Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, December 26, 2010

1Malaysia wadah perpaduan?

Kenyataan perdana menteri bahawa slogan 1Malaysia bukan alat propaganda politik BN tetapi wadah penyatuan membina masyarakat amat menggelikan hati.

NONESebaiknya Datuk Seri Najib Razak mengarahkan syarikat yang membolot kontrak mencetak kain rentang dan banting slogan ini menarik balik semula kain rentang dan banting yang telah mereka cetak dan pasang.

Jika tidak, ia akan menunjukkan Najib menipu dalam terang. Rakyat melihat dengan jelas bagaimana lambang BN terpapar pada setiap banting yang dipasang.

Gambar PM yang jauh lebih besar dari jalur gemilang juga menjengkelkan mata. Nasihat saya baik tarik semula sebelum diketawakan anak-anak.

Apapun, isu yang lebih penting yang PM atau TPM harus jelaskan kepada rakyat ialah; jika benar ia adalah alat penyatuan dan bukan propaganda Umno-BN mengapa perkara ini tidak pernah dibincang dan dibahaskan dalam parlimen?

Mencecah RM100 juta

1malaysia dinner in galas 031110 danceMengapa ia tidak dimasukkan di dalam bajet negara sedangkan bayaran bagi menghasilkan slogan “indah” ini mencecah RM100 juta.

Mengapa hanya setelah ketua pembangkang membangkitkan perkara ini dengan kaitan kepada penglibatan Apco barulah parlimen membahaskannya? Itupun bukan untuk membahaskan kewujudannya, bayaran ke atasnya, mahupun matlamat mewujudkannya tetapi mahu menghukum ketua pembangkang kerana mengetengahkannya.

Sebarang perkara untuk kebaikan rakyat majmuk di negara ini khusus perpaduan, pasti mendapat sokongan hatta dari ahli parlimen pembangkang.

NONENamun persoalannya, ini tidak di lakukan dan seluruh proses kewujudan 1Malaysia ini cuba dirahsiakan. Ini jelas kelihatan apabila akhirnya minggu lalu ketua pembangkang dan tiga ahli parlimen digantung tanpa diberi hak membela diri.

Pada saya, untuk menerima slogan ini sebagai slogan penyatuan memang jauh dan tidak sama sekali. Ia lebih kepada simbol politik Umno-BN yang telah membunuh kesucian parlimen; institusi tertinggi Negara. Sekali gus ia telah menjadikan hari hitam kepada parlimen dan amalan demokrasi yang selama ini dikatakan diamalkan di negara ini.

2Malaysia

Tambahan pula, ternyata rata-rata rakyat Malaysia tidak menikmati 1Malaysia, tetapi 2Malaysia yang penuh dwi standard. Satu untuk Malaysia Umno-BN dan satu untuk Malaysia rakyat marhain.

selangor protest against syabas 20101205 student bannerApa erti 1Malaysia apabila kroni Umno-BN seperti Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas yang menyebabkan kerugian syarikat sehingga berhutang RM2.9 billion tetapi menerima gaji RM 425,000 sebulan?

Apa erti 1Malaysia apabila kerajaan BN membelanjakan duit rakyat RM320 juta memberi pinjaman mudah kepada Syabas?

Adakah 1Malaysia jika bekas pemimpin Umno boleh bercuti ke Disneyland dengan membelanja duit rakyat? Atau adakah 1Malaysia namanya apabila pemimpin mendapat komisyen RM534 juta untuk pembelian kapal selam? Atau mungkin inilah 1Malaysia apabila rakyat kerugian RM12 billion akibat skandal PKFZ !

azlanSebaliknya, sejak mendapat ilham “penyatuan” 1Malaysia ini, terdapat rakyat Malaysia dari golongan marhain yang terpaksa memikul beban ekonomi yang kian berat akibat keputusan kerajaan Umno-BN menaikkan harga petrol, bil elektrik, gula, dan barang-barang keperluan asas lainnya.

Laga-lagakan kaum

Kita pelik dengan sikap ambil mudah PM yang merasakan rakyat boleh diperdaya melalui satu slogan. Sepanjang 50 tahun memerintah, Umno-BN tidak pernah berhenti melaga-lagakan kaum dan agama. Akibatnya, syak wasangka kian menebal. Isu perarakan kepala lembu, kepala babi dan pembakaran surau berlaku selepas 1Malaysia.

NONEApabila sesuatu dilakukan tanpa niat yang ikhlas maka perlaksanaannya pasti pincang. Logo 1Malaysia bertembung dengan jalur gemilang. PM menjerit "1Malaysia", TPM melaungkan “Melayu Dahulu”.

Presiden Umno menjunjung 1Malaysia, naib presiden Umno menjulang keris bertempek “Ketuanan Melayu". Hakikatnya kerana tidak ikhlas, berkata tidak sekata, melangkah pula, mengorak langkah sumbang.

Rakyat terutama di Selangor telah bersatu padu khususnya selepas Mac 2008 yang lalu. Slogan dalam apa bunyi sekalipun tidak memberi makna kepada kami, jauh sekali berasa takut.

Sebaliknya, sumber-sumber kerajaan negeri akan ditujukan sepenuhnya untuk menyemai nilai-nilai muhibbah yang jitu, membanteras segala unsur rasuah dan menegakkan keadilan atas prinsip 1Undang-undang Untuk Seluruh Rakyat.


NONEPenulis adalah setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor

No comments: