Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, September 10, 2010

Mana Elaun Kami ???

Apa cerita ? Kerajaan dan bankrap ke ? Kementerian Belia dan Sukan dah bankrap ke hinggakan elaun petugas SUKMA di Melaka pada bulan Jun 2010 belum dibayar lagi ? Camne mereka nak raya ?

Utusan Malaysia 9 Sep 2010. Saya merupakan salah seorang petugas di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Melaka 2010. SUKMA telah berlalu sejak bulan Jun lagi. Segala borang tuntutan petugas telah saya isi dan hantar sebelum pulang ke Perak bersama-sama petugas yang lain.



Sebulan berlalu selepas itu tuntutan masih tiada khabar berita. Penyelia saya ambil tindakan menghubungi pihak Melaka. Khabar berita terkini diberitahu kami semua dijanjikan tuntutan tersebut akan dapat sebelum hari raya. Seminggu sebelum hari raya, kami diberitahu sekali lagi dijanjikan tiga hari sebelum raya selesailah semua masalah.

Kini kami diberitahu pembayaran tidak dapat dibuat kerana beberapa masalah dan pegawai yang bertugas sudah cuti.

Segala perbelanjaan ketika di Melaka selama dua minggu bukan kecil. Kami hanya staf biasa bergaji kecil. Kami cukup harapkan bayaran petugas selesai menjelang hari raya. Namun cukup hampa.

Kami sudah buat tugas yang cukup terbaik tetapi balasan yang diterima cukup menyedihkan. Selepas 20 September ini baru segala tuntutan bayaran akan diselesaikan selepas pegawai kembali bertugas.

Saya sudah cuba berkali-kali menghubungi pegawai terbabit menggunakan telefon bimbit mereka namun ditutup. Sedih saya teramat sangat. Bagaimana saya hendak sambut hari raya kali ini sebab simpanan duit telah digunakan ketika bertugas di Melaka.

ZALI

Perak

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

1 comment:

madbi said...

wa simpati musibah yang menimpa lu semua yang terlibat, tapi lu beruntung dipilih Allah untuk merasai bagaimana feeling golongan fakir ketika menghadapi Ramadhan menjelang Syawal! apapon, itulah sikap sebenar kerajaan bn...... sentiasa menzalimi kepada rakyat yang setia menyokong apalagi menentang mereka. jadi... ayuk kita terus berikan sokongan padu kepada bn ketika pru13 nanti supaya mereka terus menipu jenerasi akan datang!!!!!!!