Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, December 5, 2009

Di sebalik Akuan Sumpah BALA ke 2

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Bala Menegaskan Akuan Bersumpah Pertamanya dan Mengatakan bahawa Beliau Ditawarkan RM5 Juta untuk Menarik Balik Akuannya Itu (PI Bala reiterates his first SD and says he was offered RM5 million to retract it)








THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

AKUAN BERSUMPAH

Saya, Balasubramaniam a/l Perumal (K/P NO: xxxxxx-xx-6235), seorang warganegara Malaysia yang sudah dewasa dan tinggal di [dipadam], Selangor, menyatakan dengan tegas dan ikhlas seperti yang berikut:

1. Saya adalah pegawai polis dengan Polis Diraja Malaysia, yang mana saya menyertai pasukan polis sebagai konstabel pada tahun 1981, yakni bertugas dalam Pasukan Lapangan Polis. Saya kemudiannya dinaikkan pangkat kepada Lans Korporal dan akhirnya berhenti pada tahun 1998, iaitu ketika bertugas dalam Cawangan Khas.

2. Semenjak meninggalkan Pasukan Polis, saya bekerja sebagai Penyiasat Persendirian.

3. Antara bulan Jun dan Julai 2006, saya diupah oleh Abdul Razak Baginda bagi jangka masa 10 hari, yakni bagi melindunginya di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, antara jam 8:00 pagi dan 5:00 petang setiap hari. Dia kelihatan seperti diganggu oleh pihak ketiga.

4. Saya melepaskan tugasan ini selepas 2 ½ hari kerana saya tidak menerima arahan yang tepat.

5. Saya kemudiannya diminta untuk kembali memberikan perkhidmatan saya pada 05-10-2006. Ini kerana dia menerima telefon daripada seorang lelaki Cina yang memanggil dirinya ASP Tan. Lelaki Cina itu mengugutnya dengan arahan supaya membayar hutang-piutangnya. Saya kemudiannya mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya adalah seorang penyiasat pensendirian bernama Ang yang diupah oleh seorang perempuan Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

6. Abdul Razak Baginda bimbang bahawa seorang yang bernama Altantuya Shaariibuu, yakni seorang wanita Mongolia adalah dalang di sebalik ancaman itu dan bahawa dia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, dan akan cuba menghubunginya.

7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa beliau khuatir akan hal ini kerana dia diberitahu bahawa Altantuya Shaariibuu telah diberikan kuasa oleh 'bomoh' Mongolia dan disebabkan ini, dia (Abdul Razak Baginda) tidak akan berupaya melihat wajahnya.

8. Apakah saya bertanya akan identiti wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia adalah kawannya yang diperkenalkan kepadanya oleh seorang VIP. Menurutnya, VIP itu memintanya untuk memastikan segala keperluan kewangan wanita itu terjaga.

9. Saya menyarankannya untuk membuat laporan polis mengenai ancaman seorang Cina yang dikenali sebagai ASP Tan terhadapnya, tetapi dia menolak untuk berbuat demikian kerana menurutnya, individu berpangkat tinggi juga terlibat dalam permasalahan itu.

10. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa Altantuya Shaariibuu adalah pembohong besar. Menurutnya, Altantuya suka mendesak dari segi kewangan dan bahawa dia (Abdul Razak Baginda) telah membiayai pembelian hartanah untuknya di Mongolia.

11. Abdul Razak Baginda kemudiannya membiarkan saya mendengar beberapa mesej suara melalui telefon bimbitnya, yang mana mesej itu memintanya untuk membayar sesuatu yang terhutang olehnya. Jika tidak, dia akan dicederakan dan anak perempuannya akan diganggu.

12. Jadi, selain dirinya, saya juga sepatutnya melindungi anak perempuannya, iaitu Rowena.

13. Pada 09.10.2006, saya menerima panggilan telefon daripada Abdul Razak Baginda pada sekitar 9:30 pagi. Dia memberitahu saya bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan dia mahu saya datang dengan segera. Disebabkan saya sedang melakukan pengawasan, maka saya menyuruh pembantu saya, Suras untuk pergi ke pejabat Abdul Razak Baginda, manakala saya menyusul kemudian. Suras berjaya mengawal situasi dan memujuk Altantuya dan dua orang kawannya untuk meninggalkan tempat itu. Altantuya meninggalkan nota dalam Bahasa Inggeris, yang ditulis di atas kertas tulis Hotel Malaya. Dalam surat itu, dia meminta Abdul Razak Baginda untuk menelefon telefon bimbitnya (nombor diberikan). Dia turut menuliskan nombor biliknya.

