Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Tuesday, December 22, 2009

F5E : Nasib baik kita tak ada Bom Nuklear, jika tidak pasti dijual juga....

.

Dulu....negara di gemparkan dengan kehilangan sejumlah senjata M16 dari stor kem tentera Sauk sendiri -(Dakwaan ke atas kes Al-Ma'unah) (klik)

Seterusnya......perbicaraan pengeboman Altantuya dgn kehilangan bom C-4 . Terkini....penyeludupan keluar negara ..enjin pesawat tempur F-5E.
Waktu itu menteri pertahanan Dato' Najib Tun Razak.

Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.
Sumber (klik)


Dari sudut pandangan optimis, kehilangan enjin jet pejuang itu bukanlah satu hal yang besar, walaupun kes ini telah tersenarai sebagai antara 10 kes paling misteri di dunia, atau mungkin juga ada yang mengatakan kita telah menjadi bahan lawak antarabangsa.


Sebenarnya bukanlah mudah untuk berada didalam senarai 10 teratas dunia, Adakah segelitir kita harus bangga dengan misteri kehilangan enjin jet itu.

Sekurang-kurangnya, ianya telah membuktikan kepada dunia yang TUDM mempunyai anggota – anggota yang berkemahiran kerana mereka mampu untuk meleraikan dan memasang kembali sebuah enjin Jet. Kita mungkin hanya mampu untuk membuka dan memasang tayar kereta tetapi bukan meleraikan dan memasang kembali enjin kereta kita. Yang pasti ianya tidak boleh dilakukan tanpa kemahiran.

Selain dari itu, ianya memerlukan juga kemahiran dalam pemasaran antarabangsa untuk memasarkan sebuah enjin jet ke pasaran antarabangsa. Bagi orang awam, mereka mungkin tidak tahu di mana harus dan boleh dipasarkan enjin berkenaan, jika anda memberikan kepada mereka sebuah enjin Jet. Mereka mungkin hanya membiarkannya berkarat di belakang rumah atau menjualnya kepada seorang peniaga besi buruk.

Dalam rangka untuk menjual sebuah enjin pesawat pejuang F-5E, mereka mesti terlebih dahulu tahu negara mana yang menggunakan model yang sama dan pada masa yang sama mengalami kekurangan stok. Ini melibatkan keupayaan perisikan dalam pasaran.

Tambahan pula enjin jet itu dikatakan telah dijual ke Amerika Selatan, bukan negara jiran. Oleh kerana itu, jika ditakdirkan kita berperang dengan negara jiran di masa depan, mereka dapat memastikan bahawa yang ditentang tidak menggunakan enjin jet yang telah dicuri dari kita.

Ini menunjukkan bahawa TUDM memiliki beberapa orang anggota professional yang mahir dengan dengan etika perniagaan dalam bidang pemasaran antarabangsa.

Enjin jet itu dijual pada harga RM50 juta dan dalam rangka untuk mendapatkan harga yang baik, harus ada pakar perunding bagi pihak TUDM. Hebat!! kita harus menghargai bakat – bakat anggota TUDM tersebut.

Kalaulah kita menghadapi ancaman perang di masa depan, kita boleh menghantar pakar perunding ini untuk berunding bagi menukar suasana permusuhan menjadi persahabatan dan kita tidak perlu berperang sama sekali. Oleh kerana itu, jika pencuri-pencuri enjin jet ini boleh ditangkap mereka seharusnya janganlah dipecat, jadikan mereka sebagai orang – orang penting dalam Kementerian Pertahanan dan lindungilah mereka.

TUDM menyedari enjin jet mereka hilang dalam masa beberapa bulan dan mereka berjaya mengesan yang disyaki hanya dalam masa dua tahu.. Cekapnya mereka.

Lebih buruk lagi jika TUDM hanya menyedari tentang kehilangan enjin jet mereka bila negara kita diserang musuh ketika hendak menerbangkan pesawat bagi menghadapi musuh bilamana pesawat tidak dapat diterbangkan kerana enjin telah dicuri.

Dalam situasi begini dengan pesawat yang masih didarat ketika musuh menyerang, fuselage atau badan pesawat pasti akan habis dimusnahkan oleh pihak musuh.

Sekurang-kurangnya kita masih boleh menjaga fuselage pesawat dan apa yang harus kita lakukan ialah cuma menggantikan enjin. Kita boleh mendapatkan bantuan daripada Proton dan melihat apakah enjin Campro sesuai untuk dijadikan enjin jet.

Jika tidak sesuai, kita boleh membina sebuah kilang untuk mengeluarkan enjin pesawat F-5E dan kesempatan ini harus digunakan untuk memasuki industri pembuatan pesawat terbang pula.

Kita juga harus bersyukur bahawa Malaysia tidak mempunyai bom nuklear. Jika tidak, akan terlalu mudah bagi pencuri-pencuri kita yang berkemahiran itu untuk melarikan dan menjualnya pula.

Jika bom nuklear yang dicuri dari kita dan dijual kepada Al-Qaeda ataupun Taliban di Afghanistan, implikasinya akan terlalu buruk kerana mereka pasti akan melancarkannya ke Amerika Syarikat dan Amerika Syarikat pasti akan membalas dendam pada Malaysia.

Bukanlah menjadi satu hal yang besar kehilangan enjin jet, tapi kami ingin tahu adakah mereka akan kehilangan sesuatu yang lain di masa depan?
Mungkin ada lagi yang lesap: Tunku Aziz (klik)

Jangan biarkan Menteri Pertahanan juga dicuri sudahlah, kerana ini akan benar-benar memalukan.

diterjemahkan dari sini

@PR Juasseh/Jemapoh@

No comments: