Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, December 12, 2009

Pertanyaan Ng Kor Ming di Putar belit Media

PETALING JAYA, Dis 12 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (gambar) yang lazimnya lantang dalam isu-isu berkaitan Islam mempertahankan rakannya di Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dari DAP sambil menyifatkan sesetengah pihak termasuk media • Penjelasan Kor Ming tidak cukup (klik) *Nga cuba hasut patut kena dakwa(klik) * telah memutarbelitkan kenyataan wakil rakyat berkenaan.

Nga dan DAP tidak mempertikaikan hak umat Islam dan tanggungjawab kerajaan persekutuan memberikan peruntukkan kepada umat Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, kata beliau.

Tegas Zulkifli, Nga cuma meminta bantuan dan peruntukan bagi pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

“Saya telah membaca laporan berkaitan kenyataan Nga (DAP-Taiping) yang didakwa mempertikai peruntukan yang diberikan untuk pembinaan 611 buah masjid di Malaysia bagi tempoh 2000 hingga 2008.

“Saya dapati kenyataan beliau tidak seperti yang digambarkan oleh akhbar-akhbar.

“Apa yang beliau katakan ialah mengapa peruntukkan untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam terlalu kecil berbanding dengan peruntukkan yang diberi untuk pembinaan masjid,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

Sehubungan itu kata Zulkifli dari Parti Keadilan Rakyat, “pada saya tidak ada salahnya beliau sebagai seorang bukan Islam menanyakan soalan tersebut.”

Zulkifli menjelaskan Nga sama sekali tidak menolak hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi tanggungjawab kepada kerajaan pusat untuk membantu dan memberi peruntukkan membina pusat-pusat dan institusi-institusi Islam seperti sekolah agama dan masjid.

Malahan Nga dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain menyedari dan menginsafi bahawa hak umat Islam menurut Perlembagaan Persekutuan adalah dijamin dan mesti dihormati.

“Bagi maksud itulah satu kerangka kerjasama dan persefahaman Pakatan Rakyat telah diisytiharkan dan ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang yang terang-terang menyebut bahawa kesemua komponen Pakatan Rakyat menghormati hak dan keistimewaan umat Islam seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan,” katanya.

Justeru beliau menambah, kenyataan Nga telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu untuk agenda politik sempit bersifat chauvinistik perkauman.

“Malahan kita sebagai umat Islam sepatutnya menghormati hak penganut agama lain untuk rumah ibadat mereka. Saya tidak nampak di mana salahnya mereka meminta sedikit bantuan untuk pembinaan rumah ibadat mereka.

“Di bawah konsep daulah Islamiah, kita akan meraikan dan menghormati keperluan dan kebajikan golongan kafir dhimmi.

“Ia berbeza kalau DAP mempertikaikan hak umat Islam dan tanggungjawab kerajaan persekutuan memberikan bantuan dan peruntukkan kepada umat Islam sebagaimana yang diberikan di bawah Perlembagaan,” katanya.

Jika keadaan itu berlaku, tegas Zulkifli beliau akan menjadi orang pertama mengutuk mereka sekeras-kerasnya tanpa sebarang keraguan.

“Dan sudah pasti saya akan ambil tindakan lebih jelas terhadap mereka.

“Tetapi bukan itu apa yang berlaku dalam kes ini. Nga cuma meminta bantuan dan peruntukan bagi pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

“Beliau tidak mempertikaikan hak umat Islam membina masjid! Walaupun tidak menjadi tanggungjawab kerajaan menurut Perlembagaan dan undang-undang negara, namun kalau kita ada lebihan peruntukkan apa salahnya membantu mereka,” katanya.

Katanya, selagi pembinaannya tidak mengganggu umat Islam seperti apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam, kerajaan patut beri pertimbangan.

“Kalau ada kita bagi sedikit bantuan, kalau tidak ada kita kata sahaja tidak ada... habis cerita.

“Sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam dan institusi Islam dalam negara ini banyak berlaku di tangan orang Melayu sendiri.

“Kalau kafir yang buat kita sedia maklum memang itu kerja dia. Tapi kalau Melayu yang buat, apa label yang kita nak bagi... pengkhianat? Munafik?

“Sebab itu saya menyeru kaum saya bangsa Melayu supaya sedar dan insaflah kita, bahawa nasib masa depan bangsa kita terletak kepada Islam,” katanya lagi.

@PR Juasseh/Jemapoh@

1 comment:

Hazman Hashim said...

Syabas sdr n the gang di jemapoh. Terus HIDUPPP