14. Altantuya memperkenalkan dirinya sebagai 'Aminah' kepada Suras dan memberitahu Suras bahawa dia berada di situ untuk bertemu dengan teman lelakinya, Abdul Razak Baginda.

15. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga gadis Mongolia itu sekali lagi datang ke pejabat Abdul Razak Baginda di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada keesokan harinya, iaitu pada sekitar jam 12.00 tengah hari. Mereka tidak memasuki bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras bahawa mereka ingin bertemu dengan teman lelaki Aminah, iaitu Abdul Razak Baginda.

16. Pada 11.10.2006, Aminah datang ke pejabat Abdul Razak Baginda secara bersendirian dan memberikan nota kepada saya, yakni untuk diserahkan kepada Abdul Razak Baginda. Saya menyerahkan nota itu kepada Abdul Razak Baginda. Abdul Razak Baginda menunjukkan nota itu kepada saya, yang mana Aminah memintanya untuk menelefonnya dengan segera.

17. Saya mencadangkan kepada Abdul Razak Baginda bahawa jika dia terus diganggu oleh Aminah, adalah langkah yang bijak bagi mendapatkan bantuan polis bagi menangkap wanita itu. Namun Abdul Razak Baginda menolak karena dia yakin bahawa Aminah akan pulang ke Mongolia apabila dia kehabisan wang.

18. Sementara itu, saya mengarahkan Suras untuk memgawasi Hotel Malaya, dengan tujuan memantau pergerakan 3 gadis Mongolia itu. Walau bagaimanapun, mereka berjaya mengecamnya. Rupa-rupanya, selepas kejadian itu, Suras menjadi kawan mereka, bahkan tidur selama beberapa malam di bilik hotel mereka.

19. Apabila Abdul Razak Baginda mendapat tahu bahawa Suras makin akrab dengan Aminah, dia meminta saya supaya tidak lagi menugaskan Suras untuk mengawasi Hotel Malaya.

20. Pada 14.10.2006, Aminah muncul di rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara, yakni ketika saya tiada di situ. Abdul Razak Baginda menelefon saya untuk memberitahu saya tentang perkara itu. Lalu, saya bergegas ke rumahnya. Apabila saya tiba di situ, saya ternampak Aminah di luar pintu pagar sambil berteriak "Razak, keparat, keluar kau dari rumah". Saya cuba menenangkannya tetapi gagal. Jadi, saya menelefon polis yang kemudiannya datang dalam dua kereta peronda. Saya menjelaskan mengenai situasi itu kepada polis, yang kemudiannya membawanya (Aminah) pergi ke Balai Polis Brickfields.

21. Dengan menggunakan teksi, saya mengekori dua kereta peronda itu ke Balai Polis Brickfields. Saya menelefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya, Dirren, yakni supaya mereka membuat laporan polis. Tetapi mereka enggan melakukannya.

22. Ketika saya berada di Balai Polis Brickfields, Penyiasat Persendirian Aminah, iaitu En. Ang tiba dan kami berbincang. Saya disuruh menyampaikan tuntutan (Aminah) kepada Abdul Razak Baginda berupa USD$500,000.00 dan 3 tiket (penerbangan) ke Mongolia, iaitu sebagai komisen yang terhutang kepada Aminah ekoran urusniaga di Paris.

23. Disebabkan pada ketika itu, Aminah sudah pun beransur tenang, maka seorang polis wanita di Balai Polis Brickfields menyarankan supaya saya pulang dan menyelesaikan masalah itu secara baik.

24. Saya memberitahu tentang tuntutan Aminah kepada Abdul Razak Baginda. Saya juga memberitahunya bahawa saya sangat kecewa kerana tiada siapa yang setuju dengan syor saya supaya laporan polis dibuat. Kami berbincang panjang lebar tentang situasi itu. Saya langsung menyatakan bahawa saya ingin menarik diri dari tugasan itu.

25. Dalam perbincangan itu dan dalam usahanya untuk memujuk saya untuk terus memberikan perkhidmatan kepadanya, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa:--

25.1. Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pameran berlian di Singapura.

25.2. Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Abdul Razak Baginda bahawa beliau mempunyai hubungan seksual dengan Aminah dan bahawa dia (Aminah) rentan terhadap seks anal.

25.3. Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu Aminah mengganggunya, yang kini sudah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

25.4. Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah menghadiri suatu majlis makan malam di Paris.

25.5. Aminah menuntut wang daripadanya kerana dia berasa bahawa dia berhak mendapat komisen USD$500,000.00 atas bantuan yang diberikannya bagi satu urusniaga kapal selam di Paris.

26. Pada 19.10.2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara bagi memulakan tugasan malam. Seperti biasa, saya meletakkan kereta saya di luar. Saya kemudiannya melihat sebuah teksi Proton Perdana berwarna kuning berlalu. Terdapat 3 orang wanita di dalamnya, yang mana salah seorang daripadanya adalah Aminah. Teksi itu melakukan pusingan U, lalu berhenti di depan rumah. Kemudian, wanita-wanita itu menurunkan tingkap teksi dan mengucapkan "Selamat Deepavali”. Selepas itu, teksi berkenaan berlalu pergi.

27. Sekitar 20 minit kemudian, teksi yang sama kembali, tetapi dengan hanya Aminah di dalamnya. Dia keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya, lalu mula bercakap dengan saya. Saya menghantar SMS kepada Abdul Razak Baginda, "Aminah ada di sini". Saya menerima SMS daripada Razak, "Tahan dia sampai orang saya datang".

28. Semasa kami berbual, Aminah memberitahu saya tentang perkara yang berikut:--

28.1. Bahawa dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda di Singapura dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

28.2. Bahwa dia juga bertemu dengan Abdul Razak Baginda dan Datuk Seri Najib Tun Razak di suatu majlis makan malam di Paris.

28.3. Bahawa dia dijanjikan USD$500,000.00 sebagai komisen atas bantuannya dalam satu urusniaga kapal selam di Paris.

28.4. Bahawa Abdul Razak Baginda telah membelikan sebuah rumah di Mongolia untuknya, tetapi adik lelakinya telah membiayai semula rumah itu. Jadi, dia memerlukan wang bagi menebusnya (rumah itu).

28.5. Bahawa ibunya sakit dan dia memerlukan wang bagi menampung kos rawatan ibunya.

28.6. Bahawa Abdul Razak Baginda telah mengahwininya di Korea, yang mana ibunya berbangsa Korea sementara ayahnya adalah kacukan Mongol/Cina.

28.7. Bahawa jika saya tidak membenarkannya berjumpa dengan Abdul Razak Baginda, dapatkah saya membantunya untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

29. Setelah berbual dengan Aminah selama sekitar 15 minit, sebuah kereta Proton Aeroback berwarna merah tiba dengan seorang wanita dan dua orang lelaki. Saya kini tahu bahawa wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, manakala dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azahar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu di dalam kereta.

30. Azilah bertanya kepada saya sama ada wanita itu adalah Aminah dan saya berkata “Ya”. Dia kemudiannya berjalan pergi dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit selepas itu, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu berlalu dengan perlahan-lahan. Tingkap kereta itu diturunkan dan pemandunya memerhatikan kami.

31. Azilah kemudiannya memberitahu saya bahawa mereka akan membawa Aminah pergi. Saya memberitahu Aminah mereka akan menahannya. Kemudian, dua orang lain yang berada di dalam Proton merah itu bertukar tempat duduk. Ini dilakukan supaya Lans Korporal Rohaniza dan Aminah berada di belakang, manakala Azilah Hadri dan Sirul Azahar berada di depan. Mereka memandu pergi dan itulah kali terakhir saya melihat Aminah.

32. Semasa semua ini berlaku, Abdul Razak Baginda tiada di rumah.

33. Selepas 19.10.2006, saya terus bekerja untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Bukit Damansara, iaitu antara jam 7:00 malam dan 8:00 pagi keesokan harinya. Ini kerana dia telah menerima beberapa SMS berbau ancaman daripada seorang wanita bernama 'Amy', yang tampaknya adalah sepupu 'Aminah’ di Mongolia.

34. Pada malam 20.10.2006, kedua-dua orang kawan Aminah datang ke rumah Abdul Razak Baginda bagi menanyakan tentang keadaan Aminah. Saya memberitahu mereka bahawa dia (Aminah) telah ditangkap pada malam sebelumnya.

35. Dua malam kemudian, kedua-dua gadis Mongolia itu, En. Ang dan seorang gadis Mongolia lain bernama 'Amy' datang ke rumah Abdul Razak Baginda bagi mencari Aminah. Mereka kelihatan yakin bahawa dia (Aminah) ditahan di dalam rumah itu.

36. Disebabkan kekecohan berlaku, saya menelefon polis. Tidak lama kemudian, sebuah kereta peronda tiba. Sebuah lagi kereta peronda sampai tidak lama kemudian, iaitu yang membawa pegawai penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi. Pegawai itulah yang mengetuai siasatan berkenaan laporan kehilangan yang dibuat oleh salah seorang daripada gadis berkenaan. Saya percaya bahawa laporan itu dibuat oleh Amy.

37. Saya menelefon Abdul Razak Baginda yang pada masa itu berada di rumah bagi memberitahunya tentang peristiwa yang berlaku di depan rumahnya itu. Dia kemudiannya menelefon DSP Musa Safri. Selepas itu, dia menelefon saya semula dan memberitahu saya bahawa Musa Safri akan menelefon telefon bimbit saya, dan saya perlu menyerahkan telefon bimbit saya kepada inspektor dari Balai Polis Dang Wangi itu.

38. Saya kemudiannya menerima panggilan telefon daripada Musa Safri dan menyerahkan telefon bimbit saya kepada inspektor dari Balai Polis Dang Wangi itu. Perbualan itu berlangsung antara 3 dan 4 minit. Selepas itu, dia (inspektor) menyuruh gadis-gadis itu beredar dan datang menemuinya keesokan harinya.

39. Pada atau sekitar 24.10.2006, Abdul Razak Baginda menyuruh saya menemaninya ke Balai Polis Brickfields. Ini kerana dia dinasihatkan supaya membuat laporan polis berhubung dengan gangguan oleh gadis-gadis Mongolia tersebut.

40. Sebelum itu, Amy ada menghantar SMS bagi memberitahu saya bahawa dia akan ke Thailand untuk membuat laporan kepada Konsulat Mongolia mengenai kehilangan Aminah. Rupa-rupanya, dia menghantar SMS yang sama kepada Abdul Razak Baginda. Disebabkan itulah maka Abdul Razak Baginda dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

41. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa DSP Musa Safri telah memperkenalkan DSP Idris kepadanya. DSP Idris adalah Ketua Bahagian Jenayah, Balai Polis Brickfields. Abdul Razak Baginda kemudiannya dirujuk oleh Idris kepada ASP Tonny.

42. Ketika Abdul Razak Baginda membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields, iaitu di depan ASP Tonny, beliau diminta untuk membuat kenyataan. Tetapi beliau enggan kerana menurutnya, beliau akan berangkat ke luar negara. Namun begitu, beliau berjanji untuk menyediakan kenyataan dan menyerahkan thumb drive kepada ASP Tonny. Saya tahu bahawa ini tidak dilakukannya, sebagaimana yang diberitahu oleh ASP Tonny kepada saya.

43. Keesokan harinya, ASP Tonny meminta saya untuk memberikan kenyataan. Saya melakukannya.

44. Saya berhenti bekerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26.10.2006 kerana itu adalah hari dia berangkat ke Hong Kong secara bersendirian.

45. Pada pertengahan November 2006, saya ditelefon oleh ASP Tonny dari IPK Jalan Hang Tuah. DIa meminta saya untuk berjumpa dengannya berhubung dengan kes Aminah. Sebaik sahaja saya tiba di situ, saya terus ditahan di bawah S.506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah.

46. Saya kemudiannya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 5 hari. Pada hari ketiga, saya dibebaskan dengan jaminan polis.

47. Pada akhir November 2006, Jabatan D9 IPK berkenaan menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk mengiringi saya ke IPK Jalan Hang Tuah. Apabila saya sampai, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah S.302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh. Saya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 7 hari.

48. Saya dibawa ke Bukit Aman, di mana saya disoal siasat tentang SMS yang saya terima daripada Abdul Razak Baginda pada 19.10.2006, yang berbunyi, "Tahan dia sampai orang saya datang". Mereka memperoleh SMS ini dari telefon bimbit Abdul Razak Baginda.

49. Mereka kemudiannya merakam kenyataan saya dari jam 8:30 pagi hingga jam 6:00 petang setiap hari, yakni selama 7 hari berturut-turut. Saya memberitahu mereka segala-gala yang saya tahu, termasuklah pernyataan oleh Abdul Razak Baginda dan Aminah tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi maklumat ini tiada apabila saya diminta menandatangani kenyataan saya.

50. Saya telah memberikan keterangan semasa perbicaraan yang membabitkan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwaan tidak mengajukan sebarang soalan berhubung dengan hubungan Aminah dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun panggilan telefon yang saya terima daripada DSP Musa Safri, yang saya percaya adalah ADC bagi Datuk Seri Najib Razak dan/atau isterinya.

51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditangkap, saya ada bersama dengannya di pejabat peguamnya pada pukul 6:30 pagi. Abdul Razak Baginda memberitahu kami bahawa dia telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelumnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai sebab dia akan ditahan. Walau bagaimanapun, SMS itu tidak dijawab.

52. Tidak lama kemudian, iaitu pada sekitar pukul 7:30 pagi, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan menunjukkannya kepada saya dan peguamnya. SMS itu berbunyi, "Saya akan berjumpa dengan IGP pada pukul 11.00 pagi hari ni... masalah ni akan diselesaikan... bawa bertenang.”

53. Saya mendapat maklumat bahawa Abdul Razak Baginda ditahan pada pagi yang sama di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.

54. Matlamat Akuan Bersumpah ini adalah untuk:--

54.1. Menyatakan kekecewaan saya pada standard penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menyiasat pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

54.2. Membawa kepada perhatian pihak berkuasa yang berkaitan tentang kemungkinan besar bahawa ada orang lain selain ketiga-tiga yang tertuduh, yang telah memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

54.3. Meyakinkan pihak berkuasa yang relevan untuk membuka semula siasatan bagi kes ini dengan segera, sehingga bukti baru dapat dikemukakan kepada Mahkamah sebelum penyerahan pada peringkat akhir kes Pendakwaan.

54,4. Menegaskan fakta bahawa selepas menjadi anggota Polis Diraja Malaysia selama 17 tahun, saya benar-benar yakin bahawa mana-mana pegawai polis pun tidak akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan tubuhnya tanpa menerima arahan khusus daripada ketua mereka.

54.5. Menyatakan keprihatinan saya bahawa jika pembelaan tidak dipanggil dalam perbicaraan kes bunuh tersebut, maka Sirul akan Azilah tidak perlu bersumpah dan memberi keterangan tentang arahan yang mereka terima dan siapakah yang memberikan arahan itu.

55. Saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa yang disebut di dalamnya adalah benar dan menurut Undang-undang Surat Akuan 1960.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya

Diakui oleh orang yang tersebut namanya di atas

Balasubramaniam a/l Perumal

1 Julai 2008

Di hadapan saya,

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysia
Tajuk: Bahagian 5: Saya Cuma Berharap Menamatkan Segala Gangguan (Part 5: I Just Want The Harassment to end)

Bala telah dibayar sebanyak RM 750,000 sehingga kini namun penderaan keatasnya menyebabkan dia seolah-olah seorang yang dipenjarakan. Dia mengatakan dia akan keluar dari keadaan tersebut untuk menamatkan penderaan yang berlaku terhadapnya dan supaya dia boleh hidup sebagai orang biasa. Dia hanya mahukan kehidupannya semula.....

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Q 69. Berapa lamakah anda mengenali ASP Suresh sebelum peristiwa ini?

A. Saya mengenali beliau selama 10 tahun yang lepas. Ketika saya bertemu dengannya, dia adalah seorang pegawai senior Pejabat Siasatan di IPK Kuala Lumpur. Saya adalah seorang penyiasat persendirian. ASP Suresh menggunakan saya untuk membantu dia dalam mengesan sumber dan maklumat penting sesebuah panggilan kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat telekomunikasi dan pantas untuk mendapatkan maklumat berbanding dengan pihak polis kerana mereka terpaksa mengikut jalan yang dikatakan rasmi.

Pada satu ketika, saya pernah bekerja untuk ASP suresh sebagai pengawalnya di sebuah pub di Jalan Imbi.

Dia telah digantung perkhidmatannya sebagai pegawai polis pada tahun 2006 kerana disiasat oleh SPRM dalam kes rasuah.

Q 70. Pernahkah anda berjumpa dengan Deeppak sebelum peristiwa ini?

A. Tidak. Namun saya pernah memberikan perkhidmatan kepada Dinesh pada hari yang lepas. Saya tahu Deepak adalah abang kepada Dinesh.


Q 71. Anda pernah menyatakan anda pernah berjumpa dengan seorang Datuk VIP yang berbangsa Melayu diluar pameran Volkswagen di The Curve pada malam 3 Julai 2008. Siapakah lelaki tersebut? .

A. Beliau ialah Datuk Nazim Razak, adik bongsu kepada Najib. Dia berada disitu bersama isterinya yang sedang mengandung. Bagaimana pun saya tidak berbual dengan isterinya, saya megenalinya kerana dia adalah seorang personality TV. Saya rasa dia adalah seorang hos program 'Nona'.

Deepak adalah orang yang membawa saya bertemu meraka.

Sebab itulah ASP Suresh tidak mahu kami berjuma di tempat yang mempunyai kamera CCTV.

Q 72. Semasa anda berada di Hotel Hilton di KL Sentral bersama Deepak, Dinesh dan ASP dan selepas anda menandatangani surat sumpah yang kedua, adakah sesuatu yang bermakna dikatakan kepada anda?

A. Ya. Ada dua perkara yang Deepak memberitahu saya.

Dia memberitahu saya bahawa Rosmah gembira kerana saya menarik balik surat sumpah saya yang pertama dan ingin bersarapan dengan saya.

Bila saya bertanyakan kepada Deepak, berapa lama saya harus meninggalkan negara ini, dia berkata kepada saya bahawa saya harus tunggu sehingga Najib menjadi Perdana Menteri yang seterusnya dan saya boleh kembali selepas itu.

Q 73. Bila anda menghubungi peguam anda Americk Sidhu?

A. Saya menghubungi beliau pada pertengahan Julai 2009. Pada masa itu saya masih berada di India. Saya mahu mengadakan perjumpaan dengannya untuk memberitahu apa yang berlaku ke atas saya dan meohon maaf atas masalah yang disebabkan oleh saya. Americk berada di UK semasa saya mengubunginya supaya kami boleh berjumpa di Kuala Lumpur apabila dia pulang pada permulaan Ogos.

Q 74. Adakah anda bertemunya?

A. Ya. Kami bertemu pada awal Ogos. Americk telah memangil 2 lagi peguam untuk hadir. Saya telah memberitahu mereka apa yang telah terjadi ke atas saya sejak saya meninggalkan pejabat Americk pada petang 3 julai 2008.

Q 75. Adakah anda sedar bahawa perbualan anda telah dirakam secara sembuyi?

A. Saya tidak sedar saya sedang difilemkan. Bagaimanapun saya telah dimaklumkan kemudian dan semua rakaman yang di buat akan disimpan dengan selamat. Saya sedar bahawa ianya dilakukan untuk melindungi keselmatan saya sekiranya sesuatu berlaku ke atas saya.

Q 76. Bagaiman anda berupaya untuk membayar kehidupan anda semasa berada diluar negara?

A. Deepak telah membayar secara ansuran kepada saya. Sebahagian daripada bayaran dibuat terus ke akaun isteri saya melalui EON Bank di KL.

Yang lain dibayar kepada ASP Suresh dimana dia akan membayar kepada saya atau melalui seorang kawan saya di Malaysia.

Saya ada salinan cek yang dibayar oleh Deepak Jaikishan dan dibayar atas nama syarikatnya Carpet Raya Sdn Bhd.

Saya juga memmpunyai salinan slip bank isteri saya yang membuktikan bagaimana wang didepositkan.

Saya juga memuyai salinan akaun HSBC saya di Chennai.

Q 77. Berapa banyak wang yang diterima sejak anda meninggalkan Malaysia pada Julai 2008 sehingga sekarang?

A. Semuanya kira-kira RM750,000.

Q 78. Berapakah yang masih tinggal?

A. Ya, saya telah melaburkan sebanyak RM 250,000 untuk masa depan saya kerana saya tidak tahu apa akan bakal berlaku ke atas saya.

Saya juga membelanjakan sedikit untuk membaikpulih rumah saya di Rawang dimana isteri dan anak saya berada di sana. Semua ini di buat atas tujuan keselamatan rumah saya.

Selebihnya untuk keperluan saya ketika di Chennai dan wang pendidikan anak-anak saya dan perbelanjaan harian.

Q 79. Bukankah Deepak menjanjikan RM5juta kepada anda?

A. Semua perbincangan ini diaturkan oleh ASP Suresh di Kedai Bak Kut Teh di Rawang pada 3 julai 2008. Saya tidak terlibat dalam perbincangan tersebut kerana saya lebih merisaukan keselamatan keluarga saya daripada wang itu.

Saya kemudianya menyedari bahawa ASP Suresh berminat dengan hal ini dan dia akan menerima bayaran yang sama sperti mana yang diperolehi saya. Tugasnya ialah memastikan saya dikawal. Sebab itulah dia rasa tidak senang kerana saya tidak mengikut arahannya kerana pendapatannya yang datang dari Deepak akan terjejas.

Q 80. Kenapa anda menunggu untuk tempoh yang begitu panjang untuk menjelaskan semua ini?

A. Semasa saya berada di Hotel hilton di KL Sentral, saya bertanya kepada Deepak berapa lama saya harus berada di luar negara. Dia memberitahu saya sehinga Najib menjadi Perdana menteri.

Saya tidak dapat kembali ke Malaysia sebelum Februari 2009 kerana Kumar memegang pasport saya selama 5 bulan di India.

Saya hanya mendapatkan semula pasport saya selepas saya mengadu kepada Deepak ketika dia melawat saya di India dengan ASP Suresh. Deepak kemudiannya memanggil adiknya Rajesh untuk mengetahui apakah yang terjadi terhadap paasport saya dan selepas 2 hari Kumar meminta saya untuk mengambil darinya.

Saya sebenarnya berada di India secara haram kerana visa saya telah tamat pada 5 september 2008.

Dalam usaha memanjangkan tempoh visa, saya terpaksa mendapatkan bantuan dari bapa saudara isteri saya yang menjadi exco melanjutkan tempoh selama setahun. Selepas itu barulah saya dapat pulang ke Malaysia.

Q 81. Apakah yang berlaku apabila anda kembali ke Malaysia pada Februari 2009?

A. Apabila saya tiba di KL, saya telah menghubungi Dinesh untuk meberitahu bahawa saya telah kembali ke Malaysia. Saya dipanggil ke pejabat Deepak di Sungai Besi pada pukul 11:45 pm pada malam yang sama dan memberitahu beliau bahawa saya tidak mahu meninggalkan negara ini lagi secara tergesa-gesa, sebaliknya saya mahu bersama dengan anak isteri saya dengan lebih lama. Mereka tidak tahu saya tidak akan meniggalkan negara ini.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Q 82. Kenapa anda kembali ke Malaysia pada April 2009?

A. Hanya kerana mahu bertemu dengan isteri dan anak saya. Tetapi kali ini saya tidak meberitahu sesiapa pun saya kembalik kerana tidak mahu diganggu.

Q 83. Kenapa sekarang ini anda mahu menjelaskan segalanya?

A. Sebab saya mahu menghentikan segala gangguan keatas saya dan kembali ke kehidupan yang normal.


Q 84. Adakah surat sumpah anda yang pertama itu benar?

A. Ya.

Q 85. Adakah anda dipaksa untuk mengeluarkan surat sumpah yang pertama?

A. Sememangnya tidak. (Lihat Video di sini: Was PI intimidated or induced?)

Q 86. Adakah anda dipaksa untuk mengeluarkan surat sumpah ke 2?

A. Ya, sebab saya risau akan keselamatan saya dan keluarga saya dan saya tidak membaca isi kandungan surat sumpah ke 2 sebelum saya menandatanganinya .


Bahagian 1: Misteri Terbongkar
Bahagian 2: Penjara Bala Yang Tanpa Besi
Bahagian 3 : Pihak Polis Telah Berjumpa Dengan Bala
Bahagian 4: BALA Merasakan Kehidupannya Semakin Bertukar


Sumer Asal: http://malaysia-today.net/
Terjemahan: http://gomalaysian.blogspot.com/

@PR Juasseh/Jemapoh@

No comments: