Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, April 22, 2011

Majlis kesyukuran Pejuang Kami........

Malam ini 23hb April..di rumah Pakmat Senaling akan diadakan majlis kesyukuran sekembalinya pejuang kita dari tugasan (PRN) Sarawak. AMK Aboy, SU Shamsul, Wanita Kak Ruby dan seorang lagi (Lupa lak nama) telah menceritakan satu pangalaman yg cukup berharga untuk di kongsi dan dijadikan panduan bagi kami.

12 hari bergelumang bersama-sama penduduk kampong yang serba daif. Daif dgn ekonomi, ilmu pengetahuan apatah lagi issu semasa pilihanraya. Demi untuk melihat bumi kenyalang ini bakal bersinar dari cengkaman BN, petugas kita terpaksa menempuh hari-hari yg sungguh mencabar. Tidur berlantaikan simen. Berbantalkan lengan. Menumbuk lada dengan tukul besi dan mencatu makanan yg kekurangan bekalan. Meraka hanya seramai 9 orang petugas2 khusus dari Negeri Sembilan untuk menjaga sebuah Dun sebesar Parlimen Kuala Pilah dengan situasi yg serba kekurangan.

Kekurangan kenderaan, bekalan makanan dan lebih parah turut diamanahkan untuk mendidik penduduk tempatan sebagai petugas PACA dan perayu undi. Sesungguhnya mereka cukup tertutup dari sumber pengetahuan dan hak mereka yg ada. Tahniah & Syabas pejuangku...

Berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-10 menandakan sinar baru kepada keadilan dan perubahan yang lebih bermakna di Sarawak. Tidak pernah berlaku dalam PRN Sarawak sebelum ini yang mana Barisan Nasional (BN) diberikan tentangan yang cukup sengit oleh parti-parti pembangkang.

BN mungkin mendabik dada dengan kemenangan ini. Namun mereka harus ingat, Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya menambah lapan (8) lagi kerusi berbanding PRN Sarawak yang lalu, di samping meningkatkan undi keseluruhan Pakatan sehingga 45%.

Jika tidak kerana peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang terbukti terus menjadi ‘talian hayat’ Barisan Nasional untuk kekal berkuasa di Bumi Kenyalang, pastinya ada beberapa kerusi lagi yang akan jatuh ke tangan Pakatan.

Amat mendukacitakan bilamana sebahagian Melayu Sarawak terus-menerus terjebak ke dalam politik feudal PBB-BN yang mengekang kebebasan berpolitik rakyat.

Ahli politik yang berkedudukan menggunakan kuasa mereka menakut-nakutkan rakyat yang lemah dengan berbagai cara – deraan mental, emosi, ancaman fizikal, penarikan habuan ekonomi dan lain-lain lagi agar rakyat tunduk akur menyembah keinginan ahli-ahli politik feudal.

Kemiskinan dan tahap ilmu pengetahuan yang amat rendah menjadikan mereka alat yang ampuh untuk diperkotak-katikkan supaya mudah memenuhi agenda pemusatan kekayaan dan kuasa di tangan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud dan kroni-kroninya.

Asobiyah kenegerian juga diperbesar dan dipermainkan supaya menimbulkan rasa sangsi yang mendalam terhadap warga senegara dari Semenanjung Malaysia, khususnya daripada Pakatan.

Gelagat Melayu Umnolah sebenarnya yang telah membawa imej buruk terhadap warga Semenanjung Malaysia yang tiada kaitan sama sekali dalam agenda pengautan kekayaan dari Malaysia Timur di mana Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang lebih kaya dari negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) percaya kepada demokrasi tulen sebagai asas kemajuan rakyat. Rakyat bebas bertindak dalam batas-batas peraturan dan undang-undang negara. Rakyat bebas memilih pemimpin dan dasar-dasar tanpa didiskriminasikan. Semua program dan rancangan adalah layak untuk mana-mana sasaran rakyat walaupun mereka ahli Umno atau PBB atau selain Pakatan.

KEADILAN berbangga dengan pertambahan calon-calon wanita dan kejayaan wanita meraih kerusi DUN Sarawak, khususnya dari DAP. Kami juga optimis bahawa kesinambungan terhadap angin perubahan politik dalam pilihan raya ke-10 Dun Sarawak akan berganda kali meningkat menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Keinginan rakyat Sarawak terhadap kerajaan yang penyayang, adil dan saksama amatlah mendalam. Semakin ramai rakyat yang sedar bahawa merekalah yang sebenarnya berkuasa menentukan masa depan Sarawak. Masa akan menjadi saksi keruntuhan pemerintahan feudalistik PBB-BN Sarawak.

Insyaallah....

No comments: