Majlis Pakatan Rakyat
Sunday, April 17, 2011
Melayu Perlu Belajar Dari Cina Dalam Berpolitik
"Sejarah menunjukkan Cina adalah sebuah bangsa yang kuat menghukum. Lihat saja sejarah Tamadun China. Silih berganti dari suatu dinasti kepada suatu dinasti.
Dimana-mana pun wujudnya komuniti berbangsa Cina. Pasti akan wujudnya puak-puak pemerintah. Namun akan ada puak pemerintah yang dominan dan satu lagi puak pengimbang. Lalu masing-masing akan menjalankan aktiviti yang pasti akan menjaga kemaslahatan komuniti teramai.
Ada beberapa siri ucapan Tok Guru Nik Aziz sebelum ini...Cina cukup bijak dlm ekonomi dan berpolitik.
Jika dilihat dalam sejarah Tanah Melayu. Dengan masuknya komuniti Cina ke sini, maka telah wujud beberapa pergerakan yang bergerak secara berkumpulan. Dalam sejarah awal dicatatkan kewujudan Gee Hin dan Hai San.
Dalam arena politik kepartian, antara parti pergerakan bangsa Cina yang awal terbentuk adalah seperti Malayan Chinese Association (MCA) dan All Malayan Chinese Joint Action (AMCJA). MCA kemudiannya mengambil pendirian menerima pelawaan UMNO dalam membentuk Parti Perikatan bersama-sama dengan Malayan Indian COngress (MIC).
Dalam pada itu, majoriti masyarakat Cina menaruh kepercayaan teguh terhadap MCA dalam memacu perkembangan politik Cina di tanah air.
Setelah beberapa penggal memerintah bersama Parti Perikatan, MCA melalui beberapa krisis. Daripada berlaku krisis tersebut, pada 24 Mac 1968 telah lahir Malaysian People's Movement Party; singkatan: Gerakan, sebagai satu wadah baru bagi komuniti Cina di Malaysia.
Sebelum itu, Masyarakat Cina juga sudah ada sekelompok yang memilih untuk berpolitik dari aliran yang berbeza dari sisi Parti Pemerintah. Ditubuhkan pada Oktober 1965, Democratic Action Party (DAP) merupakan antara parti masyarakat Cina yang masih aktif hingga kini berhaluan oposisi dengan kerajaan sedia ada.
Berbekalkan misi mewujudkan pentadbiran yang lebih telus dan terbuka, parti ini tidak hanya berjuang secara sendiri. Dengan demografik politik Malaysia yang berbilang kaum, adalah satu langkah bijak bagi sesuatu parti politik untuk mengadakan kerjasama dengan parti politik dari kaum lain.
Dari sisi oposisi, pati-parti pembangkang di Malaysia sudah pun mewujudkan beberapa gabungan dalam mendepani parti pemerintah. Bermula dari sejarah awal merdeka PUTERA-AMCJA, kemudian pilihanraya umum 1990, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif (PRU-1999) dan terkini Pakatan Rakyat (PRU-2008).
Namun yang jelas gabungan parti oposisi dalam Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan bahawa Malaysia kini menuju ke arah politik yang lebih stabil. Keputusan PRU 2008 memberikan tamparan hebat kepada parti pemerintah yang mentadbir tanpa majoriti 2/3 yang sekian lama diperolehi.
Yang uniknya, keputusan ini lahir dari tindakan drastik pengundi Cina yang memberikan majoriti undi kepada pasti oposisi. Hinggakan Gerakan kehilangan semua kerusi di Pulau Pinang. Malah, penyandang Ketua Menteri, Tan Sri koh Tsu Koon juga tewas dalam piliharaya tersebut.
Terbaru keputusan Pilihanraya Umum Negeri Sarawak menunjukkan Cina terus konsisten ‘menegur’ parti pemerintah. Kekalahan teruk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan sokongan besar pengundi bandar yang majoritinya Cina terhadap DAP sangat signifikan dalam melihat trend atas sikap dan tabiat politik kaum Cina.
Inilah hebatnya politik Cina. Jika dilihat kepada beberapa isu kepentingan kaum Cina yang gagal ditangan dengan saksama oleh parti pemerintah. Masyarakat Cina pasti tidak teragak-agak untuk 'menegur' parti berkenaan.Sangat berbeza dengan politik ihsan Melayu!
UMNO, merupakan parti dominan kaum Melayu sejak dari masa penubuhannya pada 1946. Parti ini tidak pernah sedar dengan segala macam 'teguran' rakyat dari segala macam 'dosa' kezaliman yang dilakukan sejak dari merdeka hingga masa menuju wawasan 2020 ini.
Dari isu keluarnya Singapura dari Tanah Melayu, kemasukan Sabah Sarawak ke Persekutuan, Isu Pulau Batu Putih, melarat hingga isu penyelewengan dan salahguna kuasa, rasuah, pentadbiran, ekonomi dan taraf hidup rakyat, pendidikan dan banyak lagi, segalanya dimaafkan dan didiamkan dengan menutup segala isu ini dengan menuding ke arah pihak lain.
Ya, kemaafan itu sifat mulia! Tapi,kalau sampai 50 tahun lebih memaafkan tapi si pelaku zalim masih tidak menampakkan perubahan,apalah erti kemaafan. Mungkin ada nak bagi kisah Nabi Nuh berdakwah hingga umur kurang 50 tahun dari 1 millenium! Tapi,adakah methodologinya setara dari tahun pertama dakwah hingga ke tahun terakhir?
Ayuh bangunlah Melayu! Buka mata kornea juga mati hati. Permata Islam yang kalian ada takkan hanya untuk disimpan kemas di kabinet-kabinet pasu perhiasan sahaja! Sejarah Islam dari Umayyah ke Abbasiyyah. Kemudian berarak ke Uthmaniyyah. Berganti bukan kepimpinannya?
Sehingga bila UMNO mahu terus diberikan mandat? Contohi kaum Cina. Kita menghukum bukan kerana dendam. Tetapi hukuman itu memang layak sebagai pengajaran. Hukuman ibarat pisau. Tatkala pisau ditangan penjenayah, ia memudharatkan. Tetapi, apabila pisau ditangah seorang suri rumah, ia pasti bermanfaat. Dengannya, seisi rumah dapat menikmati masakan hasil tindakan si ibu menggunakan pisau memotong sayur, menyiang lauk dan menghiris bawang dan paket rempah bagi menyiapkan hidangan makanan.
Kini anda pelajari dan hayati. PRU-13 bakal tiba. Andalah pembuat keputusan. Melayu harus belajar dari Cina!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment