Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, April 17, 2011

Trio Dato T Akan DiTangkap Kerana Mengedar Video Lucah ?




Tumpuan sekarang ke atas tindakan Peguam Negara yang akan membuat keputusan samaada untuk mendakwa Trio Dato T kerana mengedar bahan Video Seks lucah susulan kenyataan Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan kes pertuduhan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Apakah kertas siasatan kali ke 2 ini akan di pulangkan semula untuk siasatan lanjut setelah siasatan kali ini masih tidak dapat mensabitkan pertuduhan kepada Anwar jika merujuk kertas siasatan yang diserahkan kepada Peguam Negara ?


Jika merujuk kenyataan Datuk Acryl dalam laporan Bernama dan Malaysian Insider hari ini membayangkan Trio Datuk T ini boleh ditangkap kerana merekalah yang telah mengedarkan Video Lucah tersebut untuk tontonan umum.

Video seks: Siasatan ‘Datuk T’ edar bahan lucah selesai, kata polis

KUALA LUMPUR, 17 April — Laporan siasatan rakaman video aksi seks, didedahkan “Datuk T” tiga minggu lalu, yang pelakunya didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap, kata polis hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

“Kita tunggu sahajalah . . . kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu,” katanya.

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Susulan itu, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.

“Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu,” kata Acryl.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai “Datuk T” di Carcosa Seri Negara.

Misteri Datuk T yang bermaksud “Trio” itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila Rahim, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Video seks: Siasatan ‘Datuk T’ edar bahan lucah selesai, kata polis

Kredibiliti Peguam Negara akan dicabar sekali lagi untuk mengarahkan pendakwaan kepada Trio Dato T ini. Semua sudah sedia maklum Rahim Thamby Chik bersekongkol jadi penjual, pengarah dan pengedar video lucah setelah beliau di lucut jawatan KM kerana didakwa merogol budak bawah umur. Seumur hidup RTC seks dan rasuah adalah sumber kehidupan rakus nafsu beliau untuk terus bermaharalela. Rakyat Melaka lebih memahami.

Harus diingat , Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang bodoh dalam dunia jika beliau sengaja menjebakkan diri beliau untuk kali ke 3 dalam siri fitnah keatas beliau selama ini.

Skrip Video Fitnah ini juga menjadi sampah setelah polis tidak dapat membuktikan siapa pemilik jam Omega yang dicanangkan Trio Fitnah tersebut menerusi pengedar jenama jam tersebut.

Walaupun Pasukan gerombolan yang di ketuai Najib dan kuncu-kuncu lanun mereka setiap hari memfitnah bahawa Anwar adalah pelakon didalam video tersebut tetapi PDRM langsung tidak mengesahkan bahawa pelakon tersebut adalah Anwar sejak kertas siasatan dibuka.

Ini adalah peluang terakhir Najib dan gerombolan untuk membersihkan imej mereka dengan menghumban Trio Datuk T ini ke penjara kerana mereka akan merosakkan reputasi Najib selaku PM. Buktikan Iklan Tranformasi anda agar tidak di cop sebagai Terlampau-basi dengan menyimpan sampah sarap ini.

PDRM dan Peguam Negara juga harus menjaga kredibiliti mereka yang semakin teruk dengan tidak bersekongkol dengan Trio Bapa Ayam ini untuk menjaga amanah negara.

Peringatan bahawa Kes Video Fitnah Mutakhir ini menjadi penentu hayat bagi BN atau PR untuk memerintah negara menjelang PRU 13 nanti.

"

No comments: