Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Thursday, September 30, 2010

Jln Pas di Galas berliku2 seperti jln di Gua musang


Gua Musang BUKAN Kubu Umno, ianya Kubu Ku Li. Kuatnya UMNO di Gua Musang kerana Ku Li, kalau tiadanya UMNO lembek tidak berdaya. Seperti Marang yang sinonim dengan Haji Hadi, Anwar di Permatang Pauh dan Nik Aziz di Pulau Melaka, tempat jatuh Ku Li adalah Gua Musang.

Kini, satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku dalam Parlimen Gua Musang di kerusi N45 Galas berikutan kematian penyandang,Allayarham
Che Hashim Sulaima (Pas) beberapa hari yang lalu. Oleh itu, sangat molek "sengoti" pada waktu ini kiranya kita imbau kembali kedudukan kekuatan baik UMNO mahupun Pas di kawasan Galas ini.


Berikut adalah keputusan Pilihanraya Umum bagi Kawasan N45 Galas untuk tempoh 1986-2008:

Pilihanraya Umum 1986-BN

Haji Ibrahim Renjar PAS 1281

Zakaria bin Hasan BN 3420

Majoriti: 2139 Undi Rosak: 225
Peratus Pengundian: 69.98%

Pilihanraya Umum 1990-S46

Zakaria Hasan BN 1760
Haji Omar Mohamed S46 4465
Majoriti: 2705 Undi Rosak:199
Peratus Mengundi: 75.53%

Pilihanraya Umum 1995-S46

Zakaria bin Hasan BN 3163
Nik Ismail Wan Idris AKIM 205
Omar bin Mohamed S46 4056

Majoriti: 893 Undi Rosak:
472 Peratus Mengundi: 70.81%

Pilihanraya Umum 1999-BN

Zulkifli bin Mohamad PKR 3072
Mohamad Saufi Deraman BN 5336

Majoriti: 2264 Undi Rosak: 297
Peratus Mengundi: 72.00%

Pilihanraya Umum 2004-BN

Mohamad Saufi Deraman BN 4184
Che Hashim Sulaima PAS 2455

Majoriti: 1729 Undi Rosak:
156 Peratus Mengundi: 85.26%

Pilihanraya Umum 2008-PAS

Che Hashim bin Sulaima PAS 4399
Mohamad Saufi bin Deraman BN 3753

Majoriti: 646 Undi Rosak: 171
Peratus Mengundi: 80.89%





Berdasarkan rekod,UMNO menang tiga kali di Dun ini,pertama sebelum Ku Li keluar parti. Selepas Ku Li menubuhkan Semangat 46, Galas menjadi kubu S46 untuk dua penggal sehinggalah Ku Li menyertai UMNO kembali. Hasilnya, dalam PRU 1999, walaupun faktor Anwar turut berlaku di Kelantan, UMNO(Ku Li) masih kukuh di Dun Galas walaupun berlaku peningkatan undi buat PKR. Setelah Pas mengambil kembali Dun Galas, berlaku penurun undi Pas di sana mungkin disebabkan faktor Abdullah Badawi ketika itu. Walaubagaimanapun, Galas terkena juga tsunami 2008 menyebabkan Pas berjaya menguasai Dun tersebut.

Betapa kesukaran kini berlaku untuk Pas mempertahankan Kerusi N45 Galas ini. Mengapa?

SEKILAS MENGENAI GALAS

Galas adalah salah sebuah daripada tiga Dun dalam Parlimen Gua Musang. Secara geografinya,Galas terletak di Barat Daya negeri Kelantan, menjadi pusat pentadbiran KESEDAR di Gua Musang. Walaupun Dun ini terletak di kawasan Hulu Kelantan, namun kawasan Galas adalah "bandar" di kawasan hulu tersebut merangkumi Bandar Baru dan Lama Gua Musang."Urbanisasi" walaupun tidak sepesat Kuala Lumpur, namun proses pembandaran Gua Musang tetap berjalan seperti di jajahan lain. Title "bandar" telah menyebabkan taraf pemikiran penduduk di sana agak "terbuka" dan membuatkan mereka bertindak menukar Adun daripada diwakili wakil UMNO kepada Pas. Dun Galas mempunyai 13 buah peti undi iaitu:

1.POS BROOK
2.SUNGAI BER
3.BELATIM
4.BALAR
5.BIHAI
6.HAU
7.KAMPUNG PULAI
8. KAMPUNG BHARU
9.BANDAR LAMA GUA MUSANG
10.BANDAR BARU GUA MUSANG
11.KAMPUNG BATU PAPAN
12.LEPAN TUPAI
13.SUNGAI TE

Daripada 13 buah peti undi tersebut, enam adalah peti undi majoriti Orang Asli, Lima Melayu dan dua peti undi Cina. Untuk perhatian, enam peti undi orang asli bukanlah bermakna kaum tersebut paling ramai sebagai pemilih Dun Galas, tetapi kerana masalah ketersampaian di sana. Orang Melayu masih menjadi majoriti pengundi di sana. Berikut adalah fakta demografi Dun Galas:

Jumlah Pengundi Berdaftar: 10 330

Peratus Kaum:
Melayu - 65.4%
Cina - 24.6%
India - 1.8%
Lain2 - 10.5%

(Maklumat ini adalah pada PRU 12 2008. Jumlah pengundi semasa tidak diketahui)

TUGAS BERAT MENANTI PAS DI GALAS

Gua Musang adalah kubu Ku Li-Umno. Walaupun Pas berjaya merampas Galas pada tahun 2008, Pas sepatutnya sedar betapa faktor-faktor semasa menjadi pemangkin kemenangan Pas di sana. Malah tugas Pas kali ini akan menjadi berat kerana Pas bukannya akan menentang UMNO Gua Musang tetapi hakikatnya menentang kerajaan Persekutuan. Hakikat betapa bandar Gua Musang yang tidaklah membangun dengan hebat pastinya akan menjadi dorongan kepada BN untuk menabur seberapa banyak bantuan mee segera. Jalanraya akan diturap, longkang akan dikorek sana sini, rumah dicat baru tidak kurang pembinaan gelanggang futsal, baiki surau dan apa sahaja yang difikirkan masalah kepada orang Galas. Itulah nikmat pilihanraya kecil di Malaysia.

Berat atau peratus mengatakan peluang menang Pas sekarang adalah 50-50 walaupun tarikh pengundian pun masih belum diumumkan. Apa pun telahan ini berdasarkan rujukan pada prk-prk yang lepas terutama di kawasan Pakatan Rakyat tewas dan menang tipis seperti di Bagan Pinang, Hulu Selangor dan Manek Urai. Kita sebagai golongan yang terdedah dengan maklumat pastinya akan sentiasa memandang sinis projek mee segera ini. Padahal golongan luar bandar, pak cik mak cik peneroka yang hanya bergantung dengan RTM akan terasa terhutang budi juga.

Berikut adalah perkara-perkara yang dianggap sebagai halangan Pas dalam mempertahankan Dun Galas:


1. Projek-projek Segera di Galas

2. Masalah penyaluran maklumat tepat pada pengundi luar bandar
3. Ugutan Budi dan sikap mengungkit-ungkit UMNO
4. Faktor Ku Li di kubu kuatnya (telah dilantik sebagai Pengarah PRK)
5. Masalah kesihatan Allayarham Che Hashim dalam memberi khidmat terbaik sebelum ini
6. Pengundi luar tidak pulang mengundi(tidak seperti tahun 2008 di mana mereka ditaja pulang.
7. Wang-wang segera bertaburan
8. dan janji itu janji ini.....

Oleh itu, maka WAJIB bagi Pas PR melakukan perkara ini bagi menaikkan peratusan peluang kemenangan Pas di Galas:

1. Ungkit kembali janji Pilihanraya Manek Urai (jambatan dan lain-lain)

2. Panggil penduduk Sungai Buaya berdemo meminta baki wang mereka
3. Sebarkan seberapa banyak risalah
4. Buat ceramah luar dari markaz Pas(kalau boleh di kawasan Pas kalah.Hal ini bagi membolehkan penyokong UMNO dan atas pagar terkesan.)
5. Sediakan pengangkutan percuma untuk pengundi-pengundi luar kawasan pulang mengundi.
6. Angkat calon yang berwibawa(lebih berwibawa daripada calon UMNO)
7. Desak kerajaan Pusat tunai royalti
8. Tembus kawasan orang asli
9. Kaut seberapa banyak undi Cina
10. dan perkara-perkara yang membawa kepada kemenangan

Kesimpulannya,

Jalan Pas menuju kemenangan di Galas masih bengkang-bengkok dan banyak bonggolan.Oleh itu, marilah kita bersama-sama membina highway empat lorong bagi Pas menuju kemenangan kedua.

Penulis Ibu Kota,
Pantai Dalam.

No comments: