Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Monday, July 28, 2008

WIRA RAKYAT TURUN KE JEMAPOH

Akm dan salam para pencinta keadilan sekelian,
Akan datang ke pejabat Pakatan Rakyat N15 dUN Juasseh pada 29hb July 2008 pukul 8.30 malam bakal perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Anwar Ibrahim akan membuat lawatan singkat dalam program ceramah Di Darul Sharif Batu Kikir.
Dengan Berbesar hati marilah kita sama-sama menyambut pemimpin kita sambil menjamu selera bersama beliau.

3 comments:

GUA64 said...

DSAI sampai dgn watak WIRA RAKYAT ketanah adat perpateh, Kg yg tercatat sejarah oleh sahabat beliau Hishamuddin Rais sewaktu berjuang bersama2 menuntut krisis kelaparan Baling 1974. Kg inilah bermulanya tapak persinggahan Hishamuddin sebelum menjadi pelarian buruan Kerajaan BN. Dan malam tadi, mungkin pula menjadi detik sejarah peradapan dunia dan bermulanya kemuncak reformasi dimana tapak tanah JEMAPOH ini menjadi tapak persinggahan DSAI bakal melangkah sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA dari JEMAPOH KE PUTRA JAYA. Belum pernah terlintas, terfikir, Jemapoh hampir luput dlm lipatan sejarah sebelum ini, telah menjadi satu medan himpunan manusia berbilang kaum dan bangsa menanti ketibaan WIRA RAKYAT dgn penuh debaran pejuang dan teruja, hanya untuk menatap wajah WIRA RAKYAT yg pernah di hina dan di aibkan di seluruh dunia. Sejarah yg mungkin di susun dlm perancangan ALLAH ini juga, telah menyaksikan wajah2 himpunan manusia samada UMNO, PAS, PKR, MCA, MIC, GERAKAN, muda dan tua, termasuk rombongan POLIS yg begitu ramai penuh dgn riak kesedaran berbaur sayu dan kehibaan. AJK2 PAKATAN DUN JUASSEH pula sejak awal lagi mengorbankan ruang kesenangan, meninggalkan sebentar tugas harian, untuk membuat dan memastikan persiapan dan aturcara majlis sejarah ini berjalan dgn tertib dan ceria. Maka, malam tadi juga kesopanan politik Malaysia mencatit sejarah, sejarah yg akan di baca. yg akan di ulang2 bicaranya, sejarah yg akan kupas2 pengisiannya oleh anak2 bangsa di masa akan datang dgn PERASMIAN PEJABAT PAKATAN RAKYAT JEMAPOH/DUN JUASSEH oleh ikon pejuang peradapan reformasi, Negarawan dan WIRA RAKYAT Dato'Seri ANWAR IBRAHIM. moga Allah memberi kekuatan akan ujian ini.

Suli & Mizan said...

Ass
Video kedatangan DSAI ke PR DUN Juaaseh akan dikeluarkan tak lama lagi, sekarang dalam edit.
Harap bersabar TQ

GUA64 said...

Edit sebaik mungkin dan ini satu permulaan biro media. Masukan muzik dan suara latar belakang bagi menghasilkan VCD yg menarik di tonton dan bakal di jadikan koleksi oleh setiap masyarakat Kuala Pilah. VCD ini adalah satu penghasilan dan terbitan PR Jemapoh/Juaseh, selain satu sejarah, ia juga terbitan sulung dari produk kita untuk jangkamasa panjang. Hantar salinan kesetiap email wartawan dan blog2 reformis untuk di kongsi bersama oleh masyarakat setempat dan luar. Syabas Bro...