Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, December 19, 2010

Memang nyata Anwar anugerah Allah buat Malaysia

Oleh IBNU OMAR AT-TELUNGI

KETIKA mengikuti kenyataan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR pada Kongres ke-7 di Petaling Jaya pada 28 Disember lalu yang mengatakan bahawa Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah anugerah Allah untuk rakyat Malaysia maka saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan daripada seorang rakyat berfikiran bebas dan kritis.

Ulasan ini tidak sesekali bersifat mengampu ataupun memihak kerana saya adalah seorang rakyat Malaysia yang tidak diikenali oleh Anwar hatta jika saya tidak menggunakan nama samaran sekalipun.

Dan saya bukan ahli parti PKR dan tidak berniat pun menyertai PKR. Oleh itu, tulisan saya tentang Anwar tidak bersifat memuja atau menyokong membabi buta tetapi berdasarkan sejarah perjuangan beliau dan fakta yang akan saya bentangkan.

Bagi saya kenyataan Wan Azizah itu adalah tepat sekali kerana Anwar adalah satu-satunya tokoh politik negara Malaysia yang banyak sekali menerima tribulasi dipenjara beberapa kali dan juga pernah menikmati peranan sebagai antara orang penting di dalam mencorakkan pemerintahan Malaysia.

Sejak muda lagi jiwa beliau bersifat kerakyatan dan banyak memperjuangkan nilai-nikai keadilan dan kemanusiaan.

Di zaman beliau menuntut tahun 70- an beliau antara orang yang ke depan memperjuangkan nasib rakyat miskin di Baling pada masa itu. Dan itulah rasanya kali pertama beliau meringkok dalam tahanan (ISA). Walaupun semasa zaman beliau itu para graduan sangat mudah mendapat kerja yang bergaji lumayan tetapi beliau memilih untuk bersama berbakti kepada rakyat dengan mengketepikan kemewahan peribadi. Sebab itu beliau menubuhkan Yayasan Anda untuk memberi pendidikan kepada rakyat yang miskin menuntut pelajaran dan bukan sedikit Memang nyata Anwar anugerah Allah buat Malaysia mereka yang berjaya dalam pelajaran hasil keluaran dari yayasan itu.

Pendidikan dan penghayatannya dalam agama Islam dan gerakan Islam juga amat kuat memandangkan beliau pernah memegang jawatan paling tinggi dalam ABIM. Kemasukan beliau dalam kabinet pun mengambil masa yang lama setelah ramai rakan-rakannya telah kenyang dan mewah dengan bekerja kerajaan atau dah lama terlibat menyertai kabinet dan orang kuat kerajaan. Itupun kerana merasakan itu adalah cara yang sesuai untuk memperjuangkan Islam dan nasib rakyat. Kemasukannya itu ada baik dan buruknya.

Kebaikannya ialah banyak juga isu rakyat marhaen yang diperjuangkannya. Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang semua orang tahu yang tak perlu diulas dengan terperinci sebab dah banyak tulisan dan buku tentang beliau. Keburukanpun banyak juga di antaranya wujud sedikit perpecahan di antara jemaah Islam yang ada dan umat Islam menjadi keliru untuk mengenal yang mana satu Islam yang tulen.

Tidak sedikit segala ucapan Tun Mahathir serta dasar-dasarnya walaupun bercanggah dengan Islam dan kepentingan rakyat tetapi kuat disokong oleh Anwar kerana Tun Mahathir adalah bosnya pada masa itu. Saudara Ahmad Lutfi Othman yang sentiasa memerhati gerak geri beliau tentu lebih maklum tentang perkara ini. Pada masa itu lah beliau mengecapi segala kesenangan dan kekuasaan sebagai orang nombor dua paling berkuasa di Malaysia.

Ketokohannya di dalam negara dan luar negara usah diperkatakan lagi. Setelah nampak tanda-tanda ia akan menjadi orang nombor satu memimpin negara maka beliau pun dijatuhkan dengan tuduhan rasuah, liwat dengan beberapa orang, melanggan pelacur dan zina dengan isteri orang melalui mahkamah, buku atau tulisan yang cuba mengaibkannya.

Setelah lama mengecapi kemewahan dan kemahsyuran maka bermulalah semula penderitaannya diperlakukan dengan tuduhan yang amat jijik, diperlakukan seperti banduan jenayah berat, dibogelkan, ditumbuk sehingga matanya lebam, dan dipenjara semula beberapa tahun.

Akhirya, sedikit demi sedikit kebenaran memihak kepadanya setelah mahkamah sedikit demi sedikit membersihkan namanya dari segala tuduhan itu dan para penuduh dan pemfitnahnya menerima balasan atau pun makin dilupakan orang.

Anwar mengepalai KeADILan dalam keadaan orang menganggap tiada masa depan berhadaan dengan gergasi BN dengan segala bala tenteranya.

Ujian datang lagi dengan orang kuatnya seperti Ezam yang sangat gigih membelanya sehingga sanggup dipenjara sekarng menjadi antara pejuang di barisan depan dalam mengutuk dan memakinya.

Ditakdirkan Allah KeADILan dengan gabungan parti pembangkang DAP dan PAS memenangi banyak kerusi dalam tsunami pilihan raya tahun 2008 dan akhirnya beliau berjaya menjadi pencatur politik utama di Malaysia.

Malangnya ujian datang lagi di mana tuduhan liwat dengan skrip lama tetapi pelakon baru menerpa menguji kesabaran buat sekian kali dan tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan meringkok di dalam penjara atau pun terlepas dari tuduhan itu.

Kalau mengikut ramalan Subky Latif dalam tulisannya , Harakah 6-9 Disember 2010, menyimpulkan bahawa untuk memastikan beliau tak dapat bertanding dan akhirnya menjadi pemimpin Malaysia maka cara nak hapuskan politiknya ialah dengan membiarkan ia meringkok dalam penjara kerana kes liwat yang dihadapi sekarang ini.

Nampaknya penjara seperti rumah kedua kepada beliau. Beliau nampaknya sangat berani menghadapi sepak terajang pemerintah sekarang ini.

Saya secara peribadi walaupun usia muda melebih 20 tahun berbeza dengan beliau terus terang saya katakan tidak sanggup menghadapi tekanan pihak polis, dilokap, direman, penjara, diISA, ditumbuk, dibogel dan berpisah dengan anak isteri.

Tetapi beliau dengan tenang nampaknya masih sanggup menghadapi itu semua walau usia dah lebih 60 tahun! Sebab itu saya tabik kepada beliau dan tidak semena-mena ketika menziarahi rumah terbuka hari raya hampir 4 tahun yang lampau saya mencium tangan beliau ketika bersalam kerana mengkagumi ketabahan beliau menanggung keperitan ujian dan tribulasi itu. Beliau tidak perasan sedikitpun kerana ribuan orang yang bersalam dengannya dan langsung tak kenal saya sehingga sekarang ataupun sampai bila-bila.

Itu saya tak kisah kerana saya tiada kepentingan dalam tulisan ini. Syabas Anwar, kalau anda dah jadi PM jangan sombong dan ingatlah betapa peritnya dizalimi seperti anda pernah dizalimi supaya bila anda memerintah maka anda tidak akan berani menzalimi rakyat walau sezarah pun!

Memang anda anugerah Allah untuk Malaysia baru kerana siapakah tokoh politik di Malaysia ini pernah lalui dua perkara yang amat berbeza iaitu menahan penderitaan sebegitu rupa dan mengecapi kesenangan sebegitu rupa dalam sejarah perjuangannya hatta tokoh pejuang di zaman awal kemerdekaan dulupun.

Kuala Terengganu

1 comment:

otaklunyai said...

Assalamualaikum w.b.t.,

Saya merasa terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadap tulisan saudara mengenai Anwar.

Pernahkah orang2 melayu yang kononnya terlalu islam berfikir dalam hampir 26 juta rakyat malaysia hanya ada seorang manusia yang sanggup dan diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk melawan kemungkaran umgok yang zalim secara berdepan dan berani.

Apa yang kita perlu lakukan adalah berjihad untuk menyokong beliau didalam perjuangan untuk menghapuskan kezaliman, kemungkaran dan kesesatan yang nyata yang dibawa oleh pemerintah yang ada sekarang yang saya kira telah menjadi kewajipan kita sebagai umat yang mengaku Islam kerana semua ini akan diperhitungkan kelak dihadapan mahkamah Allah Rabbuljalil. Sekurang-kurangnya kita boleh menyatakan sumbangan kita dalam menyokong golongan yang menentang kezaliman dan menyokong golongan yang berjuang untuk menegakkan Kalimah Allah sebagai cara hidup.

Namun disebalik fitnah yang dihadapi oleh beliau sehingga kini ada kurniaan Allah S.W.T. kepada beliau yang mungkin kita alpa. Allah yang maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani pasti mengurniakan pahala setiap hari malah setiap detik kepada beliau atas segala fitnah, kezaliman dan kekejaman yang beliau dan keluarga beliau tempuhi kini. Semoga sekeluarga akan dikurniakan hidayah dan kesabaran untuk menghadapi kezaliman ini.

Dan Insyaallah diakhirat kelak orang2 yang melakukan fitnah ini dan bersama bersubahat samada dengan menyokong, mempercayai, tidak membenci didalam hati malah secara langsung melakukannya, akan membayar segala dosa itu dengan pahala mereka malah akan menanggung pula dosa pihak yang difitnahkan semasa didunia.

Allah S.W.T telah memberi petunjuk dan amaran bahwasanya segala tuduhan zina atau liwat wajib dihadikan 4 orang saksi yang adil. Tanpa 4 orang saksi itu maka tuduhan itu adalah fitnah. Kita ynag mengaku Islam ini sewajibnya beriman kepada perintah Allah ini sekiranya gagal kita telah melakukan salah satu dari dosa besar. Cukup mudah untuk kita mencari jalan penyelesaiannya tetapi kita tidak yakin dengan ayat2 dan perintah Allah.
Dan ada firman Allah yang bermaksud "sekiranya datang suatu berita hendaklah kamu selidiki terutama berita dari orang2 fasik supaya kamu tidak menyesal"... Apakah tahap keimana kita kepada perintah Allah, Al-Quran dan Hadith. Apakah cukup dengan mengadakan tilawah Al-Quran setiap tahun sebagai tanda keimanan itu atau sekadar menipu dan menyesatkan rakyat dan masyarakat.

Wallahualam.