Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, January 2, 2010

Akhir Sebuah Impian....Mohamed Rahmat

Buku yang baru dibaca :

UMNO : Akhir Sebuah Impian

“..tetapi biarlah saya katakan bahawa krisis politik yang kita lihat sekarang ini banyak bermula dari tahun 1976 ini.

Hussein sendiri dicabar oleh seorang ahli UMNO yang tidak begitu terkenal, Sulaiman Palestin dari Pulau Pinang pada 1978. Dari situ Hussein sudah sedar ada mainan politik dalaman yang cuba menjatuhkan beliau.

Apabila Hussein meletak jawatan pada tahun 1981, Dr Mahathir menggantikannya. Dengan itu mereka yang sudah lama mengidam jawatan terus sahaja menggerakkan jentera untuk menjatuhkan Dr Mahathir pula. Itulah yang berlaku sejak lebih tiga dekat yang lalu dalam UMNO.

Ironinya ialah pengganti Dr Mahathir, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah dicabar sewaktu memegang jawatan Presiden UMNO tetapi semua orang tahu dia terpaksa melepaskan jawatan kerana tekanan dalaman parti”.

“Tetapi tidak ramai orang tahu bahawa saya secara peribadi telah menemui Hussein Onn memujuk beliau berkali-kali untuk menyertai UMNO Baru. Dengan gaya beliau yang sentiasa gentlemen itu, beliau menolak pelawaan saya. Sampai ke akhir hayatnya, beliau enggan memberitahu saya sebab beliau tidak mahu menyertai UMNO Baru".

Mungkin ada sesuatu yang pedih di antara beliau dan Dr Mahathir.. ...Saya juga menemui Tunku Abdul Rahman untuk mengajak beliau menyertai kami.

Saya juga bertanya beliau sama ada beliau sudah memaafkan Dr Mahathir (yang mengecam Tunku pada akhir tahun-tahun 1960-an sehingga Dr Mahathir dipecat dari UMNO).

Jawapan Tunku : “Macam mana I nak maafkan dia? Dia tu jenis manusia yang tak boleh dipercayai langsung!”

****** 01/01/2009

Mantan menteri penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau dilahirkan pada 1938 di Johor Bahru, buku ini adalah hasil tulisan pertama beliau yang menceritakan pengalaman politiknya dalam pergolakan UMNO sejak zaman Tunku lagi.

Selepas lama bersara daripada kerajaan dan parti, bekas setiausaha agung Umno itu baru-baru ini menerbitkan sebuah buku Umno: Akhir Sebuah Impian yang mengisahkan pergolakan politik parti itu dalam mengekalkan kuasa.

Beliau, yang lebih popular dikenali 'Tok Mat', mula menyertai Umno sejak 1963 dan terpilih menjadi ahli parlimen dalam pilihan raya umum enam tahun kemudian.

Kawasan parlimen itu kini dinamakan Pulai dan dikuasai anaknya Datuk Nur Jazlan selama dua penggal mulai 2004.

Disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika isterinya Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.

Nur Jazlan berkata allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.

Pemimpin veteran Umno itu menjadi menteri penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf menteri dari 1982 hingga 1984.

Selain itu, allahyarham menyandang jawatan setiausaha agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung BN dari 1988 sehingga 1999.

Semasa menjadi menteri penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) sewaktu kepemimpinan Dr Mahathir sedang menerima kritikan hebat susulan pergolakan teruk dalam Umno.

Ketegasannya dapati dirasai antaranya dalam isu disiplin artis tempatan apabila mengarahkan penyanyi rock memotong rambut panjang mereka jika mahu menyertai program di RTM.

Mereka yang mematuhi arahan itu antaranya kumpulan rock Wings dengan penyanyi utamanya Awie dan kumpulan Search dengan penyanyi utamanya Amy.

@PR Juasseh/Jemapoh@

No comments: