Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Monday, December 7, 2009

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Mengakui BTN Itu Mengandungi Unsul Perkauman!!!


Sumber: Sinar Harian
Penulis: Dr. Aisar Yee Abdullah
Tajuk: BTN : UMNO Pertahan, Rakan Lain BN Membisu



Kritikan terhadap BTN sengaja diperbesar: Dr M





CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kritikan mengenai modul kursus Biro Tata Negara (BTN), termasuk yang mendakwa ia berunsur perkauman adalah sesuatu yang diperbesar-besarkan.

Katanya, kursus itu hanya mengajar penjawat awam supaya mempunyai nilai dan budaya yang baru, seperti lebih berdisiplin, jujur dan tidak melakukan rasuah, dalam usaha memberi khidmat yang lebih baik kepada negara.

“Kita telah mempunyai perkara ini selama 20 tahun. Ketika saya menjadi Perdana Menteri, tiada siapa yang mengadu apa-apa dan mereka yang menghadiri kursus ini juga mendapati ia sangat berguna.

“Apa yang kita cuba ajar mereka ialah mereka mesti mempunyai nilai-nilai yang baru, kerana sistem nilai dan budaya yang mereka ada tidak kondusif untuk kejayaan. Saya tidak nampak apa yang salah mengenainya,” katanya kepada pemberita semalam, ketika diminta mengulas mengenai kritikan banyak pihak berhubung kursus BTN.

Isu kursus anjuran BTN mendapat perhatian ramai apabila Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini melarang kakitangan awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri mengikuti kursus berkenaan berkuat kuasa serta-merta kerana didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecahbelahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.

Pada Rabu lalu, Pulau Pinang yang juga di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat, mengikut langkah Selangor dan tidak membenarkan semua penjawat awamnya menghadiri kursus BTN berkuat kuasa serta merta.

Dr Mahathir kelmarin berkata, modul BTN tidak perlu dirombak dan tiada siapa yang boleh menafikan fakta sejarah.

“Sudah pasti apabila anda memperkatakan sejarah negara anda perlu menyebut negara ini dahulunya dipanggil Tanah Melayu, sekarang ia dipanggil Malaysia kerana kita ada kaum lain yang menetap di sini," katanya. - Bernama

Di bawah ini Nazri membidas Mahathir: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Mengakui BTN Itu Mengandungi Unsul Perkauman!!!

Cadangan Dr M ketinggalan zaman: Nazri
KUALA LUMPUR – Menteri di: Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan mengekalkan modul kursus Biro Tata Negara (BTN) oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sudah ketinggalan zaman.

:Katanya, beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir sekiranya bekas pemimpin negara itu menekankan tentang silibus lama BTN yang hanya menjurus kepada satu bangsa sahaja.

:“Yang ini jangan kita nafikan kerana kalau kita ingin mengatakan bahawa kursus ini tidak perkauman, saya berasa agak sukar untuk kita menafikan kerana banyak bekas-bekas Pengarah BTN ini sekarang duduk dalam pakatan pembangkang, misalnya Datuk Dr Hasan Ali, Datuk Johari Abdul yang kini Ahli Parlimen Sungai Petani dan Saifudin Nasution Ismail yang juga Ahli Parlimen Machang.

“Bagaimana kita ingin menafikan walhal mereka ini dahulunya adalah orang yang terlibat secara langsung dalam BTN termasuklah bapa mentua Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan dan merasmikan Bas Mesra Rakyat Cosmic Angle and Tours Sdn Bhd, di ibu negara, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Cosm:ic Angle and Tours Sdn Bhd, Abu Hasan Awang; Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli.

:Mohamed Nazri berkata, beliau pernah menerima aduan yang mengatakan bahawa silibus kursus BTN bukannya menyatukan rakyat tetapi memecah-belahnya.

:“Sindrom menafikan sudah lama tiada dan saya setuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan 1Malaysia. Kursus BTN mesti membawa kepada penyatuan semua kaum di negara ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

@PR Juasseh/Jemapoh@

No comments: