ke atas tindakan Peguam Negara yang akan membuat keputusan samaada untuk mendakwa Trio Dato T kerana mengedar bahan Video Seks lucah susulan kenyataan Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan kes pertuduhan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Apakah kertas siasatan kali ke 2 ini akan di pulangkan semula untuk siasatan lanjut setelah siasatan kali ini masih tidak dapat mensabitkan pertuduhan kepada Anwar jika merujuk kertas siasatan yang diserahkan kepada Peguam Negara ?


Jika merujuk kenyataan Datuk Acryl dalam laporan Bernama dan Malaysian Insider hari ini membayangkan Trio Datuk T ini boleh ditangkap kerana merekalah yang telah mengedarkan Video Lucah tersebut untuk tontonan umum.

Video seks: Siasatan ‘Datuk T’ edar bahan lucah selesai, kata polis

KUALA LUMPUR, 17 April — Laporan siasatan rakaman video aksi seks, didedahkan “Datuk T” tiga minggu lalu, yang pelakunya didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap, kata polis hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

“Kita tunggu sahajalah . . . kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu,” katanya.

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Susulan itu, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.

“Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu,” kata Acryl.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai “Datuk T” di Carcosa Seri Negara.

Misteri Datuk T yang bermaksud “Trio” itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila Rahim, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Video seks: Siasatan ‘Datuk T’ edar bahan lucah selesai, kata polis

Kredibiliti Peguam Negara akan dicabar sekali lagi untuk mengarahkan pendakwaan kepada Trio Dato T ini. Semua sudah sedia maklum Rahim Thamby Chik bersekongkol jadi penjual, pengarah dan pengedar video lucah setelah beliau di lucut jawatan KM kerana didakwa merogol budak bawah umur. Seumur hidup RTC seks dan rasuah adalah sumber kehidupan rakus nafsu beliau untuk terus bermaharalela. Rakyat Melaka lebih memahami.

Harus diingat , Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang bodoh dalam dunia jika beliau sengaja menjebakkan diri beliau untuk kali ke 3 dalam siri fitnah keatas beliau selama ini.

Skrip Video Fitnah ini juga menjadi sampah setelah polis tidak dapat membuktikan siapa pemilik jam Omega yang dicanangkan Trio Fitnah tersebut menerusi pengedar jenama jam tersebut.

Walaupun Pasukan gerombolan yang di ketuai Najib dan kuncu-kuncu lanun mereka setiap hari memfitnah bahawa Anwar adalah pelakon didalam video tersebut tetapi PDRM langsung tidak mengesahkan bahawa pelakon tersebut adalah Anwar sejak kertas siasatan dibuka.

Ini adalah peluang terakhir Najib dan gerombolan untuk membersihkan imej mereka dengan menghumban Trio Datuk T ini ke penjara kerana mereka akan merosakkan reputasi Najib selaku PM. Buktikan Iklan Tranformasi anda agar tidak di cop sebagai Terlampau-basi dengan menyimpan sampah sarap ini.

PDRM dan Peguam Negara juga harus menjaga kredibiliti mereka yang semakin teruk dengan tidak bersekongkol dengan Trio Bapa Ayam ini untuk menjaga amanah negara.

Peringatan bahawa Kes Video Fitnah Mutakhir ini menjadi penentu hayat bagi BN atau PR untuk memerintah negara menjelang PRU 13 nanti.

"

Saturday, April 16, 2011

Borang 14 penyelamat BN. & Kucing di Tawan PR

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih kesemua lima di Kuching.

Sementara itu bandaraya KUCHING telah berjaya di tawan oleh Pakatan Rakyat yg terdiri 5 wakil rakyat baru yang berjaya menawan 5 buah kerusi DUN pada pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 dan dengan BN kehilangan 8 kerusi.

Empat calon DAP dan seorang calon PKR menyapu bersih lima Dun dalam Parlimen Kuching.

Empat wakil rakyat bary DAP tersebut adalah Violet Yong (DUN Pending), Christina Chiew Wang See (DUN Batu Kawa), Wong King (DUN Padungan) dan Dan Chong Chieng (DUN Kota Sentosa).

See Chee How yang bertanding atas tiket DAP mewakili DUN Batu Lintang.

Keputusan tersebut menggambarkan rakyat kian sedar dengan kelemahan Barisan Nasional dalam mentadbir kerajaan negeri.

Sebenarnya ekspektasi PR adalah menafikan dua pertiga Barisan Nasional di DUN Sarawak,

Bagaimanapun dengan lima Dun dalam (Parlimen) Kuching yang sapu bersih menggambarkan slogan "ubah" disambut rakyat dengan penuh rasa sedar

Barisan Nasional tidak boleh lagi menafikan hakikan perubahan yang sedang melanda Sarawak, khususnya di Kuching

Satu penipuan terancang sedang dilakukan oleh SPR bagi mengubah keputusan pilihanraya Negeri Sarawak, dengan enggan memberi salinan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.

Borang 14 ialah borang jumlah pengiraan di peti-peti undi. Menurut undang-undang, salinan borang yang ditandatangani itu mestilah diserah kepada petugas parti-parti yang bertanding.

Hak utk mendapatkan Borang 14 adalah mengikut peraturan 25 (12) (B) ii undang2 perjalanan pilihanraya 1981.

“Kami banyak menerima laporan bahawa pegawai-pegawai SPR enggan menyerahkan Borang 14 kepada kebanyakan petugas-petugas KEADILAN dan DAP. Ini tidak mustahil adalah satu bentuk penipuan bagi mengubah keputusan awal,” kata Saifuddin.

Menurut Saifuddin, motif ini semakin jelas apabila Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat kenyuataan bahawa jangan mempercayai laporan SMS dan Twitter.

“SMS dan Tweeter melaporkan jumlah pengiraan undi berdasarkan perkiraan dari peti-peti undi yang didapati dari petugas-petugas. Kenapa beliau harus bimbang dengan laporan SMS ini jika beliau tidak mempunyai niat untuk mengubah keputusan?” tanya Saifuddin.

Tambahan pula malam tadi, Aziz memberi amaran melalui berita TV supaya petugas-petugas parti tidak mengganggu tugas SPR.

Pejabat PR Jemapoh sentiasa mengucapkan syabas kepada petugas dan pungundi2 dan sentiasa mendoakan selamat kembali pejuang kami yg bertugas selama seminggu di sana.

Keputusan Penuh (klik)

Friday, April 15, 2011

Sarawak Deposit Tetap BN.... Kian Terancam

Meniliti laporan media alternatif dan media luar negara, hampir semua pihak bercakap tentang kemungkinan besar tumbangnya kerajaan BN di Sarawak beberapa jam selepas peti undi terakhir di hantar ke pusat pengiraan undi pada 16 April ,hari ini.

Sekiranya ramalan tersebut berlaku menurut apa yang dianalisiskan, maka ia bukan sahaja bermakna berakhirnya satu babak panjang dalam kehidupan politik Sarawak tetapi mengakibatkan ‘simpanan tetap’ BN untuk dua per tiga atau menghampiri nisbah itu bagi kerusi Parlimen menjadi begitu terancam.

Dalam demokrasi lazim, perubahan kerajaan atau lebih tepat perihal saling silih bergantinya parti yang menguasai kerajaan adalah perkara biasa. Bagi rakyat di negara yang mengamalkan demokrasi lazim, mengundi parti ke dalam dan ke luar kerajaan tidak ada kena mengena dengan soal patriotisme dan tidak ada kena mengena dengan soal menumpahkan taat setia kepada nusa dan bangsa.

Malah dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi seperti ini, iaitu demokrasi di mana proses pilihanrayanya, badan yang menguruskan pilihanrayanya dan undang-undang yang digubalnya mencapai keadilan yang hampir mutlak, keberanian dan kematangan rakyatnya dalam mengusir sesuatu parti yang tidak mampu memenuhi aspirasi rakyat, gagal membela nasib rakyat dan terbabit atau dilihat dan dipercayai sebagai terbabit dalam pelbagai elemen penyalahgunaan kuasa, ke luar dari kerajaan, adalah satu tindakan patriotik.

Begitupun, bagi mengelakkan perubahan kerajaan berlaku, tentu sekali terdapat beberapa tokoh tertentu yang cuba menghalangnya dengan menggunakan taktik psikologi. Dalam mempertahankan BN sehingga ke titisan air liur terakhir, Tun Dr. Mahathir misalnya, pernah berkata betapa lebih sering dari tidak, parti baru yang berkuasa kononnya adalah lebih buruk prestasinya dari parti yang diusir keluar dari kerajaan. Irama psikologi ini sekali lagi diulanginya dalam satu tulisan/komen beliau tentang pergolakan politik yang memaksa perubahan parti dan pucuk pimpinan beberapa buah negara Asia Barat tidak lama dulu.

Tidaklah diketahui mengapakah sesetengah individu begitu mudah terpengaruh dengan indoktrinasi ini. Seorang aktivis veteran UMNO yang dikenali misalnya sering menggunakan hujah ini dengan mengambil contoh kejatuhan kerajaan Berjaya di Sabah, di katakan diorkestrakan oleh pemimpin BN sendiri (Berjaya ketika itu adalah sebuah parti komponen BN) bagi memberikan ruang kepada Parti Bersatu Sabah yang baru didaftarkan dan dibidang-terjunkan ke dalam BN sebaik sahaja membentuk kerajaan negeri Sabah pada 1985.

Adalah jelas kenyataan seperti itu lebih merupakan amalan ‘politik menakut-nakutkan’ atau political fear yang digunakan oleh BN sejak dulu lagi. Ia dilakukan bagi menimbulkan kesan kepada umum bahawa ‘kalau bukan BN, tidak ada pihak lain lagi mampu mentadbir negara/negeri.’ Begitupun, tentulah agak lucu dan pelik apabila masih lagi terdapat golongan berpendidikan yang masih termakan dakyah tidak berasas seperti ini.

Di Sarawak kini, tatkala pemimpin dan calon Pakatan Rakyat sedang gigih menjelaskan kepada pengundi apakah yang akan dilakukan oleh parti itu untuk rakyat dan negeri tersebut, pemimpin dan calon BN pula terus sibuk mengulangi falsafah basi kononnya parti yang akan menggantikannya tidak mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, tidak berupaya membawa pembangunan dan pelbagai tidak ‘itu’ dan ‘ini’.

Nampaknya strategi BN di Sarawak kali ini serba tak kena dan serba tak menjadi. Mereka menyangkakan pada pilihanraya umum negeri kali ini rakyat Sarawak akan memilih parti berdasarkan kemampuan menjanjikan pembangunan. Tetapi maklum-balas yang diterima dari agen-agen pemberi maklumat sahih BN cukup meleset sehinggakan keresahan dan kegelisahan begitu ketara terbayang di wajah pemimpin BN negeri dan nasional, termasuk wajah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan juga Pengerusi BN Datuk Sri Najib Tun Razak.

Untuk mendiskreditkan kewibawaan Pakatan Rakyat selanjutnya, pelbagai kisah negatif tentang Ketua Umum PKR di jaja, sama ada menerusi ceramah atau media tempatan dan media nasional.

Begitupun BN terlupa kali ini juga pembuangan undi dan pemilihan parti mana yang bakal menguasai kerajaan bukan lagi dibuat berdasarkan soal kualiti, kemampuan dan kaliber pemimpin. Bagi rakyat Sarawak, mereka tak ambil pusing sekiranya kisah video seks yang kini dijajakan di serata pelusuk negara itu benar membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun tidak. Malah sekiranya ia benar Anwar, jangan kata satu video, malah seratus video pun mereka tak kisah dan tidak akan mengakibatkan mereka bertukar fikiran lalu kembali menyokong BN.

Dalam lain perkataan, BN terlepas pandang betapa sentiman rakyat Sarawak kini bukan disebabkan faktor Anwar. Justeru tak perlulah media BN membawa cerita itu dan ini tentang Anwar. Malah tak perlu juga media BN berjela-jela menceritakan betapa hebat dan berkesannya Datuk Seri Najib Tun Razak mengendalikan negara. Andai kata kehebatan dan keberkesanan Najib 100 kali ganda kehebatan Dr. Mahathir sekalipun, ia tetap tidak berguna lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Dan rata-rata rakyat Sarawak, kecuali penyokong hardcore BN dan Taib, sudah memutuskan dalam minda masing-masing untuk mengundi BN keluar dari kerajaan. Kini limpahan pemberian wang ringgit untuk menyogok pengundi di lihat seakan-akan sudah tidak berguna lagi. Tidak ada lagi cara yang sah bagi BN untuk cuba memujuk hati rakyat. Parti yang menguasai kerajaan itu kini perlu sedar betapa ia bukan lagi disebabkan kemarahan rakyat kepada Taib atau kegagalan BN menguruskan Sarawak menurut kehendak rakyatnya semata-mata. Sebaliknya ia adalah mengenai kitaran kuasa yang berlaku secara semula jadi serta gelombang idea baru yang menimbullkan kesedaran untuk berubah.

Inilah yang pernah dikatakan oleh negarawan, tokoh pejuang hak asasi manusia dan sasterawan Perancis, Victor Hugo: “Tidak ada kuasa sehebat mana sekalipun dapat menentang idea yang masanya telahpun tiba.”

Thursday, April 14, 2011

BN TUMBANG..???

Pilihanraya Umum 12 dianggap berlakunya tsunami politik.Ini kerana ia datang secara tiba-tiba, dan di luar jangka. Fenomena ini di fahami apabila ianya dilihat hampir kembali ke Malaysia, kali ini bergerak ke arah Malaysia Timur, yakni Sarawak.

Sangat menarik untuk diperhatikan. Jika diperhatikan sebelum penamaan calon tempoh hari, suasana politik Sarawak sangat menghambarkan, malah kami berpendapat ianya hanya akan
menjadi satu lagi siri Pilihanraya Kecil yang bosan seperti di Merlimau dan Kerdau. Pun begitu, jangkaan ini nyata meleset. Sebermula sahaja tempoh berkempen, bandar-bandar utama di Sarawak dilihat tenggelam dek ribuan rakyat yang menunjukkan solidariti mereka terhadap Pakatan Rakyat.

NONE
Sentimen ini berlaku secara tiba-tiba, malah pemimpin Pakatan sendiri tidak menjangkakan sambutan yang diberikan menjadi hangat sebegitu rupa. Nampaknya, dalam hal ini Pakatan cuba membesarkan gelombang kebangkitan tersebut sehingga ke kawasan separa bandar dan pinggir bandar, memasuki perkampungan tradisi Melayu Melanau dan akhirnya menyusup masuk ke kawasan rumah panjang. Jika dalam pilihanraya kecil BN mampu menangkis gelombang ini, tetapi tidak pada pilihanraya umum yang besar.

Oleh itu, maka tidak hairanlah apabila kajian akademik telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional sebenarnya telahpun tumbang hasil prediksi dan ramalan yang dibuat Zentrum Future Studies yang dimobilisasikan oleh Pensyarah Universiti Malaya, Profesor Dr.Abu Hassan Hasbullah telahpun mendapat hasil kajian yang memberangsangkan dan berada di luar jangkaan.

Berdasarkan kajian Zentrum, kedudukan parti bertanding menunjukkan Barisan Nasional hanya memperoleh 38% sokongan keseluruhan, diikuti rapat oleh Pakatan Rakyat sebanyak 37%, Parti SNAP 20% dan Bebas sebanyak 6%. Dan jika peratusan pembangkang berbanding kerajaan diambil kira, Barisan Nasional telahpun tumbang dengan peratusan terkumpul sebanyak 62% untuk pembangkang manakala hanya 38% untuk Barisan Nasional.


Dari segi jumlah kedudukan kerusi pula, Barisan Nasional akan tewas di 46 buah kerusi seperti yang diperincikan di bawah:

PREDIKSI KALI PERTAMA

Kerusi Bakal Dimenangi Barisan Nasional:
N2 Tasik Biru,N4 Pantai Damai,N5 Demak Laut,N6 Tupong,N7 Samariang,N17 Tarat,N19 Kedup,N23 Lingga,N33 Kalaka,N35 Belawai,N36 Semop,N38 Jemoreng,N52 Tamin,N56 Baleh,N58 Jepak,N61 Bekenu,N63 Piasau,N65 Senadin,N68 Bukit Kota,N69 Batu Danau,N70 Ba Kelalan
Jumlah : 21

Kerusi Bakal Dimenangi Pakatan Rakyat:
N3 Tanjung Datu,N8 Satok,N9 Padungan,N10 Pending,N11 Batu Lintang,N12 Kota Sentosa,N13 Batu Kawah,N14 Asajaya,N15 Muara Tuang,N20 Sadong Jaya,N22 Sebuyau,N24 Beting Maro,N27 Simanggang,N29 Batang Air,N30 Saribas,N39 Repok,N40 Meradong,N42 Meluan,N45 Bukit Assek,N46 Dudong,N47 Bawang Assan,N48 Pelawan,N49 Nangka,N50 Dalat,N53 Kakus,N54 Pelagus,N59 Kidurong,N62 Lambir,N64 Pujut,N67 Telang Usan,N71 Bukit Sari
Jumlah : 31

Kerusi Bakal Dimenangi SNAP:
N1 Opar,N16 Bengoh,N18 Tebedu,N25 Balai Ringin,N26 Bukit Begunan,N28 Engkelili,N32 Bukit Saban, N34 Krian,N41 Pakan,N43 Ngemah,N44 Machan,N55 Katibas,N57 Belaga,N60 Kemena,N66 Marudi
Jumlah : 15

Kerusi Bakal Dimenangi Calon Bebas:
N21 Simunjan,N31 Layar,N37 Daro,N51 Balingian
Jumlah : 4

Lampiran kajian Zentrum dalam bentuk jadual:

Ramalan Satu (1) : N1-N19

Ramalan Dua (1) : N20-N40

Ramalan Tiga (1) : N41-N60

Ramalan Empat (1) : N61-N71


Itu adalah hasil dapatan daripada prediksi pertama yang telah dilakukan oleh Zentrum.Kajian kali kedua pula mendapati bahawa:

Prediksi Satu (2) : N6 Tupong beralih kepada PR,
manakala N15 Muara Tuang kembali kepada BN

Prediksi Dua (2) : N20 Sadong Jaya beralih kepada BN
dan N30 Saribas beralih kepada BN

Prediksi Tiga (2) : N50 Dalat,N54 Pelagus dan N60 Kemena
kembali kepada BN

Prediksi Empat (2) : N62 Lambir dan N71 Bukit Sari beralih pada BN
manakala N63 Piasau dan N70 Ba Kelalan dimenangi PR

Oleh itu,hasil kajian kali kedua Zentrum menunjukkan bahawa:

-BN mengambilalih kepercayaan pengundi di 7 buah Dun Pakatan Rakyat dan satu Dun SNAP
-Pakatan Rakyat mengambilalih kepercayaan pengundi di tiga Dun BN.

Ini menjadikan kedudukan kerusi semasa berdasarkan kepercayaan pengundi kepada:

Barisan Nasional : 25 kerusi
Pakatan Rakyat : 28 kerusi
SNAP : 14 kerusi
Bebas : 4 kerusi

Selain itu,sokongan ke atas parti politik berdasarkan pecahan kaum adalah seperti berikut:


Jika sokongan ini akhirnya diterjemahkan dalam bentuk kertas undi,Barisan Nasional sebenarnya telahpun tumbang di Sarawak.Apa yang menarik berdasarkan kajian Zentrum adalah:

1. Pas menang di kesemua kerusi pada ramalan pertama kecuali hilang dua kerusi pada ramalan kali kedua iaitu Muara Tuang (BN mendahului 4%) dan Sadong Jaya (BN mendahului 2%).

2. Calon Ketua Menteri Baru Bian didapati tewas pada bacaan kali kedua, tetapi memperbaiki semula kemenangan pada bacaan kali kedua

3. Kebanyakan kerusi yang dimenangi BN adalah disebabkan pertandingan tiga penjuru atau lebih yang menyebabkan perpecahan undi pembangkang

4. Empat calon Bebas menang iaitu Zaini bin Le di Simunjan, Kibak Anak Datu di Layar, Zamhari bin Berawi di Daro dan Salleh Jafaruddin di Balingian.

5.Kuasa penentu untuk membentuk kerajaan negeri terletak di tangan SNAP.


Apapun, masih terdapat baki lebih kurang 30 jam dari sekarang untuk calon bertanding bergerak ke peringkat habis-habisan. Adakah ramalan Prof.Jeniri Amir daripada UMS akan berlaku?Mengikut beliau, Barisan Nasional akan menggunakan taktik carpet bombing di saat akhir, di mana pelbagai bantuan segera akan diberikan supaya pengundi menyokong BN. Ataupun,adakah ramalan Zentrum ini akan menjadi 100% tepat?

Sama-sama kita nantikan kesudahannya.

28 kerusi panas jadi tumpuan di Sarawak

Daripada 71 kerusi yang menjadi rebutan dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini, BN dijangka memenangi 43 kerusi, manakala 28 lagi merupakan kerusi panas, dengan Pakatan mendahului di 19 kerusi dan sembilan lagi 50-50.

azlanIa diasaskan kepada maklumat dalaman Umno, yang merupakan parti utama menunjangi jentera kempen BN dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk menafikan
BN majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada 19 kerusi 'hitam', 16 kerusi ditandingi SUPP - lima di Kuching, empat di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikei, dan masing-masing satu di Sri Aman dan Bintulu.

SUPP diramal akan kehilangan kesemua 13 kerusi yang ditandinginya berdepan dengan calon DAP - Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah (semua di Kuching), Repok, Meradong (kedua-dua di Sarikei), Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan (semua di Sibu), Kidurong (Bintulu), Piasau and Pujut (kedua-dua di Miri).

Manakala PKR pula dijangka memenangi lima kerusi. Antaranya ialah dua kerusi majoriti Cina - Batu Lintang (Kuching) dan Senadin (Miri).

Tiga kerusi lagi ialah Ba'Kelalan - kerusi majoriti Orang Ulu - sementara Lingga and Saribas merupakan kerusi majoriti Melayu-Melanau.

Keseluruhannya, DAP dijangka memenangi 13 kerusi, PKR (lima kerusi) manakala PAS boleh mencatatkan kejayaan memenangi kerusi pertamanya di Sarawak - Beting Maro.

Manakala SNAP pula tidak dijangka memenangi sebarang kerusi di 27 DUN yang ditandinginya.

SUPP mungkin kalah di 18 daripada 19 kerusi

Dengan tinggal satu hari lagi sebelum hari pengundian Sabtu ini, terdapat sembilan kerusi 'kelabu' yang dianggap 50-50.

Simanggang dan Bengoh ditandingi oleh SUPP, dan kedua-duanya mungkin masing-masing dimenangi oleh DAP dan PKR.

Oleh yang demikian, SUPP mungkin mengalami nasib yang sama menimpa Gerakan di Pulau Pinang.

Ia boleh kalah 18 daripada 19 kerusi yang ditandinginya, kecuali di DUN Opar yang merupakan kerusi majoriti Bidayuh.

Semua orang kuat parti itu, termasuk bos SUPP, Tan Sri Dr George Chan dan ketua SUPP, Wong Soon Koh, mungkin kecundang.

Sementara itu, PBB pula mungkin kehilangan tiga kerusi (Tarat, Nangka dan Bukit Kota), manakala partu komponen yang lain - SPDP - boleh hilang tiga kerusi (Ba'Kelalan, Tasik Biru dan Batu Danu) dan PRS pula mungkin kehilangan satu kerusi (Belaga).

Saturday, April 9, 2011

Hebatnya ujian Tuhan



LUMRAH dan menjadi sunatullah seorang pemimpin itu perlu menghadapi cabaran dan halangan. Cabaran yang ditantangnya bukan calang-calang. Semua itu adalah ujian. Ia berlaku bukan pemimpin kebenaran zaman ini, tetapi sejak zaman para Nabi-Nabi dan Rasul lagi. Malahan cabaran dan ujian batin dan fizikal ke atas mereka lebih azab dari pemimpin yang alami hari ini. Kesengsaraan mereka tidak sampai setengah kuku yang kita hadapi kini.

Dalam konteks iman seseorang ada sebuah firman yang berbunyi, "jangan kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji." Pernyataan Allah ini menjelaskan bahawa untuk manusia sampai ke makam iman tertinggi (zahid) dia akan diuji terlebih dahulu. Ibaratnya macam mana boleh dikatakan parang atau pisau itu tajam kalau ia tidak diuji berlaga dengan waja lain.

Nah begitu juga pemimpin. Ujian ini pula tidak ada tempoh atau tahap tertentu. Tidak ada jangka masa alimiahnya. Ia berjalan sepanjang masa selagi manusia itu berjuang. Selagi ia tidak mundur dari medan perang ujian dan cabaran itu tetap akan datang menerpa kepadanya. Ia bukan secerlak tetapi timpa menimpa. Sebab itu dari ukuran Tuhan lagi banyak manusia itu diuji maka makin tinggi tahap keimannya kalau ia lulus dengan ujian itu. Sebalik kalau ia gagal dan mengaku kalah ia akan menjadi fasik.

Cabaran dan ujian ini berbagai-bagai. Ia bukan satu bentuk dan satu jalur saja. Pujian dan sanjungan juga ujian. Malahan ujian berbentuk begini lagi hebat dan mencabar. Ia memakan diri bak api memakan sekan. Yang dipuji tidak merasai dia bergelimpangan dengan dosa dan kemunafikan bila mana nafsu riaknya meyelimuti dirinya angkara pujian dan sanjungan itu.

Cabaran mendada ialah cabaran yang akan melukai jasad dan rohnya. Inilah cabaran paling hebat. Bukan pula bermakna kalau seseorang pejuang itu dapat melalui cabaran ini dia akan berakhir dengan merangkul piala kemenangan. Kalau dalam politik dia akan menjadi pembesar dan puncaknya perdana menteri. Tidak, tidak begitu.

Kemenangan dalam perjuangan ialah apabila kita dapat kekal dan istiqamah dengan prinsip perjuangan kita. Kita tahan dan betah menghadapi ujian dan menegakkan kebenaran dan prinsip perjuangan kita. Biarlah kita kalah, luka, dipenjara tetapi selagi prinsip perjuangan kita yang hak dan benar itu dapat dipertahankan itulah kemenangan. Lantaran itu para mujahidin mendoakan mereka syahid. Dan syahid adalah makanan mujahidin.

Klimeks kepada kemenangan ini ialah kita mati dalam istiqamah di dalam perjuangan. Mungkin hakikat ini sukar diterima terutama mereka yang tidak beriman kepada Allah. Mereka yang mengira bahawa hidup ini hanya setakat dunia ini saja tidak akan mengecapi nikmat dihujung kemenangan abadi. Mereka yang beranggapan begitu mungkin mereka benar. Tetapi bagi yang mempercayai adanya Yaumi Mahsyar sedikit pun tidak merasa bimbang dengan kekalahan didunia ini akibat fitnah.

Begitulah juga yang diterima oleh Anwar Ibrahim. Manusia ini sedang menghadapi ujian bertali arus daripada Allah dilakukan oleh musuh-musuhnya. Anwar bukan nabi. Tetapi apa yang dihadapinya adalah sesuatu yang azab dan sengsara yang mengheret dirinya melalui sunahtulah yang ditempuh para tab'i.

Kekadang tersedak sendu di dada terlerai air mata ini apabila memerhatikan akan kegigihan Anwar menghadapi segala macam ujian berkenaan. Paling menyedukan bila mana sesekali terpandang ke wajahnya dan keluarganya yang tetap tenang menyimpan seribu kesedihan dan kelukaan yang tidak terucap lagi. Sebuah penderitaan maha dalam terpahat kejap di sanubarinya. Terasa ketawa-ketawanya, senyuman-senyumannya dibuat-buat kerana menyembunyikan kepedihan sembilu yang menikan tangkai jantungnya. Semua itu adalah mimik yang disengajakan untuk menghibur pengikut kerana tugas seorang pemimpin adalah memberi hiburan kepada pengikut.

Siapa tahu kalau dalam kamar rumahnya, di atas sejadah dia menangis semahunya? Siapa tahu? Orang tidak mengecapi kesedihan itu kerana ia tidak terpandang dan Anwar berusaha sedaya mungkin melindungi nestapanya. Pemimpin yang bertanggungjawab ialah yang tidak menghadiahkan kedukaan buat pengikutnya. Gembira bersama, kedukaan biarlah ditelan bersendirian. Itulah lajah pemimpin perjuangan.

Apalah yang Tuhan ingin hadiahkan kepadanya atau sememangnya satu kifarah ke atas dosanya. Kalau ia merupakan kifarah apakah sebanyak itu dan masih belum cukup menghukumnya. Sesungguhnya Tuhan tidak zalim dan Anwar adalah makhluk-Nya. Allahuazim hu Jabbar yang mengetahui segala apa yang berlaku ke atas hamba-Nya.

Namun dari luar pengetahuan lautan ilmu Allah apa yang dapat disuluh ke atas Anwar setiap yang berlaku ke atasnya adalah juga percubaan dan ujian untuk ummah Melayu negara ini. Ummah Islam negara. Nasib yang menimpa Anwar adalah lakaran nasib ummah Melayu di negara ini sudah tersurat di luh mahfuz.

Kekejian, fitnah ataupun kejahatan yang dilontarkan kepadanya lebih satu dekad dulu termasuk yang terbaru, hatta juga atas kehendak Allah adalah tafsrian kepada sikap ummah Melayu sebenarnya. Ummah Melayu seperti mana digambarkan dalam filem-filem hitam putih yang penuh dengan hasad dengki, fitnah khianat yang menghirup darah dan memakan daging saudara sendiri.

Iya sudah, kalau tidak mahukan Anwar untuk menjadi pemimpin, jatuhkan dia dengan cara terhormat. Kalau tidak mahu Anwar menjadi kepala jatuhkan dia dengan cara beradab. Kalau tidak mahukan Anwar menjadi pembela nusa dan bangsa, nyahkan dia dengan cara berberdepanan. Tektik dan strategi politik mungkar bukan permainan Melayu Islam sebenarnya. Tektik dan strategi itu adalah permainan syaitan, iblis yang dilaknat oleh Allah. Sebenarnya tanpa kita ketahui ada sebahagian kita lebih jahat dan zalim dari syaitan, kita sengaja memilih jalan sesat itu.

Akhirukalam... percayalah kesedihan dan tangisan akan menjelang dihujung waktu. Saat kita kehilangan sesuatu itulah kita akan menyesali betapa sesuatu itu sangat berharga. Tetapi untuk apa kita menangis dan berlagu lagi sesudah semuanya sudah hilang lenyap. Tidak adalah pepatahan berbunyi, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak beguna... kalau ianya tidak akan menimpa diri kita semua, Melayu.

Sesungguhnya kita ummah yang hina kerana dihinakan oleh politik yang sering amalkan.

Saturday, April 2, 2011

Adegan paling tak ranjang

Oleh Hishamuddin Rais

Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.



Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar.

Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama-sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Le Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal kanak-kanak dan buat anak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap engaging atau filem fikrah.

Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Tayangan ini bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif - Le Carcosa.

Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Kommonwealth pada tahun 1998 dahulu.

Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak-anak muda. Amat ditakuti kalau-kalau anak muda akan pergi beramai-ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.

Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku telah disambut oleh lelaki gelap berpakaian serba hitam, termasuk berkaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti samseng dalam filem Tamil - bangang tapi lawak.

Liputan meluas

Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan wartawan yang telah datang lebih awal berada di situ. Semuanya kelihatan resah dan gelisah , duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.

Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Mat Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini, dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.

Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit, mula kedengaran orang berdengkur. Pada minit ketujuh, dua orang penonton bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.

Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario.

Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman.

Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut dirakam tanpa ada potongan. Penggunaan lapan buah kamera ini cukup hebat, malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi!

Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengisahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang gadis Siam. Si gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini.

Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan, jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan.

Long shot

Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa tertipu. Walaupun lapan kamera digunakan dari pelbagai sudut, semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang- goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menyorot dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot.

Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun reverse angle untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tekan tubi.

Adegan ranjang ini adalah adegan yang paling tidak ranjang, yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang-goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa, mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak juga berlaku.

Mengikut istilah 'nyah ', badan pelakon utama ini, "cukup mak tak taste."

Biar aku berkata jujur bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihatan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boroi dan bergoyang-goyang.

Mengambil pelakon berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang watak utama dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka kacak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila wira filem ini mula berjalan, aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahannya. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke perut.

Pesta filem di Cannes

Bayangkan, siapa pun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini, bukan sahaja boroi, pungungnya tonggek pula. Oh la la... di mana silapnya tuan pengarah ini? Mata aku mencari-cari dalam gelap, di manakah Le Petit Tambi? Pada ketika itu, aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah.

Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah, sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul, bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapi aku amat yakin pelakon ini cukup sesuai untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika dicukur dengan Gillette.

Bila lampu dibuka, aku terperanjat sekali lagi. Hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan 'poyo' walau pun mereka kelihatan bangga menjayakan filem ini.

Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke pesta filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini, kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan lepas.

Bila sampai ke rumah, aku termenung dan langsung membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi.

Lalu aku terfikir, apa sudah jadi? Lalu aku bertanya, ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar tentang Finas kini betul?

Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini, lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda, kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan.M/Kini