Sementara itu bandaraya KUCHING telah berjaya di tawan oleh Pakatan Rakyat yg terdiri 5 wakil rakyat baru yang berjaya menawan 5 buah kerusi DUN pada pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 dan dengan BN kehilangan 8 kerusi.
Empat calon DAP dan seorang calon PKR menyapu bersih lima Dun dalam Parlimen Kuching.
Empat wakil rakyat bary DAP tersebut adalah Violet Yong (DUN Pending), Christina Chiew Wang See (DUN Batu Kawa), Wong King (DUN Padungan) dan Dan Chong Chieng (DUN Kota Sentosa).
See Chee How yang bertanding atas tiket DAP mewakili DUN Batu Lintang.
Keputusan tersebut menggambarkan rakyat kian sedar dengan kelemahan Barisan Nasional dalam mentadbir kerajaan negeri.
Sebenarnya ekspektasi PR adalah menafikan dua pertiga Barisan Nasional di DUN Sarawak,
Bagaimanapun dengan lima Dun dalam (Parlimen) Kuching yang sapu bersih menggambarkan slogan "ubah" disambut rakyat dengan penuh rasa sedar
Barisan Nasional tidak boleh lagi menafikan hakikan perubahan yang sedang melanda Sarawak, khususnya di Kuching
Satu penipuan terancang sedang dilakukan oleh SPR bagi mengubah keputusan pilihanraya Negeri Sarawak, dengan enggan memberi salinan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.Borang 14 ialah borang jumlah pengiraan di peti-peti undi. Menurut undang-undang, salinan borang yang ditandatangani itu mestilah diserah kepada petugas parti-parti yang bertanding.
Hak utk mendapatkan Borang 14 adalah mengikut peraturan 25 (12) (B) ii undang2 perjalanan pilihanraya 1981.
“Kami banyak menerima laporan bahawa pegawai-pegawai SPR enggan menyerahkan Borang 14 kepada kebanyakan petugas-petugas KEADILAN dan DAP. Ini tidak mustahil adalah satu bentuk penipuan bagi mengubah keputusan awal,” kata Saifuddin.
Menurut Saifuddin, motif ini semakin jelas apabila Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat kenyuataan bahawa jangan mempercayai laporan SMS dan Twitter.
“SMS dan Tweeter melaporkan jumlah pengiraan undi berdasarkan perkiraan dari peti-peti undi yang didapati dari petugas-petugas. Kenapa beliau harus bimbang dengan laporan SMS ini jika beliau tidak mempunyai niat untuk mengubah keputusan?” tanya Saifuddin.
Tambahan pula malam tadi, Aziz memberi amaran melalui berita TV supaya petugas-petugas parti tidak mengganggu tugas SPR.
Pejabat PR Jemapoh sentiasa mengucapkan syabas kepada petugas dan pungundi2 dan sentiasa mendoakan selamat kembali pejuang kami yg bertugas selama seminggu di sana.
Keputusan Penuh (klik)
1 comment:
Doaku pd Allah: Ya Allah timpakan laknat engkau kpd org yg diberi amanah ttpi melakukan pengkhianatan.
Post a Comment